Hi there. I should not really asked you to ask me a question! Compared to last time, I received an overwhelming responds from you. Just like how I suddenly raised the issues of Lesbian and Gay, Dietetics Thingy and now about Q&A. I intentionally ignored some of your DMs, because I was just bad at continuing some topics and sometimes, I ignored your Dms because of probably I was rushing and forgot to answer. Hence, I replied late, or really really really late. SORRY SORRYY. Here are some of your questions that I got.

Oh before that.. I dont like the "love" thingy on Direct Message kat Instagram.

* * * * * *

Dear Instagram,

Thank you for giving us such a nice features on Direct Message (DM) section, in which we can "unsend" the message that we have sent to the receiver. However, I would like your team to reconsider the idea of placing the "love" sign on the right side of DM, as it will cause some riot to some people. It's good because that sign can make someone love each other or fallen love or even "perasan' that some people like her.  But, that love sign also can break someone's relationship. Especially when the "Afifah VS Bella" issues is still hot in Malaysia. Thank you for your consideration.
(Utilising the unsend feature on DM)


Warmest Regards, 
Masfara Wahidah AR. 



I am teaching you how to write a complaint okay (Don't follow me or else you will ________)
#InstagramComplaint

* * * * * * * *


1) Asal kau confident sangat buat InstaStory eh? 

MAIGOD. This is the reason why you should find someone who can always encourage you to do things. Maybe sebab tiap kali aku buat instastroy, ramai yang reply lepas tu .. aku pon nda tau, kenapa? Maybe jugak sebab aku boring di rumah, aku takda kawan mao becakap atau maybe aku lifeless? LOL.

2) Kak Mawar ada boyfren ke? 
3) Kau ada pakwe ke?
4) Pakwe kau orang mana? 
5) Kau ada boifren ka? 
6) Aku rasa kau ni ada boifren, tapi takda bukti. Kau ada boifren ka? 
7) Weh, boifren kau orang mana? 
8) Kau dah break ke dengan boifren kau? 
9) Boyfriend kau ada instagram ke? Tunjuk sikit muka dia?

HAHAHA. Lucu gak la korang ni. Muka aku muka takde pakwe ke weh, sampai korang tanya aku soalan macam ni haha. MAIGOD, dah namanya pakwe, takkan la aku nak tayang kat instagram aku. Kalau aku ada husband pon, aku nak fikir dua tiga kali nak upload ke tak, sebab almaklumlah, saya ni possessive sikit. Takkanla nak tunjuk gambar laki kat public, habislah semua perempuan tengok. haha, im kidding okay.

10) Ciri-ciri lelaki idaman please..? 

Lucunya Jihah! HAHA. Selain beragama dan semua clichè clichè things tu, ini ialah certain requirement dari aku.

- Ugly. Kalau ugly, kurang lah sikit competition, takde lah aku rasa insecure kan. Lepas tu takdelah orang nak crushkan haha.

- More than 170cm tall. Sebab aku 162 cm, takdela nak awkward sangat jalan pakai heels kan.

- Tua sikit dari aku jugak lah. Sebab ya tuhan, aku pon tak tau, tapi kenala tua sikit. Tua setahun ka 3 tahun ka 5 tahun ka, oh, 4 tahun ka. hahaha.

So, kalau korang takda ciri-ciri ini, jangan dekat ya.

11) Kau dengan aziz ada apa apa ke? 

Ya tuhan, kenapa ramai tanya aku soalan macam ni haha. Aziz is my friend, in fact one of my closest boyfriend back in KL, tapi takdela sampai nak ada apa-apa. Ya tuhan, gelinya. Tapi, best jugaklah kalau kawan dengan Aziz, dia baik dan pemurah dan senang nak buli dia. Dulu, lepas solat je, dia mesti tolong angkatkan dompet aku dan botol air aku, lepas tu kami jalan sama-sama pergi HKL. Otw dalam perjalanan tu, dia asyik ulang:

"Kalau takda perempuan nak dekat dengan aku, semua salah kau ni Mawar" 
"Kau tau tak, dah takde perempuan usha aku, sebab semua salah kau ni Mawar" 

HAHAHA. Aziz tu actually baik dan hensem serta soleh lagi. Tapi, dia pendek dan kurus. Sorry la kau kena reject ya Aziz.

