Friday, 25 December 2015

Soalan yang aku tak faham

Sebenarnya aku tak faham dengan beberapa benda ni. 

Bila kau sibuk gebang dan canang kat seluruh alam betapa kau membenci perilaku dan perihal pasal dia, tapi dalam masa yang sama kau tergelak-gelak penuh suka, kau siap maki kau cakap kau tak suka, kau memang benci dia macam kau benci syaitan, tapi mata kau menjeling manja kat dia. Kau cakap kat semua orang kau tak suka dia. Tapi kenapa aku nampak kau bahagia tergedik-gedik bila nampak dia?  Aku tak faham, kau suka atau benci?

Lepas tu, aku lagi tak faham, bila kau cakap kat orang kau nak lupa sesuatu. Lepas tu , kau cakap kau tak nak benda ni berulang semula. Dan kau tak nak orang ungkit. Sampai kau sound orang, jangan ungkit. Tapi aku tak faham, kenapa kau nak canang seluruh alam pasal ini. Walhal aku yang innocent bak bayi yang langsung tak pernah tahu pasal ini pon dah tahu. Sebab kau canang. Lepas tu, kau siap cakap. AKU TAK NAK SESIAPA TAHU. Aku curious, kau cakap hanya kau yang tahu, hanya kau yang rsa dan kau TAK NAK SESIAPA TAHU DAN NAK LUPAKAN. Tapi macam mana aku tahu?. In fact, almost everyone knows. Aku tak faham, kau nak orang tahu ke kau tak nak orang tahu? kalau kau tak nak orang tahu, macam mana aku tahu? Sumpah aku tak faham wey. 

Banyak-banyak situasi, aku lagi tak faham bila kau nampak macam malaikat. Tapi, rupanya kau duit syilling dan aku paling tak faham bila beberapa minit lepas kita siap bertepuk tampar, gelak sakan tapi dalam satu saat kau bertukar jadi Iskandar Zulkarnain ( Alexander the great) yang sangat perfect dan menjaga segala tata-kehidupan. Aku tak faham jadi aku nak tahu lah, kau ni malaikat atau duit syiling ?


Sejujurnya aku tak faham. 

No comments:

Post a Comment