Monday, 26 December 2016

Restoran Shell Out Murah di Kuala Lumpur dan Review


Hai Semua.. mesti korang semua nak cari restoran shell out yang murah kat KL ni kan? sebab kebanyakan restoran yang ada shell out tersangat lah mahal dan ada yang sampai beratus-ratus kan. Okey, so nama shell out ni ialah  Zombie Shell Out (Zombie Shell Off), dan nama restoran tu ialah Aneka Rasa Klasik yang terletak berdekatan dengan bangunan Mara Digital dan berhadapan dengan tempat letak kereta Pertama Complex.

Apa yang best dengan Shell Out kat kedai ni, ialah, mereka ada promosi dari RM39 kepada RM29, untuk satu set. Satu set ialah 2 pax. So, dia akan sediakan, 2 air sirap, 2 mangkuk nasi, dan shell out tu lah. Memang kenyang. 



Ni lah kedai tu dari pandangan hadapan.



Ada dua perisa, satu Thai Spice sauce, yang kami ambil, dan satu lagi Kam Heong Sauce. Menurut pelayan restoran. Kam Heong Sauce ada rasa ikan bilis sikit. Tapi, kami tak ambil. So, tak boleh nak buat comparison. Tapi Thai Spice Sauce memang da bomb! 👍👍👍



Yes, memang menjilat jari!.


Additional information on beverages. Tapi kami , tak ambil pon. Saja, nak tangkap gambar. In case korang nak minum. 




Thanks Cinta, sebab sudi temankan pergi Shell Out dan tukang cari informasi mengenai kedai shell murah kat KL ni. 


So, lepas ja order makanan, waiter pon datang dan bentangkan (spread the plastic) plastik ni atas meja. First time pergi shell out memang excited. 



1 set Shell out untuk 2 pax. Nasi dua mangkuk dan Air Sirap dua gelas. Air Sirap tu perisa Jagung, tapi macam biasa, aku tak minum sangat, Cinta yang tolong habiskan. 


Gambar ni memang candid. Serius. Cuba tengok nasi tu, walaupon banyak, sebab waktu tu berselera makan.. memang tambah satu mangkuk lagi lah.


Cuba tengok kuantiti nasi tu. Memang membumbung. (Eh, Hai Cinta!)





Sangat sedapppppp..!. Ni ialah perisa Thai Spice Sauce. Sedap sehingga menjilat jari, tapi memang pedas. Sangat-sangat pedas. Sampai berpeluh-peluh makan benda ni.



Jagung, Sotong, Ketam, Udang, Lala, Kepah dan sayur brokoli. 


Cara nak makan ialah, tumpah je nasi kat atas plastik tu. 







Tara..!!!!!. Semua dah habis, so apa yang aku nak cakap ialah, bekas mangkuk nasi tu, boleh digunakan untuk buang sisa-sisa makanan seperti, kulit udang, kulit kepah dan lala dan juga ketam. Serius memang sedap. Definitely will come again!. Sekarang ni pon, terasa nak makan lagi.






So, secara spesifiknya, kedai tu terletak bersebelahan dengan restoran sate kajang Hj. Samuri. Memang betul-betul bersebelahan. 

Lupa nak cakap, nasi tu tak cukup, sebab lauk banyak sangat dan, terlalu berselera nak makan, so, kami pon minta la nasi extra 1 mangkuk dan di charge RM1.50.

So, based on my experience on this restaurant, I love to give: 

Location: 4/5 
Sebabnya, kat depan restoran ni ada entrance untuk parking kereta Pertama Complex. So, boleh masuk kat situ je. 
Sabtu Ahad flat rate: RM5
Isnin - Jumaat : RM3 first 1 hour

Taste: 5/5
So yummeh and delicious.

Restaurant Design: 3/5
Stall-like, but just nice for Shell Out.

Price: 5/5
Realllllyyyy worth for money!. Supposed to pay only RM29 for two people, but, since we added on 1 bowl of rice (RM1.50)  so the total price is RM30.50.

Service: 4/5
Waktu, kami pergi tak ramai orang, so, makanan cepat je di hantar. Tapi, kalau nak basuh tangan, better bawak sabun sendiri, atau hand sanitizer, sebab sinki dorang, tak provide liquid hand soap. So, geli sikit nak share dengan orang. So, solution is: better bawak sabun sendiri ke atau pon hand sanitizer yang wangi. So, lepas makan, bole basuh tangan dan apply hand sanitizer tu. 


Will I come again? : YES! Definitely!
Was thinking of going there for dinner tomorrow. 

Thanks for reading!


3 comments: