Sunday, 27 March 2016

Belajar Membaca.

Waktu kecik dulu, aku masih ingat jugak lah abang aku ajar membaca.. Telah di takdirkan Tuhan, kami kongsi tarikh lahir yang sama. Waktu tu aku masih lagi bertatih nak membaca, tiap kali nampak tulisan kat mana-mana, aku akan cuba untuk baca. Waktu tu aku tadika lagi, umur 5 tahun atau 6 tahun, aku tak pasti. Tapi yang pasti aku da master suku kata.

Kemudian, suatu hari ni aku baring sebelah dengan abang aku, waktu tu dia tengok TV, kemudian aku baca jugak la subtitle kat drama tu kuat-kuat. Kemudian , abang aku pon cakap, cuba eja JULITA.  Aku pon try jugak lah, aku pelik jugak lah, asal abang aku ni suru eja nama perempuan instead of suru aku eja BUKU ka BOLA ka. 


Okey, sebenarnya, JULITA tu nama girlfriend abang aku. Bila aku fikir-fikir, romantik gak lah abang aku ni siap suru eja nama girlfriend dia tu, hm. Kemudian Julita tu pon jadilah bini abang aku. Nama islam dia ialah Hasirah. So , aku panggil kak Ira je la. Aku lupa nak cerita kat kakak ipar aku pasal ini. Tiba-tiba eksaited nak cerita. 

No comments:

Post a Comment