12) Hang ada crush ka kat UKM dulu? dalam fakulti kita? 

Lol. Gelinya. Tapi, aku rasa dulu aku ada minat seseorang gak lah. Tapi bukan dari FSK. Tapi aku tak ingatlah sapa nama dia. Dia tinggi tinggi gak lah. Dia budak dental, tapi aku terus tak minat dia, sebab aku dapat tau ada orang minat dia lepas tu, waktu kat kafe aku nampak dia korek gigi dia guna tangan lepas makan. Jadi aku terus tak minat dia lah.

13) Siapa budak lelaki paling hensem kat batch kita?

Selain Aziz, Gordon, Ben dan Ajib, aku dah lupa sikit nama-nama budak lelaki dalam batch kita. Aku rasa Aziz lah yang hensem.

14) Antara Aziz, Gordon dan Ajib, mana satu yang kau pilih untuk jadi pakwe kau? 

 Gordon lah. Sebab dia ada semangat leadership, lepas tu, dia ada stand dia sendiri dan dia boleh tumbuk orang. Jadi aku selamat sikit.

15) Mana satu yang cantik, Eya atau Nurin? 

Soalan ini ibarat masuk kandang harimau mati, keluar kandang harimau, tapi masuk ke mulut buaya (aku lupa peribahasa tu, tapi begitu la bunyi dia). Dua-dua tak cantik. Aku yang cantik.

16) Mia tu single ke? Dia umur berapa dan budak U mana?, Cinta tu memang nama dia Cinta ke, single jugak ke? Sebaya ? Budak mana? 

Mia, Cinta dan Masfara semua umur 23 tahun. Mia budak Palam amik Farmasi, Cinta budak UM, aku lupa dia amik apa, pasal agama-agama jugak lah. Mia ada boyfriend, Cinta tu single. Nama penuh c Cinta tu, Mira Natasya Cinta Fifee. Ya tuhan, patutnya aku tak bagi masuk dorang kat instastory aku. Sebab dah overshadow aku pulak!.hahah

17) Kak Mawar, pergi oversea pakai duit sendiri ke? JPA ke? Parents akak kerja apa? 

Sejujurnya, kak mawar korang ni sangatlah miskin dan takde harta. Kalau pakai duit sendiri, konfem lah tak mampu nak terbang ke oversea, dan kak mwar jugak tidak di tanggung oleh JPA ke atau apa-apa biasiswa. Semua yang tanggung akak dari kecil sampai umur 23 tahun ni, ialah mak ayah. Kalau korang nampak akak terbang-terbang ke oversea tu, ertinya, duit tu dari mak ayah akak okay. Parents akak kerja biasa biasa saja.

18) Mawar, asal tak buat vlog? Ada potensi ni. Link kan dengan blog. Tengok Instastory kejap-kejap je, pergilah buat Vlog, saya pon nak tengok. 

Maigod, saya malas nak edit. selain itu, saya takde kamera yang berkualiti macam Yna. Saya cuma ada kamera yang Aily bagi saja. Oleh itu, sila lah doakan adik saya c Yna bagi saya kamera berkualiti dia itu, kerana nanti jatuhlah maruah saya kalau asyik pinjam kamera c Yna.


19) Kak Mawar, ini bukan soalan.. tapi ini request, boleh buat house tour tak?! Nampak kat Instagram Yna, Kak Mawar punya rumah cantik sangat. 

Maaflah adik, kak mawar punya rumah takde lah secantik mana, tak layak pon nak buat house tour. Jangan percaya gambar, itu semua palsu semata-mata. Okay serious talk, this is security reason actually, when you do any house tour, you are actually inviting some parasites to come to your house. hence, kak mawar memang tak boleh buat okay. Please come to my house je la. Sorry sangat-sangat. Sorry tau!

20) Masfara, lepas ni nak sambung study ke atau nak kerja? 

Hi teacher!!! Nak kerja lah, hehe. Nantila sambung study tu. InsyaAllah I will, but not now. Thank you baca blog saya teacher hehe :)

21) Kau kalau tak mekap, warna kulit kau apa? Kau asyik keluar rumah pakai mekap ke? Waktu kat kampus dulu kau tak pakai mekap kan?

