Assalamualaikum dan hai . !
Pada zaman dulu, aku ada juga buat post pasal Dietetik ni,
tapi waktu tu, zaman tidak matang. Lepas tu, aku baca semula apa yang aku tulis
tu, ehem. Memalukan sungguh . Haha, sungguh penuh dengan nilai kebudak-budakan
yang tidak terperi la sangat. Lantas aku pon, mengambil keputusan untuk
mendelete post tu kemudian membuat post baru pasal dietetic versi yang matang
pula. Maka , ter -publish la post ini .
Selepas berada dalam Kursus Dietetik selama 2 tahun, (naik
sem aku dah tahun 3 ,( Sept,2015)) , maka aku rasa bolehla aku bercerita serba
sedikit mengenai Dietetics.
APA ITU DIETETICS?
Kalau kita perhati dari nama dia, DIETETICS tu sebenarnya
berasal dari perkataan Diet kan, so maksudnya benda ni berkenaan pemakanan.
Dietetik ini adalah salah satu Kursus di bawah Fakulti Sains Kesihatan (FSK).
UNIVERSITI YANG MENAWARKAN KURSUS DIETETICS?
Kursus ini di tawarkan di beberapa universiti awam seperti
UKM, UIA, USM, UPM, UNISZA dan swasta seperti IMU. Dietetik ni adalah salah satu kursus di bawah
Fakulti Sains Kesihatan, dan buat pengetahuan semua, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM), adalah university pertama di
Malaysia yang menawarkan kursus Dietetik.
APA YANG BEST PASAL DIETETIK?
Apa yang best? Sangat best. Bila kita suda terima tawaran
masuk program ini, automatic kita akan bergelumang dengan dapur dan makmal. Kita
juga boleh pakai white coat seperti Doktor dan kita juga boleh pakai apron
seperti chef. Pendek kata kos ini sangat menarik okey. Bila naik tahun 3, pada
semester 2, akan ada catering posting di
mana –mana hospital yang kita nak , dan pada tahun 4 kita akan pergi clinical
posting kat hospital . Sesetengah masyarakat tidak tahu akan kewujudan Dietitian
ini, maka, bila kita round ward semua, orang akan sangka kita ni Doktor. Sebab
kita juga akan deal dengan pesakit. Kita deal dengan pesakit mengenai pemakanan
mereka dan juga kita kena consult mereka. Pendek kata. Mereka tak familiar
sangat dengan perkataan Dietitian, maka dalam bahasa kampungnya, mereka
menggelar kita sebagai doctor Pemakanan. Doktor la juga~~~.
SO, APA BEZA DOKTOR DAN DIETETIAN?
Sebelum menjawab soalan ini, adalah baiknya sekiranya,
korang semua tahu bahawa yang menulis post ini bakal seorang Dietitian
(insyaAllah), jadi kalau ada terlebih dari segi perspektif dietitian, maka sila
maafkan la ye. Hoho .
Dietitian adalah salah satu profession yang sangat master
dalam bidang pemakanan dan kesihatan . Menjadi seorang dietitian, kita kena tahu
mengenai pengiraan calorie setiap makanan. Dan kebiasaanya, orang yang berjumpa
dengan dietitian ini ialah pesakit yang mempunyai penyakit kronik seperti ,
kegagalan buah pinggang, penyakit jantung, obesity, diabetes dan macam-macam
lagi pesakit kronik yang memerlukan penjagaan yang rapi. Tugas seorang
dietitian adalah untuk memantau pemakanan dan memberi kaunseling mengenai
pemakanan pesakit. Pesakit itu akan
berjumpa dengan seorang dietitian setelah di rujuk oleh doctor . Maklumlah kita
kan pakar dalam bidang pemakanan uhuk!.
BEZA DIETETIK DAN NUTRITION ?
Dietetik dan Nutrition adalah Kursus yang dalam bahasa
kampungnya boleh dipanggil sebagai adik beradik. Ada Universiti yang menawarkan
kursus dietetic bersama nutrition dan ada yang separate macam UKM. Secara
umumnya, perbezaan kursus Nutrition dan Dietetics ialah , Nutrition boleh di
katakana sebagai “prevention” ( pencegahan ) , manakala Dietetics sebagai “Cure”
(rawatan ) . so, sebagai seorang nutritionist, dia akan lebih terlibat dengan
komuniti dan berjumpa dengan orang-orang yang sihat. Manakala sebagai seorang
Dietitian, kita akan berjumpa dengan orang-orang yang sakit . hihi . Jadi, siapa
yang di refer kepada dietitian itu , maka , mereka mempunyai penyakit yang
kronik. Hoho .
