WARNING: 
THIS IS AN UBER LONG POST. 

* * * * * * * * * 
Yesterday, I've received a message from one of followers asking about kidney patient's nutrition. So, here a little bit of it.





* * * * *  *

Penyakit buah pinggang, adalah salah satu penyakit yang kronik, medical term called as "CKD" - Chronic Kidney Disease. CKD ini terbahagi kepada 4 tahap. Apabila seseorang individu itu telah di diagnos mempunyai CKD. Key nutrition management adalah - mengawal pengambilan protein seperti, ayam, ikan, daging, telur dan beberapa sumber protein yang lain. Perkara ini penting untuk mengelakkan CKD ini progress ke tahap 4.

Mengapa kita tak nak pesakit buah pinggang ini progressed ke tahap 4? Kerana, meraka akan di diagnos sebagai End-stage Renal Disease dan akhirnya terpaksa menjalani dialisis.

Dialisis ini ada beberapa jenis. Terpulang dengan keadaan individu dan saranan doktor yang akan buat tapak untuk dialisis.

Kebanyakkan pesakit buah pinggang yang menjalani proses dialisis ini mempunyai kadar mortaliti yang sangat tinggi. Hal ini di sebabkan oleh penjagaan nutrisi atau pemakann mereka. Keadaan ini kita panggil sebagai "low nutritional status". Apabila badan kurang nutrient, pesakit tidak akan bertenaga untuk melawan penyakit dan menjalankan rutin hariannya. Maka, berkuranglah berat badan... dan untuk pesakit buah pinggang yang ada dialisis, ideal BMI adalah 25kg/m2. Bukan BMI 18-24.9 ye anak anak.

Secara kesimpulannya: Individu yang di diagnos mempunyai CKD - kita kena restrict/mengawal/control pengambilan protein (dan beberapa other nutrients restrictions) KENAPA? Hal ini kerana, kita kena kurangkan bebanan buah pinggang untuk menapis makanan yang tinggi dengan protein. Apabila  buah pinggang yang dah rosak itu semakin di bebankan, maka buah pinggang itu akan menjadi lebih rosak? betul tak? so dari CKD akan progress ke ESRD dan kena Dialisis.

JADI BAGAIMANA PULA DENGAN MAKANAN MEREKA? APA YANG PERLU MAKAN? 


Untuk CKD - yang belum di dialisis lagi. 

  • Kena kurangkan pengambilan protein (0.6-0.8kg/bw) (PENTING!!!!!!!!!!!!)
  • Kurangkan pengambilan garam ataupon makanan yang masin (ikan masin, junk foods,belacan etc) kerana kebanyakkan pesakit buah pinggang ini adalah disebabkan kencing manis (diabetes) dan darah tinggi (hypertension). So, that is why, we have to reduce their salt intake, <2300mg/ day. 
  • Dan, pastikan keadaan berat badan pada tahap yang memuaskan. Basically, untuk individu yang berumur kurang dari 60 tahun, pengiraan kalori adalah berlainan berbanding dengan individu yang lebih dari 60 tahun. Sila rujuk KDOQI Guidelines for Kidney Diease. 

Tetapi, kali ini saya akan fokus untuk pemakanan pesakit yang di dialisis sahaja. 

Untuk Pesakit Buah Pinggang - Dialisis. 

1) TINGKATKAN PENGAMBILAN PROTEIN
  • Kena MAKAN BANYAK PROTEIN!!!! Yes, berbeza dengan CKD, kena kurangkan pengambilan, sebab nak kurangkan beban buah pinggang. Tapi, untuk dialisis kena tingkatkan sebab:  Dialisis akan filter semua bahan buangan (waste products from your body) dan dalam masa yang sama, dialisis juga akan membuang protein dalam badan.
Apa akan jadi sekiranya pesakit dialisis ini tidak mengambil protein yang banyak? 
  • Cepat Penat 
  • Risiko yang tinggi untuk terkena jangkitan.
  • Pengurangan berat badan dan juga akan mengalami muscle wasting (otot akan semakin mengecil)
  • Jadi, apabila keadaan ini berlaku, pesakit yang di dialisis akan mempunyai masalah nutritional status dan akan meningkatkan risiko mortaliti. 
2) KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

  • Pengambilan garam yang banyak, secara langsung akan meningkatkan pengambilan air. Kebiasaanya, pesakit yang di dialisis akan ada fluid restriction, jadi benda ini kena kawal juga. 
  • Pengambilan garam yang banyak akan meningkatkan tekanan darah (Blood Pressure), interdialytic weight gain (kebiasaanya, pesakit dialisis akan di timbang sebelum dan selepas dialisis, perbezaan berat ini akan di ambil kira untuk memastikan proses dialisis berjalan lancar). 
  • Pengambilan garam yang banyak akan meningkatkan morbi-mortality risk untuk pesakit dialisis terutamanya hemodialysis. 
  • Pengambilan garam bukan tertakluk kepada garam semata-mata, tetapi, cuba pastikan pengambilan "secukup rasa", "kicap", "bahan perasa" pun perlu di ambil kira, kerana ianya mengandungi sodium juga! 
  • Pengambilan garam dalam sehari yang dicadangkan adalah sebanyak 2-3g sehari, bersamaan dengan almost half of sudu teh (tidak membumbung).
3) KAWAL PENGAMBILAN MAKANAN YANG TINGGI  POTASSIUM & PHOSPHATE

