Kepada sesiapa yang kisah (to anywho who cares), Pada hari
ini seorang Masfara Wahidah telah membuat satu keputusan yang sangat berani dan
boleh dikatakan kurang bijak tetapi macam bijak jugak. Pada zaman dahulu,
ketika Masfara Wahidah berada dalam zaman universiti, Masfara Wahidah
menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa graduan tidak bekerja adalah
disebabkan mereka sangatlah suka memilih kerja. Kerana bagi masfara wahidah,
kenapa kena memilih kerja?
Pada hari itu, masfara wahidah telah menghadiri interview
dan akhirnya mendapat jawapan yang beliau telah berjaya dan boleh la bekerja.
Kemudian syarikat itu memberitahu butiran-butiran (details) yang berkaitan
dengan kerja tersebut. Pada mulanya Masfara Wahidah tersangatlah gembira,
tetapi, apabila mendengar butiran tersebut,Masfara Wahidah, menjadi sedikit
gembira. Oleh itu, Masfara Wahidah
menjadi dua hati ( need a deep thought). Setelah menimbang tara keputusan demi
keputusan, pendapat demi pendapat, ada yang menyokong ada yang tidak, Masfara
Wahidah iaitu empunya badan telah memutuskan bahawa beliau akan menolak kerja
itu.
Semalam, Masfara Wahidah berubah hati sekali lagi, kerana
Masfara Wahidah sudah fed up menjadi penganggur tidak rasmi. Maka, beliau
membuat keputusan untuk menerima tawaran tersebut, tetapi beliau memikirkan
semula cadangan tersebut dan meneliti kenapa beliau tolak kerja tersebut.
Oleh itu, pada hari ini, Masfara Wahidah telah menelefon
syarikat tersebut dan menyatakan penolakkan kerja tersebut. Masfara Wahidah
tersangatlah berani. Berani menghadapi pancaroba dunia. Di dunia penuh
pancaroba ini haha Masfara Wahidah berasakan bahawa dia perlu menikah dengan
segera. Tetapi menikah pon tersangatlah susah. Kerana, kalau dapat suami yang
jellek, pengotor, minta puji, bau, tak mandi, dan pemalas, maka Masfara Wahidah
akan menjadi susah jugak dan mati. Pak Cik Anip cakap, Masfara Wahidah tidak
boleh merungut kerana Masfara Wahidah akan menjadi miskin jiwa. Masfara Wahidah
tidak faham apa maksud jiwa kemudian dia menerangkan bahawa jiwa itu ialah
spiritual. Oleh itu, Masfara Wahidah kenalah menjadi seorang yang optimistic
dan tidak boleh merungut. Masfara Wahidah juga tdak boleh memberitahu kepada
masyarakat bahawa dia miskin, kerana itu adalah salah satu bentuk rungutan dan
menjadi doa jugak lah. Oleh itu, Masfara wahidah adalah tersangat kaya (tetapi
saya takda kerja lagi jadi miskin lah, tapi kenapa pakcik anip marah saya kalau
saya cakap miskin?)
Ketika masfara wahidah mengkhabarkan berita penolakkan itu,
ibubapanya sangatlah menyokong tindakan nya itu tetapi tercengang jugaklah. Kesimpulannya, masfara wahidah sudah mendapat kerja jugak
lah, tetapi telah di tolaknya. Okaylah, tersangatlah berani dan bravo Masfara
wahidah ini.
Tetapi dalam hati Masfara Wahidah telah berkata:
Kenapa lah saya menolak kerja tersebut? Terima je la arghhh,
tetapi sudah di tolak, maka nasi pon suda menjadi bubur.
Sekian.,
Masfara Wahidah yang sangat berani, cantik dan pendiam serta pemalu dan baik hati.
3 Comments
"Masfara Wahidah yang sangat berani, cantik dan pendiam serta pemalu dan baik hati." GELI TAU TAK?
ReplyDeletehahahah diam la
Deletediam la hahaha
ReplyDelete