Hello semua!. 

Sejak beberapa bulan yang lepas, saya menjadi penggemar barangan-barangan yang dikeluarkan oleh Innisfree. Dan ada beberapa barangan yang menjadi top favorite dalam list. Iaitu: 

1) Innisfree It's real squeeze mask
2) Innisfree Perfect Fresh Foot Cream
3) Innisfree Olive Real Moisture Hand Cream

Oleh itu, untuk post kali ini, saya akan buat review mengenai setiap satu item. 


1) Innisfree It's real squeeze mask

Mask ini adalah sangat lembut dan menyerap ke dalam kulit. Walaupun ada seseorang yang mempunyai kulit sensitif dengan mask yang mempunyai fragrant, namun bagi saya, mask ini masih boleh diterima dan tidak menimbulkan kesan sensitif kat muka saya. Selain itu, mask ini tidak perlu dicuci selepas digunakan.  Kebiasaannya, saya akan memakai mask ini sebelum tidur tunggu selama 15 minit sebelum di buka. Keesokkan paginya, kulit akan nampak shining-shining dan berseri-seri. Harga pon murah!


2) Innisfree Perfect Fresh Foot Cream

Ini adalah botol yang ketiga telah saya gunakan. Effectnya tersangatlah awesome, saya akan apply foot cream ini sebelum tidur dan pakai socks dan sebelum hendak jalan ke mana-mana. Hasilnya, kaki rasa lembut ja. Foot cream ini ada lemon & mint scent, so kaki akan terasa fresh je. Memang recommended!



3) Innisfree Olive Real Moisture Hand Cream

Sebab saya tak boleh hidup tampa losyen tangan ataupon hand cream, maka saya telah try product ini. Hasilnya, penyerapan dan kelembapan berpanjang sepanjang hari. Ini adalah the first packaging, sangat handy dan cute, boleh di bawa kemana sahaja. Ramuannya yang mengandungi extra virgin oil adalah sangat membantu untuk penyerapan yang lebih berkesan.


Apa yang best pasal barangan-barangan Innisfree ini ialah: 

- Setiap pembelian akan ada point! Point yang dikumpul boleh di redeem.
- Setiap botol yang digunakan, sekiranya dikembalikan, kita pon akan dapat kumpul point juga! So simple!
- Salah satu daripada produk barangan korea yang hypoallergen!


Selamat mencuba!.