Hello everyone. Buat sesapa yang tidak tahu samyang korean spicy noodles ini sudah menjadi kegilaan masyarakat muda-mudi dan trust me, kalau any of you yang rajin buka youtube, confirm ramai orang yang buat challenge untuk lawan sapa yang tahan makan pedas.

So, waktu kat last Ramadhan tu, aku pon terkinja-kinja jugak mencari Samyang sebab my mouth asyik watery tengok orang buat challenge sampai nangis-nangis dan noodles tu macam kebaboom ja rasanya. Finally, cari punya cari, akhirnya aku pon terjumpa jugak lah dengan samyang tu kat Aeon Cheras. Maka, merasalah aku makan samyang.

Ramai cakap, kalau nak makan samyang, kena sedia susu, sebab susu boleh menghilangkan rasa pedas. But, I say Nay!. Sebab aku bukanlah peminum dan penggemar susu. Maka, aku pon makanlah samyang itu. So, what did I get?

Untuk suapan pertama tu, of course aku cakap not bad. Tapi lepas suapan kedua tu, aku da terasa hot and burning nya korean noodles itu!. Wow. Super spicy.. its nice though!.  Serius, aku habiskan makan samyang tu, dalam masa 2 jam. Sebab, nak tunggu menghilangkan kepedasannya itu.

So, bila aku balik rumah ni, aku pon asyik mengidam samyang ja dan kat Sabah takda Aeon, so, aku order online je lah. Harga? Waktu aku beli kat Aeon, kalau cup dia RM8.50 dan yang 1 bungkus ada 5 packets tu RM27. Kalau beli Online, harga lebih kurang, tapi postage yang menyebabkan harga Samyang tu jadi mahal. Sebab harga postage ke Sabah Sarawak from Peninsular is RM14 . So imagine la kan.


Kesimpulannya, Samyang tu memang delicious, I told you!.

Tips makan Samyang :

1) Lepas da masak tu, pastikan gaul sebati, sebab supaya rasanya tetap sekata okey dan degree kepedasannya memang kaw-kaw.

2) Janganla minum air in between makan Samyang tu, sebab konfem akan bertambah kepedasannya, tapi serious sapa yang tahan kan? haha.

3) Ada orang cakap, kenalah minum susu untuk menghilangkan kepedasan, tapi... i say nay for this.

4) and then, ada alternatif lain, iaitu, janganlah minum air sejuk, minum la air panas atau air suam untuk menghilangkan kepedasannya.


Bila makan benda-benda pedas ni, teringat waktu kat Korea dulu, waktu tu, kami beli Kebab and then orang tu excited that we were from Malaysia, and he said:

 " Do you want Malaysian Spicy or Korean Spicy"? We replied : Malaysian would be okay for now.
OMG. Guess. What we got. The degree of spiciness really spoil our night. This reminds me of Samyang!.

Sekian, rasanya itu ja la. XOXO.


Credit : Google


Nah, Samyang buat mu.