Hai semua. Hari ini, saya akan ajar macam mana cara-cara untuk pergi ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA dan KLIA2). Almaklumlah, sekarang ni demam orang hendak pergi ke sana ke mari kan. Oleh itu, saya akan tunjukkan bagaimana cara-cara untuk pergi ke airport melalui Kl Sentral.

Seperti yang korang tahu, KL Sentral ialah hub utama pengangkutan sama ada KTM, Monorel, LRT, ETS atau ERL dan juga bas. Semua ada kat KL Sentral. Jadi cara yang paling mudah untuk pergi ke airport ialah melalui KL sentral. Kesemuanya ada tiga cara:


CARA PERTAMA: MENAIKI BAS


Di mana-mana negara, bas adalah pengangkutan awam yang paling murah untuk di naiki. Perjalanan ke KLIA/ KLIA 2, dengan menaiki bas adalah sangat mudah dan mengambil masa selama 1 jam untuk sampai ke destinasi. Harga untuk pergi ke destinasi adalah RM10-RM11. Sekiranya korang dah sampai kat KL Sentral, ikut je papan tanda untuk pergi ke Terminal Bas. Kat situ, korang akan nampak dua jenis bas. Satu bas adalah untuk pergi ke KLIA dan satu lagi syarikat untuk pergi ke KLIA2.


                                                 Syarikat bas yang akan pergi ke KLIA2

Syarikat bas yang akan pergi ke KLIA




Kebiasaanya, bas yang akan pergi ke KLIA ialah Airport Coach Bus. Manakala, bas yang akan pergi ke KLIA2 ialah syarikat AeroBus. Kedua-dua bas ini akan bergerak setiap 30 minit. Namun begitu, segala kelewatan yang berlaku adalah di tanggung oleh penumpang sendiri. Tapi, dah banyak kali dah naik bas, setakat ini, takda masalah. Don' worry.

Cara-cara nak beli tiket bas ialah, nanti kalau korang turun ke terminal bas, kat situ akan ada booth untuk beli tiket. Beli tiket kat situ, then nanti tunjuk kat konduktor bas waktu nak naik kat bas tu.


CARA KEDUA: MENAIKI ERL (KLIA EXPRESS @ KLIA TRANSIT) 




ERL ataupon dikenali sebagai Express Rail Transit, adalah cara paling mudah, selesa dan pantas untuk pergi ke KLIA/ KLIA2. Terdapat dua mod untuk pergi ke  KLIA/ KLIA2 menggunakan  ERL, iaitu KLIA transit dan satu lagi KLIA Express. Harga untuk ke KLIA/KLIA2 menaiki KLIA Express dan KLIA transit adalah sama sahaja. Boleh refer gambar kat bawah ni, untuk tengok harga ye. Selain itu, masa yang di ambil untuk ke KLIA melalui ERL dan menggunakan KLIA Express ialah 28 minit, manakala untuk pergi ke KLIA2 ialah 33 minit. Korang boleh klik LINK ini untuk maklumat lanjut.




Walaupon begitu, korang akan dapat diskaun sebanyak 10% sekiranya korang book online. Klik SINI untuk beli online dan menikmati diskaun sehingga 20%.


CARA KETIGA: MENAIKI TAXI

Berdasarkan pengalaman saya, taxi adalah cara yang paling mahal untuk pergi ke KLIA/ KLIA2, sebabnya tambang adalah RM80-RM120. Namun, kalau nak pergi airport ramai-ramai, taxi adalah cara yang paling murah berbanding dengan menaiki ERL. So, bergantung dengan situasi. Cara-cara untuk menaiki taxi untuk pergi ke airport, ialah pergi ke Booth Taxi untuk bayar kat situ dan korang akan diberi tiket. Tiket tu korang akan bagi kat pemandu taxi. So, cara ni sebenarnya sangat selamat untuk mengelakkan korang ditipu oleh pemandu taxi okay. Masa yang di ambil untuk sampai ke airport adalah lebih kurang sejam.

Untuk taxi ni, terdapat beberapa jenis taxi yang boleh digunakan. Boleh pilih nak naik Budget taxi ke atau Premiere Taxi ke atau pon Executive. Harga pon lain-laain la yer..

Ini adalah contoh taxi bajet kat KL sentral.

Sekian, Terima Kasih..

Semoga dapat membantu ðŸŒ¸ðŸŒ¸ðŸŒ¸