Kepada sesiapa yang kisah (to anywho who cares), Pada hari ini seorang Masfara Wahidah telah membuat satu keputusan yang sangat berani dan boleh dikatakan kurang bijak tetapi macam bijak jugak. Pada zaman dahulu, ketika Masfara Wahidah berada dalam zaman universiti, Masfara Wahidah menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa graduan tidak bekerja adalah disebabkan mereka sangatlah suka memilih kerja. Kerana bagi masfara wahidah, kenapa kena memilih kerja?

Pada hari itu, masfara wahidah telah menghadiri interview dan akhirnya mendapat jawapan yang beliau telah berjaya dan boleh la bekerja. Kemudian syarikat itu memberitahu butiran-butiran (details) yang berkaitan dengan kerja tersebut. Pada mulanya Masfara Wahidah tersangatlah gembira, tetapi, apabila mendengar butiran tersebut,Masfara Wahidah, menjadi sedikit gembira.  Oleh itu, Masfara Wahidah menjadi dua hati ( need a deep thought). Setelah menimbang tara keputusan demi keputusan, pendapat demi pendapat, ada yang menyokong ada yang tidak, Masfara Wahidah iaitu empunya badan telah memutuskan bahawa beliau akan menolak kerja itu.

Semalam, Masfara Wahidah berubah hati sekali lagi, kerana Masfara Wahidah sudah fed up menjadi penganggur tidak rasmi. Maka, beliau membuat keputusan untuk menerima tawaran tersebut, tetapi beliau memikirkan semula cadangan tersebut dan meneliti kenapa beliau tolak kerja tersebut.

Oleh itu, pada hari ini, Masfara Wahidah telah menelefon syarikat tersebut dan menyatakan penolakkan kerja tersebut. Masfara Wahidah tersangatlah berani. Berani menghadapi pancaroba dunia. Di dunia penuh pancaroba ini haha Masfara Wahidah berasakan bahawa dia perlu menikah dengan segera. Tetapi menikah pon tersangatlah susah. Kerana, kalau dapat suami yang jellek, pengotor, minta puji, bau, tak mandi, dan pemalas, maka Masfara Wahidah akan menjadi susah jugak dan mati. Pak Cik Anip cakap, Masfara Wahidah tidak boleh merungut kerana Masfara Wahidah akan menjadi miskin jiwa. Masfara Wahidah tidak faham apa maksud jiwa kemudian dia menerangkan bahawa jiwa itu ialah spiritual. Oleh itu, Masfara Wahidah kenalah menjadi seorang yang optimistic dan tidak boleh merungut. Masfara Wahidah juga tdak boleh memberitahu kepada masyarakat bahawa dia miskin, kerana itu adalah salah satu bentuk rungutan dan menjadi doa jugak lah. Oleh itu, Masfara wahidah adalah tersangat kaya (tetapi saya takda kerja lagi jadi miskin lah, tapi kenapa pakcik anip marah saya kalau saya cakap miskin?)

Ketika masfara wahidah mengkhabarkan berita penolakkan itu, ibubapanya sangatlah menyokong tindakan nya itu tetapi tercengang jugaklah. Kesimpulannya, masfara wahidah sudah mendapat kerja jugak lah, tetapi telah di tolaknya. Okaylah, tersangatlah berani dan bravo Masfara wahidah ini.

Tetapi dalam hati Masfara Wahidah telah berkata:

Kenapa lah saya menolak kerja tersebut? Terima je la arghhh, tetapi sudah di tolak, maka nasi pon suda menjadi bubur.


Sekian.,
Masfara Wahidah yang sangat berani, cantik dan pendiam serta pemalu dan baik hati.