Assalamualaikum dan hai. !


Pada zaman dulu, aku ada juga buat post pasal Dietetik ni, tapi waktu tu, zaman tidak matang. Lepas tu, aku baca semula apa yang aku tulis tu, ehem. Memalukan sungguh. Haha, sungguh penuh dengan nilai kebudak-budakan yang tidak terperi la sangat. Lantas aku pon, mengambil keputusan untuk mendelete post tu kemudian membuat post baru pasal dietetic versi yang matang pula. Maka, ter-publish la post ini.

Selepas berada dalam Kursus Dietetik selama 2 tahun, (naik sem aku dah tahun 3 ,( Sept,2015)) , maka aku rasa bolehla aku bercerita serba sedikit mengenai Dietetics. 

APA ITU DIETETICS?

Kalau kita perhati dari nama dia, DIETETICS tu sebenarnya berasal dari perkataan Diet kan, so maksudnya benda ni berkenaan pemakanan. Dietetik ini adalah salah satu Kursus di bawah Fakulti Sains Kesihatan (FSK).

UNIVERSITI YANG MENAWARKAN KURSUS DIETETICS?

Kursus ini di tawarkan di beberapa universiti awam seperti UKM, UIA, USM, UPM, UNISZA dan swasta seperti IMU.  Dietetik ni adalah salah satu kursus di bawah Fakulti Sains Kesihatan, dan buat pengetahuan semua, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM), adalah university pertama di Malaysia yang menawarkan kursus Dietetik.

APA YANG BEST PASAL DIETETIK?

Apa yang best? Sangat best. Bila kita suda terima tawaran masuk program ini, automatic kita akan bergelumang dengan dapur dan makmal. Kita juga boleh pakai white coat seperti Doktor dan kita juga boleh pakai apron seperti chef. Pendek kata kos ini sangat menarik okey. Bila naik tahun 3, pada semester 2,  akan ada catering posting di mana –mana hospital yang kita nak, dan pada tahun 4 kita akan pergi clinical posting kat hospital. Sesetengah masyarakat tidak tahu akan kewujudan Dietitian ini, maka, bila kita round ward semua, orang akan sangka kita ni Doktor. Sebab kita juga akan deal dengan pesakit. Kita deal dengan pesakit mengenai pemakanan mereka dan juga kita kena consult mereka. Pendek kata. Mereka tak familiar sangat dengan perkataan Dietitian, maka dalam bahasa kampungnya, mereka menggelar kita sebagai doctor Pemakanan. Doktor la juga~~~.

SO, APA BEZA DOKTOR DAN DIETETIAN?

Sebelum menjawab soalan ini, adalah baiknya sekiranya, korang semua tahu bahawa yang menulis post ini bakal seorang Dietitian (insyaAllah), jadi kalau ada terlebih dari segi perspektif dietitian, maka sila maafkan la ye. Hoho.

Dietitian adalah salah satu profession yang sangat master dalam bidang pemakanan dan kesihatan. Menjadi seorang dietitian, kita kena tahu mengenai pengiraan calorie setiap makanan. Dan kebiasaanya, orang yang berjumpa dengan dietitian ini ialah pesakit yang mempunyai penyakit kronik seperti , kegagalan buah pinggang, penyakit jantung, obesity, diabetes dan macam-macam lagi pesakit kronik yang memerlukan penjagaan yang rapi. Tugas seorang dietitian adalah untuk memantau pemakanan dan memberi kaunseling mengenai pemakanan pesakit.  Pesakit itu akan berjumpa dengan seorang dietitian setelah di rujuk oleh doctor . Maklumlah kita kan pakar dalam bidang pemakanan uhuk!. 

BEZA DIETETIK DAN NUTRITION ?

Dietetik dan Nutrition adalah Kursus yang dalam bahasa kampungnya boleh dipanggil sebagai adik beradik. Ada Universiti yang menawarkan kursus dietetic bersama nutrition dan ada yang separate macam UKM. Secara umumnya, perbezaan kursus Nutrition dan Dietetics ialah , Nutrition boleh di katakana sebagai “prevention” ( pencegahan) , manakala Dietetics sebagai “Cure” (rawatan) . so, sebagai seorang nutritionist, dia akan lebih terlibat dengan komuniti dan berjumpa dengan orang-orang yang sihat. Manakala sebagai seorang Dietitian, kita akan berjumpa dengan orang-orang yang sakit . hihi. Jadi, siapa yang di refer kepada dietitian itu, maka, mereka mempunyai penyakit yang kronik. Hoho.

Dalam UKM , pelajar yang mengambil kos dietetic dan Nutrition akan bersama-sama menghadapi sesi kuliah selama 2 tahun, kemudian mereka akan berpisah apalabila naik ke tahun 3 dan tahun 4.

*Namun, seorang dietitian boleh menjadi seorang nutritionist kerana, dietitian mempunyai kemahiran clinical. Tetapi, seorang nutritionist tidak boleh menjadi seorang dietitian. J


BAGAIMANA PULA DENGAN PELUANG PEKERJAAN SEORANG DIETITIAN? MACAM TAK FEMES JE…

InsyaAllah, rezeki Allah itu luas dan berada di mana-mana. Bila kita bercerita mengenai dietitian, kita juga bercerita mengenai makanan. Well, everyone talks about foods , then everyone of course talks about us as well!.  Famous apa!.


Oleh kerana, kos diet ini merangkumi pemakanan mengenai kesihatan, seseorang boleh memilih, untuk menjadi seorang Dietitian dalam hospital atau komuniti atau sports atau marketing. Dietitian dalam hospital maksudnya , kita akan deal dengan pesakit dan akan ada on-call macam doctor jugak.  Manakala,  dietitian untuk marketing pulak, kita akan mempromosikan produk-produk pemakanan dan kesihatana seperti Nestlè dan macam-macam lagi.  Namun ,sekarang , Malaysia Airlines dan Air Asia , kini membuka peluang kepada dietitian untuk bekerja di bawah mereka. Selain itu,Institut Sukan Negara (ISN) juga meng-hire golongan ini.


BEST TAK AMBIL DIETETICS/NUTRITION KAT UKM ?

Best sangat-sangat!. Lecturers sangat helpful, senior sangat sporting dan jugak berada dalam suasana kasih sayang semuanya. Kursus Dietetitic kat UKM berada di kampus KL. UKM KAMPUS KL yang terletak di Chow Kit dan kolej kediaman ialah, Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) yang terletak di Jalan Temerloh, KL. Berhadapan dengan tasik titiwangsa.  BEST!.

Sekian, terima kasih kerana membaca hoho. 

*UPDATED : Kini telah diwujudkan akta untuk menjaga profession nutritionist iaitu : hanya pemegang IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PEMAKANAN DENGAN KEPUJIAN SAHAJA yang boleh menjadi Nutritionist. Akta ini diwujudkan kerana, ada profession lain yang mengambil alih tugas Nutritionist dan sebahagian daripada pemegang ijazah ini tidak mendapat pekerjaan disebabkan ada campur tangan daripada profession lain.  Akta ini telah diluluskan di parlimen pada tahun 2016. 

*UPDATED: Untuk adik-adik yang tengah bingung fikir pasal masa depan bidang ni, boleh lah baca post ni ye :HALA TUJU SEORANG DIETITIAN