Dalam UKM , pelajar yang mengambil kos dietetic dan
Nutrition akan bersama-sama menghadapi sesi kuliah selama 2 tahun, kemudian
mereka akan berpisah apalabila naik ke tahun 3 dan tahun 4.
*Namun,
BAGAIMANA PULA DENGAN PELUANG PEKERJAAN SEORANG DIETITIAN? MACAM TAK
FEMES JE…
InsyaAllah, rezeki Allah itu luas dan berada di mana-mana.
Bila kita bercerita mengenai dietitian, kita juga bercerita mengenai makanan.
Well, everyone talks about foods , then everyone of course talks about us as
well!. Famous apa !.
Oleh kerana, kos diet ini merangkumi pemakanan mengenai
kesihatan, seseorang boleh memilih, untuk menjadi seorang Dietitian dalam
hospital atau komuniti atau sports atau marketing. Dietitian dalam hospital
maksudnya , kita akan deal dengan pesakit dan akan ada on-call macam doctor
jugak . Manakala, dietitian untuk marketing pulak, kita akan
mempromosikan produk-produk pemakanan dan kesihatana seperti Nestlè dan
macam-macam lagi. Namun ,sekarang , Malaysia Airlines dan Air Asia , kini
membuka peluang kepada dietitian untuk bekerja di bawah mereka. Selain itu,Institut Sukan Negara (ISN) juga
meng-hire golongan ini.
BEST TAK AMBIL DIETETICS/NUTRITION KAT UKM ?
Best sangat-sangat!. Lecturers sangat helpful, senior sangat
sporting dan jugak berada dalam suasana kasih sayang semuanya . Kursus
Dietetitic kat UKM berada di kampus KL. UKM KAMPUS KL yang terletak di Chow Kit
dan kolej kediaman ialah, Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) yang terletak di Jalan
Temerloh, KL. Berhadapan dengan tasik titiwangsa. BEST!.
Sekian, terima kasih kerana membaca hoho.
*UPDATED : Kini telah diwujudkan akta untuk menjaga profession nutritionist iaitu : hanya pemegang IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PEMAKANAN DENGAN KEPUJIAN SAHAJA yang boleh menjadi Nutritionist. Akta ini diwujudkan kerana, ada profession lain yang mengambil alih tugas Nutritionist dan sebahagian daripada pemegang ijazah ini tidak mendapat pekerjaan disebabkan ada campur tangan daripada profession lain. Akta ini telah diluluskan di parlimen pada tahun 2016.
*UPDATED: Untuk adik-adik yang tengah bingung fikir pasal masa depan bidang ni, boleh lah baca post ni ye :HALA TUJU SEORANG DIETITIAN
*UPDATED : Kini telah diwujudkan akta untuk menjaga profession nutritionist iaitu : hanya pemegang IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PEMAKANAN DENGAN KEPUJIAN SAHAJA yang boleh menjadi Nutritionist. Akta ini diwujudkan kerana, ada profession lain yang mengambil alih tugas Nutritionist dan sebahagian daripada pemegang ijazah ini tidak mendapat pekerjaan disebabkan ada campur tangan daripada profession lain. Akta ini telah diluluskan di parlimen pada tahun 2016.
*UPDATED: Untuk adik-adik yang tengah bingung fikir pasal masa depan bidang ni, boleh lah baca post ni ye :HALA TUJU SEORANG DIETITIAN
50 Comments
Salam akak.. boleh saya tahu apa syarat utk sambung pengajian dalam bidang dietetik kalau dari program asasi/matrikulasi? Terima kasih
ReplyDeleteWkmslm Hye Danial. kalau dari asasi/matrik, pointer sekurang-kurang nya 3.7 ke atas dan MUET sekurang-kurang nya band 3. And then utk masuk ke program dietetik di UKM kampus Kl, danial kena lulus interview sbb UKM nak saring pelajar .
DeleteInterview yang dijalankan ni sbenrnya nak tgk tahap kematangan pelajar nak hadap kos ini. ada sesetengah tak suka ada yang suka. Lelaki sangat-sangat kurang. Mungkin Danial ada rezeki kat sini. Bole la try :). Ada apa-apa komen ja. InsyaAllah akak try jawab.