POTTASIUM
  • Contoh makanan yang tinggi dengan phosphate adalah seperti canned foods, seperti longan, choclate drink, cocoa, milo, buah-buahan serta sayur sayuran hijau, asam jawa, dried fruits, tempoyak, spices, wholemeal products, seperti oats dan wholemeal bread serta lain lain. 
  • Apa fungsi pottasium?. macam selalu je dengar..... Okay okay, untuk buah pinggang yang sihat. kidney akan membantu untuk memastikan level potassium dalam darah adalah dalam keadaan seimbang. Kerana, potassium membantu jantung anda berdegup. It plays the role to keep our heart beating & muscle working right. Tetapi, apabila buah pinggang tidak sihat, khususnya untuk pesakit dialisis ini, maka terpaksa lah control pengambilan pottasium. Sekiranya postasium dalam darah menjadi terlalu tinggi, terlalu tingggiiii, ia akan menyebabkan rregular heartbeat dan nauzubillahuminzalik akan terkena serangan jantung! (It can cause an irregular heartbeat or a heart attack. You may feel some weakness, numbness and tingling if your potassium is at a high level).
  • Jadi bagaimana nak elakkan makanan yang tinggi dengan potassium itu? Macam semua je tak boleh makan? 
  • OKAY, DONT WORRY, ADA TIPS: 
  • 1) Potassium ini larut dalam air. Jadi apabila anda makan makanan seperti sayuran hijau, perlu rendam sayuran hijau tu ke dalam air selama lenih kurang dua jam, untuk hilangkan potasium tu.
  • 2) Buang air dari pada buah-buahan tin (canned fruits & vegetables) supaya potasium dapat di buang. 
  • 3) Sekiranya makan buah, pastikan kupas kulit tersebut. Contohnya epal. Kupas kulit epal tu dulu. 
  • 4) Elakkan minuman dan makanan berherba seperti ginseng, akar kayu, kacip fatimah, cordyceps dan lain lain. sebab, kesemuanya initinggi dengan potasium! 

PHOSPHATE
  • Contoh makanan yang tinggi dengan phosphate adalah seperti teh tarik, kopi susu, instant noodle seperti maggi, lemang (nak raya dah kan?), roti canai, daging, cheese, susu, peanut butter, ikan, oh, dan processed foods  dan banyak lagi. Kebiasaanya makanan yang tinggi dengan phosphate adalah berasal dari sumber protein.
  • Tapi, pesakit dialisis kena ambil tinggi protein kan? Oleh itu, mereka kenalah makan "phosphate binder" - doctor akan prescribed. Phosphate binder ini adalah sejenis ubat yang akan bantu untuk mengikat phosphate supaya tidak masuk ke dalam salur darah. 
  • Keadaan ini di panggil seperti, di telan mati emak, di luah mati bapak. Kalau tak makan protein, nanti makin melarat, tapi kalau makan banyak protein, nanti kandungan phosphate dalam darah juga tinggi. So, how? makanlah phosphate binder! - INI WAJIB. Doctor akan beri ubat ni. 
  • Bagaimana phosphate binder ni bertindak? ada dua cara - satu dia akan membuat phosphate terapung dan soak the phosphate into the foods, so that it does not get into the blood. Cara kedua pula - akan di buang dari digestive tract dan melalui stool. (bergantung dengan jenis phosphate binder yang doctor bagi). 
  • Kenapa phosphate ni macam problem sangat? dah la nama tak femes. Okay, phosphorus yang terlalu banyak dalam badan patient akan menyebabkan tulang mudah rapuh dan lemah. Kerana, too much of phosphorus will pull out calcium from the bones. Semua tahu kan kepentingan calcium terhadap tulang? so, apabila calcium di buang dari tulang... apa akan jadi? you know the answer right? sebab itu lah, bahayanya too much of phosphate in the blood of a dialisys patient. 
  • So, jangan risau, boleh saja makan makanan yang saya telah disebutkan, tapi kena KAWAL KAWAL KAWAL KAWAL KAWAL dan JANGAN SESEKALI TINGGALKAN PHOSPHATE BINDER! 
  • Tips nak cegah phosphate? 
  • 1) Elakkan makan cartilage, soft bone of fish, shellfish dan meat. 
  • 2)kurangkan pengambilan koko, chocs drink dan juga coca cola. 
  • 3) limit pengambilan susu dan produk tenusu seperti cheese, yogurt, tapi boleh amik almond milk, soymilk sebagai repacement!
  • 4)Phosphate binder, kena bawak ke mana mana sahaja anda berada!!!

OKAY DAN INI ADALAH CONTOH MENU UNTUK PESAKIT DIALISIS








(Sila rujuk KDOQI GUIDELINES dan Malaysian Medical Nutrition Therapy for Kidney Disease untuk info lebih lanjut. )

Sekian terima kasih, semoga ilmu ini bermanfaat kepada semua. 

Sebarang pertanyaan sila email: 

dietitian@mammiapappia.com 

atau terus DM ke Instagram : 

@mammiapappiaMY 

Thanks!