Assalamualaikum, tujuan aku buat post pasal ini adalah secara jujurnya, tidak ramai blogger yang update percutian ke taiwan, dan aku sangat-sangat lost information pasal benda ni, tapi masi boleh survive :). Sebab Taiwan ni boleh la d katakan familiar place dengan family aku. jadi ada la jugak benda yang aku tahu dari mereka. Harap nya, post ni dapat membantu semua yang nak pergi taiwan.

Kebetulan hari ni, first day kat Taipei, and sekarang aku masi ada masa free untuk update blog ni.
bertolak dari KKIA (Kota Kinabalu International Airport) seawal 6.10 am dan sampai kat Taipei 9.30 am. Perjalanan mengambil masa 3 jam lebih ja. Sampai ja kat Airport, aku naik taxi pergi ke hotel kami yang terletak kat Kunming Street, Wanhua District. Hotel dia smart gak la, and I like it. So much. Oh, tambang taxi ialah NTD1115 bersamaan RM142. Perjalanan lebih kurang sejam dari Taoyuan International Airport ke Hotel.

Imigresen dan pemandu taxi sangat baik, mereka siap cakap lagi, 'Tomolo is the coldest', Aku pon ketawa ja la. Driver taxi siap bagi direction dan siap offer diri untuk hanta kami ke Airport nanti untuk pulang semula.

Kat sini semua tulisan cina, and I dont understand apa apa pon, nasib taxi tu hantar kami betul-betul kat depan hotel. So nice,

Sampai ja kat hotel, receptionist pon sangat okey dan cakap bahawa check in time kul 3 pm. Waktu tu  baru kul 11 pagi. Sejujurnya aku penat sangat and ngantuk sangat, and i had light flu and light cough. Harap-harap not getting severe la. tak best cuti dalam keadaaan macam ni.. Hotel yang kami stay ni dekat dgn MRT iaitu Ximen Station,  Lepas tu aku ngan akak ila (my first niece, umur dah 18 tahun, baru ja lepas SPM), keluar la jalan-jalan.

Sepanjang jalan tu kami pon mencari la travel adapter khas untuk Taiwan. Sejujurnya, aku terlupa nak bawak adapter taiwan ni, and hari tu Aily ada bagi aku universal adapter tapi tinggal kat hostel. Jadi natijahnya aku pon beli la adapater baru, Universal Adapter jugak la, harga NTD399 bersamaan dengan RM51. Mahal jugak la. Apala Nasib.

Lepas tu siap beli ketip kuku dan air mineral sbb air dah habis, tepat kul 1 pm kami balik hotel tu dan request ngan receptionist nak check in early. Pas tu Miss Receptionist ( Miss R) yang sangat baik hati tu cakap,

 Miss R : "No miss, room is not ready yet, and our rule is check in time is 3pm'.
 MW : Oh, its okay, I understand, but can I wait here? I am extremely tired right now",
Miss R : sure Miss :).

LEpas tu, aku pon ajak la dia bercerita,sebab dia ja yang fasih berbahasa inggeris, yang lain aku jumpa, macam itik dengan ayam. We cant understand each other. lol.  Lepas tu, dia cerita la pasal Taipei and attraction places. Lepas tu, aku siap cakap kat dia, on 27th, I need to leave early, around 6 am and I need morning call. Lepas tu, dia kata, Sure Miss. haha. AKu suka gak la, sebab aku rasa aku bole je buli dia pastu dia asyik cakap ja ' sure Miss banyak kali. haha. Lepas tu, aku pon cakap gak la, can we check in now? lepas tu dia kata macam ni, we can give you room but no bath tub, your actual room got bath tub. Tak sampai beberapa minit, Miss R tu cakap, Miss u can check in now and siap tunjuk kami bilik kami. Layanan memang first class habis. Aku suka. Value for money you know. Kami stay 5 malam. So total ialah NTD 10 425. First impression aku kat hotel ni aku da suka untuk part bilik kami. Sangat-sangat selesa. Semua lengkap, ada peti ais, dan sangat-sangat lengkap. I would definitely recommend this for you.

Basically, tu ja la update untuk hari ni, sebab masing-masing penat dan tak larat nak kuar. Aku lepas makan ja, terus tidur. Air cond tutup, pas tu kak ila pasang warmer kat bilik. Selesa nya tak terkata, bayangkan aku bole tidur tanpa sedar dunia. Penat sangat plus tido tak cukup, so, bila jumpa katil dalam winter ni, pas tu pasang warmer dalam bilik, memang selesa habis. Warmer applicable dalam kat negara macam ni ja la. Kalau kat Malaysia, mao nya tak meragam.

Sekian ini sajala update untuk hari ini.



Ini katil kami. Queen size bed for each.


 Yang ni, sementara tgu hotel siap, lepak jap sambil minum Hazelnut coffee and Rainbow cake yang c Yna beli khas buat kami. Nasib aku sempat bawak, tetiba je aku nak makan Blue Velvet tu, sedapnya yummy..menyesal tak bawak g Taiwan.


Maafla ya, sejujurnya aku tidak berapa suka nak edit gambar, haha, macam buang masa ja. takpa, next time aku rajinkan diri untuk edit. haha.

Sekian dan selamat malam, :)