Assalamualaikum, boleh saya tahun untuk pengajian dietetik di ukm menggunakan bahasa melayu atau english ye?
DeleteAssalamualaikum akak. Saya ada beberapa soalan. Cuma inginkan kepastian. Firstly, bukan ke pointer syarat untuk mohon bidang dietetik di ukm kena 3.00 ke atas? Adakah disebabkan course ni high demand so probability nak dapat course ni kurang kalau pointer less than 3.5? Boleh tak akak jelaskan sikit the struggles nak mohon course ni (berdasarkan pengalaman akak), high competition ke, etc etc? Terima kasih :)
ReplyDeleteWa'alaikummussalam wbr. Kalau nak amik Dietetik kat UKM, kita akan melalui proses interview, akak adalah batch pertama di interview utk kos ini.
Delete1) Waktu interview dulu, ada jgk orang yang di interview dengan pointer 3.00 ke atas, namun, perlu di ingat, interview ini dibuat untuk memilih the best among the best. Tapi, program akak , mereka da tetapkan, hanay memilih indivdidu yang 3.7 ke atas for strict quality. InsyaAllah, rezeki akan memihak pada kita :).
2) Untuk batch akak, program hanya sediakan 20 tempat kosong daripada seluruh Malaysia, namun hanya 13 org je yang selected. Whats more important is, lets your maturity out during the interview.
3) High demand course tu rasanya depends on market utk skrg ni, apa yang pasti, ukm nak maintain quality utk graduan dietetik. :)
Adik da dapat interview ke? InsyaAllah dapat. :)
interview guna malay ke english?
DeleteAssalamualaikum akak. saya dapat interview utk bidang dietetik dan sains pemakanan di ukm. so, saya nak tanya apa beza iv dietetik dgn iv sains pemakann? lg satu, boleh tak akak cerita pengalaman akak masa iv dulu? saya neves nihh..hehe. terima kasih akak :)
ReplyDeleteSamalahh kita . Dpt iv untuk both kos . Good luck hehe
DeleteSamalahh kita . Dpt iv untuk both kos . Good luck hehe
DeleteWkmlsm Muzainah dan Dyba, sory lambat reply akak busy, utk setiap soalan akak da buat dala entry yang baru. here's the link , feel free to click
Deletehttp://mammiapappia.blogspot.my/2016/05/pengalaman-dan-tips-interview-kos.html
Assalamualaikum, sya dapat iv utk sains pemakanan dkt ukm. Sya nk tanya sn pemakanan tu course nutrition la kan ? And one more thing, boleh tak tukar cos dri nutrition ke dietetic ? and if u dont mind, can u tell us (iv candidates) about the iv. Are the panels always ask u about the course or anything. And did they interview u in english ? Thank you for ur help akak.
ReplyDeleteWkmlsm Lily sory lambat reply akak busy, utk setiap soalan akak da buat dala entry yang baru. here's the link , feel free to click
Deletehttp://mammiapappia.blogspot.my/2016/05/pengalaman-dan-tips-interview-kos.html
Thank you. Good luck :)
Assalamualaikum, sya dapat iv utk sains pemakanan dkt ukm. Sya nk tanya sn pemakanan tu course nutrition la kan ? And one more thing, boleh tak tukar cos dri nutrition ke dietetic ? and if u dont mind, can u tell us (iv candidates) about the iv. Are the panels always ask u about the course or anything. And did they interview u in english ? Thank you for ur help akak.
ReplyDeleteAssalamualaikum, situasi saya sama seperti saudari Lily, cuma saya dapat iv dietetik UKM. Boleh tak tolong advice saya mengenai iv tersebut dan boleh saya tahu, iv dijalankan dalam bahasa melayu atau English?
ReplyDeleteTerima Kasih :)
Wkmlsm Salman, utk setiap soalan akak da buat dala entry yang baru. here's the link , feel free to click
Deletehttp://mammiapappia.blogspot.my/2016/05/pengalaman-dan-tips-interview-kos.html
Thank you. Goodluck okey!
Akak...yg dpt iv ukm ni...peluang utk dpt kos tu camne???? Cerah x???
ReplyDeleteUntuk dipanggil dalam IV tu means anda telah disenarai pendek, namun, mereka memilih the best among the best, so akak tak confidence sgt nak jawab soalan awak :)
DeleteAkak kalau kite ader diploma poli bidang food tech leh x sambung ijazah dietetik nie?. Satu lagi kalau kite gemok leh ke amik bidang nie?.mohon pencerahan. Terima kasih.