HAHAHA. Aku pon tak tau la apa warna kulit aku, tapi sekarang aku sunburnt. jadi kulit muka aku hitam. Aku pakai kalau aku rasa nak pakai ke, tapi aku rasa aku tetap je la cantik pakai mekap ke tak pakai mekap ke, hahaha. Aku pakai kalau aku keluar dengan kawan-kawan akulah, atau pergi majlis ke. Tapi, actually takde la mekap sangat. Waktu kat kampus memang lah tak mekap, dah semua korang tak hensem, sia-sia je pakai mekap.

22) Kau rasa personaliti aku macam mana?

HAHAHAH. Aku baru sedar kewujudan kau ni kat UKM KL, waktu hari last kat UKM. Sorry tak sempat nak observe.

23) Heels yang kau tunjuk tu berapa harga dia? Takkan kau tak mampu beli kot? 

Of courselah aku tak mampu, aku mana ada kerja!. Kau doakan la aku ada kerja tau dan dapatlah beli heels tu. Heels tu harga dia lebih kurang bersamaan dua bulan gaji dietitian yang baru masuk kerja. (aku rasa lah, sebab ada orang cakap kat aku, gaji dietitian yang baru masuk kerja macma ni)

24) Kau sampai sekarang nda makan ayam, telur dan daging? 

Aku makan ayam kfc jugak lah bahagian wings, lepas tu makan ayam kat Pizza Hut yang BBQ tu, ayam McD pon aku makan jugak, bahagian wings. Kalau sayap ayam bakar yang di jual kat pasar malam tu aku makan jugak. Kalau yang ayam lain-lain tu aku tak makan lagi. Tapi, waktu makan tu, janganlah cerita pasal ayam, nanti aku terbayang dia mengepak-ngepak dan ada bulu-bulu, aku tak jadi nak makan. Telur dan Daging aku tak makan lagi setakat ni.


25) Apa maksud Mendaks tu? Biasa dengar sumandak je. 

Entahlah, saya pon tak tahu. Tiba-tiba je tersebut mendaks, maybe sebab kami suka tukar-tukar ayat ke.

26) Cing cing tu siapa? 

Dia anak buah saya. Nama dia actually Intan Mahfuzah. Orang panggil dia Oja. Tapi Ciknok panggil dia Cing Cing atau Oja Oja. Dia selalu je suka datang kat aku, tiap kali aku jalan mesti korang akan nampak instastory pasal dia kan. Sebab dia suka kat aku lah, haha, tiba-tiba aku rindu kat Cing cing. Sebab harini dia tiada kacau aku lagi.

27) Akak, apasal akak makin sombong? 

Hai Adik, maklumlah dah semakin tua, mata pon kadang-kadang dah kabur nak tengok screen phone, sebab tulah, kadang-kadang terignore saja DM dari kau. Paling penting, adik pergilah belajar, janganlah main instagram ye adik. Dah nak masuk sem baru, pergilah sediakan barang-barang keperluan university ya.

28) Korang kalau majlis kahwin memang akan menari ke? Banyak kali nampak Mawar post kat Instastory. 

Haah, tu kita panggil Mengalai, dalam bahasa Bajau, "Mangigal". Kena menari, lepas tu dorang akan masukkan duit (sabot) kat celah-celah jari. Nanti kalau aku kawin, kau datang lah ya mengalai, kalau kau tak nak mengalai, kau sediakn je la duit untuk masukkan kat celah jari ak tau tau. Satu jari rm100. Main-main je la! haha

29) Haritu Mawar g Jepun berapa duit habis eh? Mawar g Korea dulu berapa? Flight ticket dapat berapa?, mana yang best, Korea ke Jepun?

Untuk Jepun, tak ingatlah akak, tapi rasanya dalam RM 7-10k jugak lah, termasuk flight ticket, expenses kat sana, transportation, accommodation, dan attraction places juga. Tapi boleh kurangkan bajet jugak lah actually. Flight ticket g Jepun rasanya dalam RM1400 return (economy class)

Untuk Korea, saya tak keluarkan satu sen pon dalam akaun, semua ayah yang bayar. Waktu kat Korea, flight ticket RM12K return, sebab waktu tu beli lambat sikit. Mana satu yang best? Waktu saya g Jepun, I think I really dive into the culture, lepas tu saya kan jalan dengan kawan-kawan saya! Jadi best sikit lah. Waktu tu jadi traveller. Waktu g Korea dulu, saya jadi tourist. Macam mana nak explain ye akak. Dua-dua pon best. Jepun best sebab betul-betul rasa macam Jepun. Korea best sebab satu sen takde duit keluar. Tapi Korea, saya hanya pergi tempat-tempat yang famous untuk tourist sahaja dan saya tak really dive into the culture, sebab ayah saya dia prefer makan kat hotel tempat kami tinggal.  I think both of them are the same jugak lah.

