Hello everyone, so hari ini adalah hari yang membanggakan dalam sejarah hidup aku sepanjang cuti ni. Cuba la teka apa dia. Mungkin adalah sesetengah daripada kamu yang rasa, alaa... tu pon nak over, tapi hey, its my great achievement what.

So, sepanjang aku dalam lesen memandu ni, adalah sekali dua aku pegang kereta manual, itupon, tak gerak lag, saja ja nak test minyak break dan juga clutch, namun, hari ini adalah satu pencapaian yang sangat sukses buat insan yang bernama Masfara Wahidah, kerana, dengan pemecahan rekod yang unggul, saya telah berjaya memandu kereta manual selepas 5 tahun menjadi pemandu kereta automatik.

Alkisahnya, waktu kat Petronas tadi, aku temankan akak aku pegi isi minyak, kemudian, dia senyum-senyum tengok aku and says " eh, cubalah majukan kereta kat tangki depan tu". maka aku pon dengan berlagaknya, memegang steering kereta dan masukkan gear. Namun, dalam hatiku, aku pon berdoa,

"Ya Allah, jangan kau malukan aku depan semua orang ni"


Kemudian, dengan kuasa Allah, aku pon memandu dengan ajaibnya, tanpa sebarang ketakutan, jeng-jeng, aku pon berjaya la me-reverse dan memandu dengan jayanya. tapi gear satu saja la. hahha. Bukan apa, aku rasa problem aku ialah, bila aku tukar gear 2, tiba-tiba masuk gear 4. Tapi aku rasa nak try jugak la improvekan diri aku memandu manual macam 5 tahun yang lepas ketika aku dengan jayanya lulus ujian JPJ. Ehem. Waktu tu ja la. 

So, bila cerita pasal perasaan aku, macam best ja pandu kereta manual, macam mula-mula aku belajar memandu kereta 5 tahun lepas, aku rasa nak drive manual je. Padahal, kalau drive kereta sekarang ni, aku asyik merungut ja, kenapala aku takda personal driver. Boleh bawak pegi mana-mana, tak payah susah-susah drive kan. So macam itula. 

Lagi satu kan, mungkin benda ni adalah vice versa dengan mostly masyarakat remaja macam aku ni. hehe, remaja la sangat kan. Sebab secara jujurnya, aku lebih prefer memandu kereta besar berbanding kereta kecik. Serius aku rasa macam tak best ja pandu kereta kecil dan tahap keyakinan aku kurang kalau pandu kereta kecik. Sebab kan, aku rasa, bila kita memandu kereta besar, kereta lain akan bagi laluan  dan kau tak yah nak takut di langgar, kerana secara faktanya, kau yang akan melanggar. Macam tu lah. 

So, dekat ruma aku ni, ada 5 kereta dan 1 lori. Namun, aku masih waras untuk tidak memandu lori, kerana lori hanya digunakan untuk urusan-urusan yang berkaitan dengan construction dan sewaktu dengannya, dan kesemua kereta dekat rumah aku ni, adalah jenis yang besar-besar dan the only one yang tidak besar ialah BMW. Meh sini aku tunjuk gambar kereta yang paling aku suka pandu.

1. TOYOTA HILUX

Credit : Google 

Ini ialah kereta number 1 yang paling aku suka bawak, aku pon tak tau kenapa, mungkin sebab kereta ini lah yang paling dekat di hati aku dan menyimpan sejuta memori, maka aku pon suka lah bawak kereta ini. kalau korang ada baca cerita pasal aku eksiden dengan kereta di SINI. Mungkin kamu semua faham lah kenapa aku suka bawak kereta ini. Lagipon, aku memang suka jugak lah, selain selesa dan semuanya lah aku suka. Aku tak tau la apa nama kereta ni. yang pasti dia ialah Toyota Hilux 3.0, ini yang aku nampak dia tulis kat kereta tu dan kalau kau tanya kawan-kawan aku, kereta mana yang aku selalu bawak keluar, konfem dorang akan cakap yang ini. Serius. 

2. TOYOTA LAND CRUISER LE

Credit: Google

Okey, ini pon aku tak tau apa nama betul dia, tapi yang aku pasti dia adalah toyota land cruiser dan rupa dia macam ini. Aku suka bawak kereta ini, sebab setiap kali aku keluar simpang ke apa ke, konfem akan ada orang yang secara sukarelanya bagi aku laluan. Hehe. Walaupon kereta ini nampak besar. namun bila kau pandu, akan rasa betapa ringannya kereta ini, dan salah satu aku suka dengan kereta ini, aku rasa macam VIP, serius dan aku rasa kereta ni macam tak bergerak langsung, sebab serius aku tak rasa pon aku berada di atas jalan raya, tapi akhirnya sampai ke destinasi juga. Macam tu lah. So, ayah aku tengah guna kereta yang hilux, maka aku punya second selection ialah ini.


3. NISSAN NAVARA LE

Credit: Google


Maka, kereta ini adalah menjadi pilihan yang ketiga aku sekiranya kedua-dua kereta di atas adalah tidak available. Kereta ini pon ringan jugak, dan bagi aku bunyi sensor dia sangatlah over, terlalu bising.


4. BMW 3 SERIES

Credit: Google

Dan apabila dipendekkan cerita, maka ini adalah kereta yag aku paling tidak suka bawak keluar. Sebab, kecik dan serba-serbi terbalik. Tempat signal lain, tempat lampu lain, cara nak adjust kedudukan kerusi lain dan semuanya adalah tidak sama dengan kereta- kereta yang sebutkan di atas. Tapi one thing pasal kereta ni, boleh nak berlagak sikit lol. 

Dan ada satu lagi kereta yang aku memang tak pernah sentuh semenjak aku ada lesen memandu, sebabnya kereta tu memang manual habis. Namun, kereta ni memang berjasa habis lah kat ayah aku, sebab kereta ni dari aku kecik lagi, tak silap aku, waktu aku umur 7 tahun ayah aku dah ada kereta ni, dan sampai sekarang kereta ni masih wujud. Ayah aku kata, kereta ni memang kenangan dia sangat-sangat lah, sebab waktu tu, kereta ni baru keluar dan ayah akulah orang pertama pakai kereta ini d Semporna. Maka, ayah aku kata, kereta ni memang dia punya kenangan yang paling terkenang lah. hhhaha. Memperkenalkan... kereta tua yang tetap berjasa,.. jeng-jeng..

Credit: Google

FORD RANGER !!!!

Saja nak tunjuk betapa hebatnya kereta ni, sebab tu lah aku bagi gambar macam ni, betapa awesome nya kereta ini. haha. Namun, aku tak pernah bawak lagi. 


Sekian. Begitulah cerita aku dan kereta. 
Bye.