ReplyDeleteAkak kalau kite ader diploma poli bidang food tech leh x sambung ijazah dietetik nie?. Satu lagi kalau kite gemok leh ke amik bidang nie?.mohon pencerahan. Terima kasih.
ReplyDeleteHelo Hadi!. Boleh apply . Senior atas akak ada 2 orang yang dari diploma food tech. Faktor gemuk tu boleh je amik bidang ni, sebab kita akan ada motivasi nak kurangkan berat badan, untuk persediaan masuk ke bidang dietitian lagi. So takde masalah. Sebab, buat pengetahuan adik, batch akak ada orang gemuk, and then from 120 kg, he managed to reduce the weight to 87 kg in 3 years, and he currently working out on reducing his body weight up to now. Goodluck!
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum sis , nak tanya if mcm saya lah kan lulusan stpm aliran kemanusiaan , boleh dapat ke if mohon deg. in dietetic ? and dia akan tengok keputusan spm tak , if tgok agak agak kalau spm maths tak credit(D) lepas tak ? really need your answer , thank you ❤
ReplyDeleteWkmslm Aznie, maaf lambat balas. yang pasti kena ada basic science. Dan rasanya, aliran kemanusian tu macam tak boleh je. Keputusan SPM konfem akan di tengok, sebab nya, nak tgk a matter of competition, sebab tu la. and then , pasal add math tu, ibarat nyawa bagi orang-orang kos sains, namun bidang dietietik (as far as I know and based on my experience), macam tak guna sangat je, cuma nak tgk benda tu sebagai parameter nak get selected. Goodluck tau. Sorry lambat reply. ❤❤❤❤❤❤❤
DeleteAssalam kak. Utk further studies course dietetik ni mmg kena ambik foundation/matriks dulu eeh? Kalau mlalui program dip/stpm/spm ada tak? Mohon pencerahan akak, cuz im really excited to know,:)
ReplyDeleteHye Litte Caliph!. Semestinya kena ada platform seperti matrik atau foundation, tapi ada je yang dari program diploma dan stpm. SPM, takde pengambilan, tapi dari SPM kena melalui matrik/foundation/diploma/stpm. Goodluck!! :)
DeleteAssalam kak. Utk further studies course dietetik ni mmg kena ambik foundation/matriks dulu eeh? Kalau mlalui program dip/stpm/spm ada tak? Mohon pencerahan akak, cuz im really excited to know,:)
ReplyDeleteAssalam saya student ukm dari program sains math..saya nak tnye masih bolehkah untuk sy tukar ke course dietetik ?sy first year sem 1
ReplyDeleteHye Syahirah Ana, wahh... tu kena tanya budi bicara dekan fakulti dan ketua program. Tapi sekarang kan dah nak dekat final, kalau awak Syahirah Ana nak tukar kos, mungkin kena tunggu tahuns seterusnya.
Deletesalam hi akak.
ReplyDeletesaya baru lepas je ambil spm dan saya sekarang ni tengah google pasal dietitian ni sebab saya minat saya dengan diet, foods and stuff. nak tanya, nak ambil course ni kena power biology eh? atau mana mana syarat yg perlu diutamakan so that bila ambil course ni takdelah terpesong sangat ke apa? aherher & saya sangat takut if nanti tak banyak peluang pekerjaan utk grad dri dietitian/nutritionist ni. huhuh harap akak dapat membantu. May Allah always shower you with His blessing! :)
assalamualaikum akak, kos dietetik ni lecture dlm bahasa melayu ke english? tq
ReplyDeleteWkmslm hai farah. ada subjek dalam english, ada yang dalam malay dan ada yang kuliah english, exam malay. Hahah. Mencabar kewibawaan berbahasa. Tapi tu zaman akak dlu. skrg silibus da baru dah. Tapi dwibahasa dan bahasa melayu tu tak kan hilang. sebab UKM kan. haha
DeleteSalam akak.kos dietetik ni perlu bnyk menghafal ke?mcm biologi..
ReplyDeletewslm Fathin!. Of course!!!1, terutama waktu tahun 1 dan 2, sebab kita pon lebih kurang macam kos medik gak. tapi masuk thun 3 atau 4 tu, da tak hafal sgt, sbb semua ilmu ada d dada cewah.. Trust me, you'll be okay :), akak pon survive je, 3 minggu lagi dah habis pengajian.
