Baru-baru ini, result UPU untuk lepasan Matrikulasi/ Asasi/
STPM dan setaraf dengannya suda keluar. So cemana ? ada yang sampai tak lekang
dari facebook sebab asyik update berita kegembiraan masuk U dan ada juga yang
busy sebab balas komen orang ucap tahniah dan macam-macam lagi kan. Yes. Dulu,
aku pon pernah lalui benda tu, lepas tu masing-masing tanya kawan-kawan dapat
Universiti mana dan yang paling hebat bila kawan kita tahu number IC dan
‘tolong’ cekkan keputusan UPU kita. Golongan sebegini patut di bakar terus ke
dalam api neraka, sebab tidak pandai jaga privacy orang lain. Tak surprise langsung.
Benda paling bahagia, bila mak ayah kita asyik canang pegi
family yang lain, yang kita dapat masuk medic ka dentistry ka atau dietetics ka
atau pendidikan ka. Lepas tu, semua ibu bapa cakap, nanti lepas ni anak aku
jadi doctor boleh la tolong orang yang sakit, atau lepas ni, ada pulak yang
cakap, anak dia boleh jadi guru, memang sesuai dengan profession seorang
wanita. Tapi apa yang penting, hidup mesti diteruskan samaada kita dapat kursus
perhutanan ka pergigian ka itu tidak penting, sebab setiap kursus ada
keistimewaan masing-masing.
Namun, tidak di nafikan pula, ada golongan bijak pandai yang
akhirnya dapat banyak tawaran. Secara umumnya, ada yang apply melalui UPU dan USM. Lepas tu dapat pulak kedua-duanya
sekali. Hohoho. Lepas tu, sempat buat istikharah dan pegi google apa kebaikan
dan keburukan kedua-duanya. Memang susah kan bila dapat banyak tawaran. Rambang
mata gitu. Tapi sapa suruh jadi pandai? Hoho.
Universiti mana yang best? Persoalan macam ni sebenarnya
adalah satu benda yang subjektif. Kalau aku cakap UKM best, USM pon best. Kalau
aku cakap UITM best, USM pon best. Sungguh mengharukan. Jadi, pilihan itu ada
di tangan adik-adik semua. Setiap percaturan yang kita buat itu akan ada risiko
dan liku-likunya. So, buat pilihan yang bijak okey!.
Namun, bagi yang tidak berjaya untuk menyambung ke
mana-mana. Jangan risau, klik ja butang rayuan, insyaAllah , permohonan
adik-adik akan dipertimbangkan semula. Dulu, aku pon ada seorang kawan, bila
keluar keputusan UPU, dia tidak ditawarkan ke mana-mana. Tapi rezeki Allah tu
pasti, lepas ja keluar keputusan rayuan tu, dia akhirnya berjaya masuk ke salah
sebuah universiti awam, dan sekrarang beliau da jadi orang penting dalam university
tu. Jangan mudah putus asa, sebab kadang-kadang Allah berikan kegagalan agar
kita melompat lebih tinggi lagi dari zon selesa. Apa yang pasti : JANGAN MUDAH
BERPUTUS ASA. Dan Lihat la muka MAK AYAH kita, insyaAllah semangat tu pasti
ada. Bila kita tengok muka mereka, kita sedar yang mak ayah telah bersusah
payah untuk kita, takkan kita sebagai anak ingin menghampakan mereka kan?
Andaikata semangat tu tetap patah, ingat je la bahawa kita ni berhutang dengan
mak ayah kita, selagi kita hidup kita tetap berhutang, jadikan benda tu sebagai
satu batu loncatan untuk menaikkan semangat kita. So, jangan berputus asa okey.
Sekali lagi, bagi yang berjaya masuk university , TAHNIAH!!!! ,
Bagi yang tidak berjaya. JANGAN BERPUTUS
ASA kerana : Jalan kejayaan itu bukan satu!.
Thanks for reading!
0 Comments