Okay dan Hai Assalamualaikum.
Tanpa membuang masa lagi, I would like to start to the main
point. Haha. Blog ni seakan tidak bermaya, namun tidak mengapa, malam ini aku
dengan perasaan rajinnya akan ‘memayakan’ semula blog aku. Perkara ini berlaku kerana dua perkara :
1)
Macam biasa sekarang minggu exam , semua benda
ak get attracted, sbb dah bosan sangat baca lecture notes. Eh bukan bosan. Cuma
hmmm. U say it.
2)
Beautifulnara lambat update gosip artis dan
asyik cerita pasal Hanis Zalika dan hantaran 91 ribu. Maka aku rasa hampa.
Melalui ini aku dapat pengajaran agar tidak menghampakan para pembaca blog aku
sekalian. Kepada yang silent reader tu jangan lupa stalk blog aku dari awal
kemunculan aku sampai la aku da matang ni . ehem.
Buat pengetahuan semua, aku sekarang da berumur 21
tahun, dan aku buat blog ni lepas matrik
a.k.a umur 19 tahun. Setelah bertahun-tahun aku masih jugak tidak femes,
perkara ini menyebabkan aku malas dan tidak bersemangat mao update blog. Takda
ka orang nak amik aku jadi model ka pelakon ka penyanyi ka. Lantas aku terfikir
nak masuk Dewi Remaja, manatau femes sekelip mata dan bila aku kena interview
oleh Elly aku pon kena la bajet pandai cerita pasal diet dan nutrition semua.
Biar elly terpinga-pinga. Lantas muncul kat gosip dengan headline “ Peserta
Dewi Remaja Masfara Wahidah berlagak konon pro pasal pemakanan “. Tapi tak
kesah. Penat mak bapak aku hantar masuk U kalau aku tak gunakan ilmu tu. Manatau dengan kontroversi ini aku dapat tawaran
berlakon. Uhuk.! ( Rujuk : Beautifulnara) . Apapon aku main-main je lah . Rezeki
masing-masing.
Baru –baru ini, ada junior-junior yang dapat interview
dietetik UKM pegi pm aku kat fb, insta dan juga twitter.eh, twitter tidak.
Serta rajin drop komen kat blog ni. Aku nak ucapkan terima kasih kerana sedar
akan wujudnya blog ni, namun aku minta maaf sebab tak sempat nak layan semua,
kerana, waktu tu, aku ada program Asean food Fiesta. So minta maaf la ye. Next time aku layan. Promise.
Sebenarnya, aku nak cerita pasal makanan ni. Semenjak dua
menjak ni aku asyik google info pasal tempat makan baca blog yang berkaitan
dengan sesebuah restoran tu. Maka dengan ni aku dapat ilham la untuk update
pasal makanan dan tempat makan aku. Pasal pro and cons la. Tu je la ye. Tu je la nak cakap pada entry kali ni. Next
time aku try keep in touch dengan blog ni. Update pasal makanan tu nt next
entry ya. Oh , ini adalah makanan asean
food fiesta dari group aku hari itu, aku dapat singapore, maksudnya kami kena
masak makanan singapore. Azab benar bila makanan asyik kena reject tiap kali
trial nak masak . hmm. Alhamdulillah, aku da pandai masak Singapore Chicken
Rice Balls.
Ini adalah gambar makanan yang kami jual, yang atas tu
ialah, Cappucino Chocolate Cake, sangat sedap ! sekarang rasa nak makan lagi.
Yang bake adalah Afiqah yang sentiasa kebaboms macam Datin dan juga budak nutri
paling femes jeng jeng iaitu Iefa Gojes . Pheewit.. bukan sahaja pandai menari
namun memasak juga pro. Manakala , Untuk breakfast kami masak Laksa Singapore
and ini d masak oleh sahabat yang sangat
attractive ya dan elegant gitu, nama dia Faliha dan Ros, jangan main main okay,
dorang bukan sahaja pandai masak namun terror hias menghias. Pendek kata calon
menantu mak awak la! Hahah. kemudian Lai chee Kang tu, Yen yee dan Ivy yang
buat. Mereka suda berpunya ya. Jangan kacau!. Dan lastly, yang buat Rice balls
tu ehem. Sarah, Ivy dan MASFARA WAHIDAH . standard la nama aku kena capital
letter. Jangan tanya kenapa, nanti kalau aku jawab nanti aku overshadow semua
kriteria kumpulan aku. Jadi biar aku stay humble okay. Uhuk. Haha. Dalam proses
buat riceball. Mastermind dia adalah Sarah, aku macam respect gila kat sarah
ni, setiap inci pasar dia pro dan tidak di nafikan dia juga sesuai jadi calon
menantu mak awak, hahaha dan Ivy. Ivy ni dia terror la tangkap gambar makanan.
Champion okay!. Ahaaha , jangan main main, selain pakar jaga body dia juga
pakar jaga makan. Itu sajala aku nak share malam ni.
Selamat malam semua. Bye!
0 Comments