DeleteAssalamualaikum kak, sy nk tya.. akak ada ckp yg akak suka bercakap and ayah akak syorkan jd pakar pemakanan. sy ni pendiam, malu nk ckp depan org, sy selalu dengar je apa org lain ckp dan angguk dan geleng je..apa pendapat akak? sesuai ke utk sy course ni? mcm mana dgn iv, sy dpt iv di usm
ReplyDeleteAkak pon ada kawan macam tu gak, pendiam semua dan ikut cakap orang, akak tak tahu kat USM macam mana, tapi yang pasti, lecturer takkan biarkan pelajar dietetik jadi pendiam, yang mana pendiam tu, dia akan paksa becakap!. Don't worry, you will build your confidence along the way, yang penting Nor Latifah kena yakin dengan diri sendiri okay!. Goodluck, Boleh je, kena yakin. Waktu iv kat USM tu kena tunjuk prokatif sikit, jangan tunjuk yang awak ni pemalu dan pendiam. kena train dari skrg cakap depan cermin ke, buat instastori ke hahah. Goodluck tau!
DeleteSalam sis. Nak tanya, course apa yang nak kene amik kalau nak jadi dietition?
ReplyDeletesalam akak, saya tgh tunggu result upu ni, hritu saya dh pergi iv dietetik utk upm. saya dri asasi upm sendiri. tapi pointer saya hnya 3.0 ke atas. tak capai 3.75. ada hrapan tak akak? time iv dia pnya lect ada la ckp berminat dgn apa yg saya perkatakan . hmm ðŸ˜
ReplyDeleteassalamualaikum kak. saya interested dalam bidang dietetik ni, bidang ni perlu science subject such as biology,kimia semua tu kan ? tapi saya tak ada ambik semua subject tu in SPM. what if saya ambik course dietetik ni and belajar 4 science subject tu dari mula ? adakah itu akan diterima ? please reply ASAP. thank you XOXO ❤
ReplyDeleteWkmslm hi!. Haah, kena ada subject tu actually. Yang tu actually akak tak pasti, tapi kalau nak amik subjeck tu rasanya okay saja, depends dengan diri sendiri la, tapi akak tak pasti sama ada pihak universiti terima ke tak, maybe awak boleh kol universiti tu, dan minta bercakap dengan Ketua Program Dietetik. Hope it helps!
DeleteAssalamualaikum sis nak tanya, kalau dari bidang sains pertanian lepasan degree boleh ke sambung master sains dietetik?
ReplyDeleteassalamualaikum akak, saya skrg ambik diploma food tech kat politeknik. ada peluang tak untuk sambung degree dietetik ni? Kalau ada, pointer diploma kena 3.5 above? and kalau degree dia akan tgk result spm juga ke then baru tgk pointer kita? Maaf bertanya banyak sbb saya search tapi tiada yg betul menyeluruh. harap akak boleh bantu.
ReplyDeleteWkmslm hi Sahira, yes, insyaAllah boleh sambung diet. Tapi tak pasti mengenai diploma punya pointer untuk requirement kemasukan dia macam mana. untuk selamat try to score the highest.
DeleteAssalamualaikum akak , saya dapat diploma food service di UiTM Penang , agak-agak boleh ka sambung untuk jadi dietitian?
ReplyDeleteAssalam, sya nak tnya. kalau kita dapat degree nutrition. tapi nanti kita nak sambung master dietition. boleh ka?
ReplyDeleteAssalamualaikum akak boleh saya tau kalau dari program diploma, berapa pointer yang melayakkan saya mohon degree dietetik ni?
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, blh saya tahu nk amek course dietetik ni kene pandai masak ke? Sbb saya mcm brmint dgn course ni tpi x pndi msk
ReplyDeleteAssalammualaikum kak saya nak tanya kalau nak ambil bidang ni..tak boleh melalui diploma ke?
ReplyDeleteKalau boleh diploma apa?
salam kak.. cth kalau dari diploma culinary uitm xleh kerja langsung ke di bhgian ni walaupun masak je..helper mcmtu???
ReplyDeletesalam kak.. cth kalau dari diploma culinary uitm xleh kerja langsung ke di bhgian ni walaupun masak je..helper mcmtu???
ReplyDeleteAssalamualaikum akak, saya nak tanya reasons kenapa akak ambil course dietetik ni?
ReplyDelete