Assalamualaikum and ......I would love to say Hi to those reading this blog.

It is unexpected number to see the viewers of this blog. Semakin meningkat nampaknya though I dont really update anything. Hendak dijadikan cerita, kemalasan untuk update blog ni sebenarnya berpunca daripada jadual aku yang sangat padat. Sapa cakap hidup universiti paling best ? paling banyak masa free? hmmm. memang la best, tapi masa free tu macam tak la. Depends on each courses. Macam kos aku. aku punya jadual mostly 8 am sampai 5 pm setiap hari, jadual setiap minggu pon tukar. Dengan program lagi banyak. Boleh je nak reduce program tapi masalah dia ialah, nanti takda memori hidup dalam universiti. 

Sekarang aku dah masuk tahun 2 sem 2, . Macam cepat ja kan masa berlalu, aku pun dah 21 tahun, dulu aku masuk UKM umur time tu masih lagi 19 tahun. Eh, 19 nak masuk 20, tapi still considered 19 kan, kalau cerita pasal pengalaman tu memang banyak la . dont get me wrong, maksud aku pengalaman pahit dan mani. Kadang-kadang pengalaman tu aku semua je pahit, tapi bila masuk satu tahap tu, aku rasa dah manis da, betul la kata pepatah, time heals everything. 

Cerita pasal sem 2, aku rasa macam baru je mendaftar masuk sem 2 tahun 2 ni, tapi sedar tak sedar dua minggu lagi kami nak mid sem da. OMjayyy, can u see how hectic is it.?


Kadang-kadang rasa stress tu tinggi, sampai tak tau nak lepas cemana, tapi, I can say that so far aku boleh la jua hilangkan stress dengan pegi Times Square ka, Quill Mall, Pavillion dan semua la tempat yang reachable oleh monorail . Almaklumlah, UKM KAMPUS KL TERLETAK KAT CHOW KIT, SEBELAH KAMPUS ADA MONORAIL , ya thats the fact, tapi macam aku yang fully support oleh PAMA, secara tidak langsung duit tu mengalir terlalu banyak dan deras hokaaayyyyy.... Tolonglah sapa sapa taja aku untuk belajar. Cerita pasal alam universiti aku teringat pulak pasal cerita dalam novel melayu. Kalau sudah namanya cerita novel, memang lebih indah dari realiti, sepanjang aku di UKM ni , aku tak pernah pon terlanggar kat library , buku jatuh, semua jatuh, tapi hati tak jatuh sebab takde pon kriteria macam dalam novel tue. Bukan setakat kriteria , buku jatuh pon tak pernah berlaku. Sorry la ayat tunggang terbalik , sama macam perasaan dan minda aku ni tunggang terbalik dan kacau bilau, kalau cikgu BM aku nampak ni, mesti beliau menangis dan beristighfar. Sorry cikgu. 

Minda dan hati aku sedang bercelaru, kalau mengarut kat facebook pon macam memalukan , sebab benda facebook tu aku selalu buka, hahah nanti ada orang bagi komen. mesti malu, the same goes dengan insta dan juga yang lain lain. kalau dalam blog , macam the right place untuk mengarut sebab i dont know your response. tapi aku pon ntah lah, macam rasanya blog la ni tempat yang sesuai meluahkan perasaan secara bertulis. Hari itu aku ada beli buku dekat Borders, comel sangat , sesuai untuk jot down notes, tapi sampai sekarang buku tu aku tak guna pon. sampai la satu malam , aku sangat stress dan bercelaru , aku kononya mao tulis diari dekat situ. Macam memalukan kan, tapi takpala, last last , aku batalkan niat tu sebab aku penat mao tulis, nasib blog ni hanya taip, harap harapla dengan aku menaip ni sebagai satu senaman kepada aku. sekaligus membakar kalori dan menguruskan badan aku sekali. Aishh, bila cerita pasal berat badan ni. aku rasa macam hmmmmm hoi beratnya. Ahh malas la mao cerita, menambahkan kusut kepala dan pemikiran.

Aku rasa aku patut berundur diri ni, sebab banyak benda aku kena setel dulu. Bye kawan kawan,selamat membaca blog saya. siapa yang rasa annoying jangan lah baca okay, kalau dah terbaca cepat cepat la hilangkan ke-annoyingan kamu kepada saya, sepatutnya amaran ni aku tulis kat bahagian Assalamualaikum kan, tapi yah, gue ni malas. (salah satu sifat mazmumah yang perlu aku buang) . jadi minta maaf. 

Okey Bye.!


Opps, ini lah rupa saya pada tahun ini, apa macam ? kurus kan.. Yang ni di ambil pada Hari Intervarsiti Dietetik dan Nutrition seluruh Malaysia, waktu ni kami in charge sebagai crew, maklumlah UKM kan tuan rumah. tue je la. Sila lah bergembira tengok muka saya dan kawan kawan saya di bawah ini.Bye.