Wednesday, 9 November 2016

Tips untuk menurunkan berat badan untuk orang obesiti/gemuk

Hai, hari ini, saya akan berkongsi ilmu pada hari ini. Silalah baca dengan penuh penghayatan dan semangat untuk berubah. 


1) Apa itu obesiti dan bagaimanakah obesiti boleh berlaku? 

Obesiti adalah satu keadaan dimana pengumpulan lemak berlaku  dalam tubuh badan seseorang sehingga mengakibatkan pertambahan berat badan yang tidak normal. Obesiti ini berlaku adalah disebabkan ketidakseimbangan jumlah pengambilan tenaga (kalori) dan minuman dan penggunaan tenaga. Maksudnya, anda makan terlalu banyak, tapi kurang exercise. Akhirnya, menyebabkan obesiti, jika berterusan dan tiada pengawalan.


2) Apakah kesan dan penyebab obesiti?

Individu yang obes adalah berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kronik seperti Diabetes Mellitus (kencing manis), penyakit jantung, darah tinggi, strok dan sesetengah kanser, seperti kanser payudara, hati dan prostat. Obesiti biasanya berlaku disebabkan :

- Pengambilan tenaga melebihi penggunaannya.

- Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.

- Faktor genetik (Bukan penyumbang utama, boleh diatasi dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat).




3) Apakah tips untuk menurunkan berat badan? 

- Berat badan sebenarnya boleh diturunkan dengan pengubahsuaian tingkah laku dan pemilihan   makanan yang bersesuaian. Pendek kata, hidup kena berdisiplin. 

- Ubah corak pemakanan anda dan keluarga melalui pemakanan gaya hidup yang sihat.

- Elakkan makan di hadapan TV atau ketika membaca kerana anda akan cenderung makan secara berlebihan tanpa anda sedari. 

- Jangan skip makan! NEVER EVER EVER EVER SKIP YOUR MEALS. Jangan nak diet dengan cara yang tidak betul dan tidak sihat. Ini adalah penting untuk mengelakkan anda dari mengambil portion makanan yang berlebihan. Contohnya, anda skip sarapan, waktu makan tengahari, anda akan cenderung untuk makan dengan lebih banyak dan berlebihan, kesannya, akan menyebabkan banyak lemak terkumpul dan secara tidak langsung meningkatkan berat badan. Cara yang simple untuk orang yang nak turunkan berat badan ialah : MAKAN SEDIKIT, TETAPI KERAP. Ayat ni tricky sikit. Maksud kerap ialah, ikuti jadual makan yang betul:

Sarapan pagi : 6.00 am - 7.30 am
Minum Pagi : 9.00 am - 10.30 am
Makan Tengahri : 12.00 pm - 2.00 pm
Minum Petang : 3.30 pm - 5.00 pm
Makan Malam: 6.30 pm - 9.00 pm
Supper : 10.00 pm - 11.00 pm (Tidak digalakkan)

Tetapi, makan dengan jumlah yang sedikit. Contohnya, nasi putih, sekiranya anda mengambil nasi putih sebanyak 2 senduk setiap kali makan, kurangkan kepada 1 senduk atau 1 senduk setengah. Kurangkan secara perlahan-lahan dan bukannya drastik. ELAKKAN MENGAMBIL SAIZ HIDANGAN YANG BESAR DALAM SATU MASA. 

- Makan dengan perlahan dan tidak gelojoh untuk mebolehkan isyarat kenyang dihantar dari perut ke otak, yang mana akan membantu anda untuk makan dengan jumlah yang sedikit. Yela, otak dah kata kenyang, kenalah berhenti kan , tapi hakikatnya, anda hanya makan sedikit, secara tidak langsung, membantu mengawal pengambilan makanan secara berlebihan. Nikamtilah makanan anda dengan penuh kebahagian dan berhentilah sebelum kenyang!.

- Elakkan membeli makanan dalam keadaan terlalu lapar. Kerana, anda cenderung untuk mengambil makanan dengan saiz hidangan/portion yang banyak.

- JANGAN membeli makanan yang tidak berkhasiat untuk diletak di dalam rumah. Contohnya : keropok, kerepek, coklat dan sebagainya. 

- Tingkatkan aktiviti fizikal melalui senaman, sekurang-kurangnya 30-45 minit sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Selain itu, anda juga boleh bersenam selama 3 kali sheari selama 10 minit pada waktu pagi, tengahari dan lewat petang. 

- Pastikan anda mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari, kerana sumber serat (fiber) membantu anda untuk melambatkan rasa lapar, dan membantu anda menurunkan berat badan. Hebat kan? Sekurang-kurangnya, makan buah 2 kali sehari dan sayur 3 kali sehari. 


Ramai yang mempunyai salah faham atau misconception terhadap isu diet. Ada yang kononnya diet, dan tak makan nasi tapi makan kerepek/roti/keropok atau mana-mana jenis junk food yang lain. Hello.. sila buang misconception tu jauh-jauh dari otak. Bila anda tak makan nasi, untuk diet tapi makan makanan ringan yang lain, sebenarnya, kalori adalah lebih tinggi dan akan meningkatkan berat badan. Serious, it's better for you to eat your meals (rice+fish/chicken/egg+vege+fruits) rather than makan junk foods. Trust me, it will leads to excessive weight gain if you consumed junk food and skip your normal meals.

Sekian, harap bermanfaat dan semoga berjaya menurunkan berat badan!. Ingat, penurunan berat badan yang normal ialah 2kg-4kg dalam masa sebulan. Penurunan berat badan yang drastik akan menyebabkan peningkatan berat badan yang drastik juga. Oleh itu, hati-hati okey. 

Sincerely :

Your future dietitian.






1 comment: