Kakak atas aku ni beza dia hampir sedekad dengan  aku. Waktu aku membesar, dia stay kat hostel, bila aku da besar dah nak masuk sekolah menengah, dia dah kerja. Waktu dia dah kerja, aku pulak stay kat hostel. Bila aku cuti, dia pergi kerja. Kemudian dia kahwin. Dan aku memang langsung tiada masa dan kenangan membesar macam korang dengan kakak/abang. 

Waktu praktikal ni lah aku rasa adalah period paling lama aku bersama-sama dia 24 jam. Pergi kerja sama-sama, kerja kat tempat yang sama, aku menumpang rumah dia. Kiranya memang 24 jam aku asyik dengan dia. 


Suatu hari tu, aku lapaq bak hang sangat-sangat, lepas balik keja ja, jam 6 kami da sampai rumah. Aku penat dia pon penat. Dan aku lapar tapi dia tak lapar. Sampai ja rumah dia aku pon berkata :

"Kak Tya, kau masak okey, aku lapar sangat-sangat ni, nanti mak nampak badan aku makin kurus stay kat rumah kau ni, mesti kau rasa berdosa pulak mengabaikan aku"

Dan dia adalah seorang kakak yang mithali. Kalau seingat aku, dia asyik  marah aku waktu kecik, katanya, dia tak boleh menerima hakikat bahawa takhta anak bongsu yang dia pegang hampir seabad, telah dirampas aku. Tapi aku membongsu selama 2 tahun sahaja sebelum lahirnya perampas takhta kebongsuan yang unggul. 

Tapi dia dah berubah 360 darjah. Bila aku minta itu, dia bagi, bila aku minta ini, dia bagi. Memang betul-betul mithali. 

Mesti dia menyesal tak bermain-main dengan aku waktu kecik dulu bila melihat betapa wonderfulnya aku. Jeng jeng jeng. hehe.