Wednesday, 20 January 2016

Binatang.

You know, ada sesetengah orang yang sangat suka dengan binatang yang berbulu, dalam circle aku pon ramai yang sangat suka kucing lah, burung la, ayam la, arnab laa dan semuanya la. Lagi-lagi bila aku stay kat semenanjung, lagi ramai yang aku jumpa minat benda-benda macam ni.

Hari itu, aku keluar dengan Nana and Hana, lepas tu Hana kata tempat favourite dia ialah dekat kedai haiwan, pet something la nama dia , aku dah lupa. Dan itu membuktikan yang dia pon suka dengan binatang tersebut. Banyak ja binatang berbulu aku nampak.

Tapi aku bukan la anti dengan binatang yang ber-fur atau pon ber-feather ni. Aku cuma ada perasaan geli dan takut, aku pon tak tau lah, mungkin sebab aku tidak didedahkan dengan benda-benda macam ni. Tapi aku pelik, adik aku c Yna tu, berani pulak dengan berbulu-bulu ni.

Tapi aku langsung tak takut dengan binatang seperti, ular, ulat, gonggok, lipas,cicak dan sebagainya. Bukanlah aku pengotor atau apa, tapi dah itula hakikatnya. Mungkin binatang-binatang seperti ini kecil dan tidak berak merata-rata. Maka aku pon tidak la geli atau takut. Selain itu, binatang seperti ini juga adalah amat kecil dan aku boleh takutkan c yna.

Bila berbicara soal taik dan berak ini, aku pernah la ternampak taik ayam di merata tempat, lepas tu aku pernah la nampak taik burung d merata tempat jugaklah, even kat tingkap hostel pon ada, dan aku  juga pernah nampak secara live kucing berak depan bilik jiran aku kat matrik dulu. Sejujurnya di antara bilik aku dan bilik jiran aku. Benda-benda macam ni la yang aku ada perasaan takut dan geli kat mereka ini.

Aku risau jugak la bila aku asyik menjerit tatkala kucing lalu depan aku, aku risau nanti orang tak puas hati dengan aku.  Nak nak depan orang yang tidak dikenali. Sumpah weh, aku memang tak dapat kontrol adrenaline rush aku bila kucing lalu depan mata aku. AKu berteriak sakan.

Aku jugak risau bila nampak ayam, aku takut la terpijak taik ayam ,dan aku juga tidak suka pergi zoo, bukan la sebabnya aku ni tiada jiwa penyayang, tapi aku tak tau la. Aku takut lalu kat kawasan binatang yang berbulu dan berkepak-kepak. Dulu aku tak makan ayam. Tapi sejak matrik aku da makan ayam, tapi pilih jenis ayam la.

Kesimpulannya, ada yang takut binatang ini dan ada yang suka binatang itu. Masing-masing dengan kesukaan dan ketakutan masing-masing.

Sekian terima kasih


No comments:

Post a Comment