30) I really like your "Your Middle Name is Funny" story. Keep up writing and you can do poem as well! Btw is this based on your true story?

Hi darling! I got some inspiration from someone to write a story! I don't even know I can write poems as well, but the idea of writing a poem always come whenever I feel sad, hopeless or in a frustration. I guess it's not really a talent, but instead a feelings that cannot be directly expressed?

31) Mawar, Funny tu siapa? kau kena reject ka ni? Jangan risau, aku ada. Lain kali kau jangan jual mahal sangat.

Ewww Gelinya kau ni. Palis palis okay. Ewww.. palis palis. Funny tu of coursela kekasih tak jadi Daniella, tak baca story aku ke. Maigod. Patutnya soalan kau ni tanya, siapa Daniella tu, apahal kau tanya pasal Funny, kau ni gay ke apa berminat dengan boifren orang? and kau punya MUET dulu band berapa? Takkan maksud Funny pon kau tak tau ni. Kesian sungguh.

32) How come you have so many free time to update your blog? tak boring ke? I tak tau nak tulis apa kat blog I,

Hi Zee! I don't know, because this is my place for almost 5 years I think? Aku pon pernah gak ada feeling macam tu, but I don't want to give up on something I created. Plus, it's mammiapappia, I can't give up on this blog, because later this blog will get wasted and who dare to give up on mammiapappia? LOL. Because, we are on holiday what. I don't have friends kat my hometown and if they are here pon, Seeing people really reading my blog, be it as a silent readers or a followers and they sent me emails, DMs me or Pm me on Fb, really encourage me to stay updated. Whatever you are doing later, please don't give up on your blog too!

33) Kak Mawar, suara kak mawar sedaplah, aritu Wani dengar akak nyanyi waktu lalu kat bilik akak. Nyanyilah sikit lagu Who you are, Jessie J, boleh?

Tak boleh. suara artis, mana boleh dengar sembarangan. HAHAH. Main-main je la, later later later.. hahah

34) Macam mana kau pakai kasut tinggi macam tu? Tak sakit kaki ke? 

Aku rasa kalau kau dah lama-lama pakai dah tak sakit lah. Tapi ada certain place kalau kau pakai heels dia rasa sakit sikit, sebab kau kena tekan kat bhgian between tumit dan jari tu, supaya kau tak tergelincir. kalau kau nak try heels yang kaki kurus dan tajam tu, kau try la jalan atas mozek ka, kalu kau biasa dah pakai heels yang tajam dan kurus tu, mesti kau akan pandai pakai heels heels yang lain. Lagi satu, aku rasa tak sakit lah kalau jalan atas jalan tar, paling best jalan atas carpet, tak rasa langsung sakit, tapi penyeksaan sangat kalau kau pakai heels yang kaki nipis dan tajam tu atas mozek tu. Tapi, kalau kau dah get used dengan itu, kau dah okay dah!. Lagi satu kan, ada petua ni, supaya kaki kau tak sakit kalau pakai heels tu atau apa apa je la jenis heels, kau kena gigit dulu bhgian depan tu, supaya kau tak kena 'gigit' oleh kasut tu. Aku tak tau la berkesan atau tak. Tapi kau try la haha, aku pernag try la, tapi aku tak ingat sama ada, ada effect ke atau tak.


35)


She asked me: *Sending me photo* 
Do you think I am pretty? BTW this is Yok a.k.a Zuraifah . 



THANK YOU FOR ASKING SO MUCH QUESTION. I was originally wanted to open this Q&A until 6pm. But, I can't handle so much notifications and questions hahaha and some of the question has been answered personally. ARGHHH I AM SO TIRED OF TYPING THIS!


BYE AND XOXO!