Assalamualaikum.

Bagi aku la kan, dalam hidup ni, ada banyak perkara yang kita boleh buat untuk express emosi masing-masing. Tak kira la kau marah ka bengang ka tension ka atau stress ka, atau apa-apa yang berkaitan dengannya, kau boleh ja express them out. but if u choose to conceal then its up to u. 

Lepas tu, cara kita express pulak adalah depend gak lah dengan emosi kita, ada orang yang akan menangis kalau sedih , ada yang akan makan banyak kalau sedih dan banyak lagi lah, tu semua kau yang tentukan. 

Tapi dalam banyak-banyak cara kau express tu, ada satu cara yang betul-betul membuatkan orang memang makan dalam ah. Tak kira la kau sedih ka, kecewa ka atau pon marah, tapi cara ini memang amat pedih dan menyentapkan ulu hati sehingga tak berdarah.. Iaitu, dengan kata-kata , Bak kata orang ;


                 'Terlajak Perahu Boleh Diundur Lagi, Terlajak kata padan muka kau '

kau try la fikir dulu, berbaloi ka tidak kau nak marah-marah tu? Lepas tu fikir lagi, lepas kau marah , kau lemparkan kata-kata hinaan, maki, nista , pas tu bila kau dah okey, kau menyesal pula, lepas tu mula lah nak rasa janggal nak jumpa atau nak okey semula dengan orang tu, kalau nak okey pon kena lah tundukkan ego tu, tapi mesti susahkan.  


So, macam mana kau nak hilangkan rasa marah kau tu,? Kalau kau tanya aku,  kalau aku dah marah kat orang tu, aku akan pegi dekat-dekat ngan dia, lepas tu, dia senyum kat aku atau cubit-cubit pipi aku, aku dah cool dah, ecewah, macam lesbian pon ada gak lah. haha. Tapi serius okey, aku selalu ja macam tu, aku dah marah sangat-sangat, tapi bila aku nampak orang tu macam bersedih atau pon senyum kat aku, aku dah okey, tapi, kalau saja nak test aku lepas baca entry ni, bak kata kak yong , memang kena penampo la gamaknya . Bercerita pasal penampo ni, Eya ada cakap kat aku, kalau orang tapak tangan dia ada line lurus je maksudnya, kalau dia pegang barang tu asyik jatuh je, kalau dia pukul orang tu memang sakitlah, sebab ada line lurus kat tapak tangan dia .  Aku rasa semua tu tak menggambarkan keayuan dan kesopanan sebagai seorang gadis, excuse me,wanita ni , kalau nak memukul, kenala dengan lemah-lembut, nak, pegang barang pon kena la teliti. Barulah terserlah kromosom XX.   Bukan apalah, Mak aku seorang yang mementingkan keayuan dan kesopanan dalam setiap anak perempuan beliau, so, semua ajaran mak aku sedikit sebanyak masuk dalam otak aku gak lah dan menyerap dalam sanubari aku. Lantas aku pon berkata.. ewwww.. sapa lah ada line lurus kat tangan ni....

Pas tu aku pon tengok lah tapak tangan aku, memang lurus.  Tiba-tiba dalam hati aku terdetik,

"  Eh asal Eya macam khurafat sangat ni eh, pandai-pandai je kata line lurus kat tangan ada characteristic macam tu . sesuka hati dia je.. ada ke fatwa ke hadis ke jurnal (sebab da selalu sangat  presentation, kena ada jurnal sebagi eviden, so nak tak nak, jurnal ni masuk dalam kamus hidup aku da) ke mengatakan macam tu, percaya je dengan benda-benda macam tu " 


Aku cerita benda ni, bukan saja-saja tau, tapi, kita kena put rasional on everything we do, first-first aku pon percaya je apa yang Eya cakap, tapi bila benda tu kena batang hidung aku, mula lah aku jadi defensive sikit. 


So, kadang-kadang benda-benda macam ni, menjadikan kita tak puas hati, bukan sebab apa, tapi sebab kena kat batang hidung sendiri, let say, tapak tangan ak ni ada line yang tak lurus, kau rasa, timbul tak ketidak-puasan hati aku kat sana? takkan. So, apa-apa yang berlaku ni, kita kena put rasional la. Cerita yang aku bawakan ini, sebenarnya adalah campuran rekaan dan bukan rekaan tapi ada pengajaran la kat situ. 


Kesimpulannya, kalau nak express kemarahan tu atau mengalami emosi yang tidak stabil, jangan lah sampai menyakiti orang lain tau, aku tak suruh kau tahan marah atau apa, sebab kalau tahan marah ni, potensi untuk dapat penyakit mental ni tinggi sangat, So keputusan terletak di tangan anda. 

Kalau kau tanya aku, aku pernah marah tak, konfem la aku pernah mara, paling aku menyesal, bila aku marah orang, lepas tu orang tu diam-diam je, lagi la aku rasa bersalah. Waktu zaman dulu, ak pernah bercuti ngan adik aku kat Singapore, lepas tu , aku marah la kat adik aku, aku cakap , "Boleh cepat sikit ka, dah malam ni "   Waktu tu, aku dengan muka marah, bukan apalah sebab aku risau gak lah, tapi adik aku boleh je buat style cool, tapi lepas aku marah tu, aku macam menyesal la, sebab adik aku diam-diam je, pas tu aku terfikir la, selalunya kalau ada mak ayah aku, konfem dia menang, sebab adik aku ni sbnarnya boleh gak la di kategorikan sebagai adik derhaka, sebab adakah patut dia melawan cakap aku. Tapi, waktu kat Singapore tu, dia tak lawan langsung, sebab waktu tu kami je berdua yang pergi bercuti, jadi bila aku marah, adik aku diam je, Seniority wins! . Tapi di sebabkan slogan itulah, aku rasa bersalah sebab marah adik aku, sebab adik aku dah buat muka sedih, macam biasa, kemarahan aku akan terubat je.  Waktu tu aku nak je peluk dia, tapi aku malu:( 
Tapi, orang kata, air yang di cincang takkan putus, so, dalam beberapa minit je kami da okay da semula, tapi, aku menyesal gak lah marah dia. Sepatutnya, aku tak marah. 

Sejak tu la aku berazam tak nak marah orang, sebab aku tak nak menyesal suatu hari nanti. 

Start dari tu la, aku terfikir, kadang-kadang, bila kita menang dalam pergaduhan, kita sebenarnya akan kalah. Contohnya, kau menang dalam pergaduhan tapi kau hilanglah kemesraan. 

Fikri-fikirkan lah. 

Sekian. terima kasih kerana membaca!.