Ada satu hari tu, aku dah takda duit dalam dompet,ada baki RM1.60 sebabnya  aku dah  belanjakan untuk makan sarapan dan membeli drinking water  yang mahal nak mampus itu. Patutlah staff-staff USD tak makan kat kafe, mahal nak mamp**.  Betullah kata mak aku, kalau kita ada perasaan tak puas hati dengan sesuatu benda atau makanan, Allah akan tarik balik nikmat tu. Kau jangan main-main dengan pesanan mak kau, balasan cash kat dunia.  Di sebabkan aku menderhaka sedikit kepada arahan mak aku. Maka, ditakdirkan Tuhan, ATM kat hospital rosak. Tinggallah aku dengan duit RM1.60 itu. 

Air botol kecik yang harganya lebih kurang sama dengan air botol besar. Sapa yang tak naik marah. Even pengarah hospital ni pon boleh high blood. Nasib baik, pengarah tak makan kat kafe. 'NASIB BAIK'.  

Disebabkan aku dah tersedar dengan kata-kata mak aku, maka,  dengan tiba-tiba ada sorang hamba Allah ini yang kol aku ajak makan tengahari. Nyaris-nyaris aku mengalami hypoglycemia. Kalau aku pengsan, sapalah yang sudi angkat aku? Tapi aku percaya gak lah doa mak aku. Mesti mak bapak aku doa agar aku sentiasa di beri kesenangan hidup,  danke mom und dad, und ich bete, dass mommy und daddy von täglichem Allah und jedes Mal gesegnet werden. Amin.

Selepas peristiwa ini berlaku, habis ja office hour, aku racing g bandar, terus keluarkan cash untuk sebulan, berharap peristiwa yang mencabar ketahanan perut tidak akan berlaku lagi.