Sunday, 27 December 2015

Angels

Da lama aku tak balik rumah, aku console diri aku sendiri. Pada mulanya, aku memang nak stay kat hostel untuk study untuk finals lagi beberapa hari ni.Tapi semakin dekat finals semakin aku rasa nak balik rumah ja. Aku bersyukur jugak la ditemani oleh kawan-kawan aku yang semenjak dua menjak ni asyik memenuhi keinginan aku nak makan mana. Sampai sanggup jalan kaki sejauh 2km semata-mata nak makan Mee Kolok kat Dapur Sarawak. Delivery dari pekan station dan jugak pizza hut.

Aku sebenarnya sekarang tengah dalam state cuak. Waktu minggu lepas, aku cantik je plan semua jadual aku untuk study itu ini. Memang ikut plan. Aku saja tak study 3 subjek yang awal. Lepas tu aku tetiba je rasa cuak dan takut tak study benda tu, padahal kalau ikut perkiraan memang sempat. Tapi aku takut. 

Hari ini, aku 3 kelompok angels yang compensate perasaan aku. Kelompok pertama, mandaks aku, yang ikut ja aku nak makan apa. aku rasa terharu sangat-sangat. Sepanjang beberapa hari aku study week ni, aku rasa bahagia untuk itu, sekurang-kurang nya, aku ada satu kapsul yang buat aku gembira. Semenjak dua menjak ni, aku asyik tidur je lepas subh, ada kadan-kadang aku tido kul 3 macam tu, kalau korang tak gerak, konfem aku lena sampai pagi. Aku suka dengar korang gelak macam orang tak siuman kat luar bilik aku. Aku teringat waktu kita kat cameron highland hari tu, korang asyik gelak je pagi-pagi, aku bahagia sangat. Aku sebenarnya nak balik rumah. Tapi dah takde masa. Exam nak dekat dah. Aku nak sangat balik. Nasib korang ada . :)  Thanks korang ':(. 


Kelompok yang kedua ialah, Elin, Widad dan Pali. Junior-junior aku. Aku tanya Elin and Widad, paper BKK start kul berapa. Tapi aku dapat ringkasan nota untuk setiap BKK dan siap suruh pass kat kawan-kawan lain. Aku terharu sebenarnya. Aku siap puji Elin , rajin betul dia buat nota macam tu, dah la tulisan cantik. lepas tu dia kata, bukan dia yang buat. Tapi Pali. Oh my. Rajinnya junior lelaki ni buat nota. Walaupun tulisan cantik, tapi typical lelaki, nota takde kaler-kaler. Apapon terima kasih adik-adik. Kak Mawar terharu sangat. ' :(.


Angel yang ketiga, yang buat aku nangis terharu dan sangat-sangat. Aku macam emosi lebih jugak la tadi, bila dia msg aku cakap, dia datang kul 5 nanti, nanti siap beli barang-barang keperluan exam, dan barang-barang keperluan lain. Aku terkejut jugak, aku tak sangka Aily datang g kolej nak teman aku untuk beli benda tu semua. Baru je semalam aku terfikir, kalau aku study je dekat dengan rumah aku konfem aku tak yah susah-susah nak g beli barang tu esok. Pas tu waktu dulu, aku nak balik jugak rumah at least dapat kekuatan untuk exam nanti, tapi kali ni aku tak balik. Sebab aku banyak paper yang nak cover, lepas tu, dulu waktu sebelum masuk U, mesti mak ayah aku lawat aku sebelum exam. Waktu sekolah menengah mak aku mesti datang hanta makan siap suruh distribute makanan kat semua kawan-kawan aku. Aily buat aku nak nangis bila dia berlagak macam mak ayah aku. Dia siap cakap nak bawka tempat aku nak makan hari tu. Waktu tu aku nak sangat makan dip n dip tu, tapi sekrang aku tak rasa nak makan pon. Tapi aku terharu bila Aily buat macam tu kat aku ':(.

Aku sayang korang. Good luck untuk finals everyone.  

Thanks Allah, aku bersyukur sangat aku dapat angels ni dari Kau. 






No comments:

Post a Comment