Assalamualaikum and jeng jeng jeng,,, :

Sebenarnya macam begini bha, semenjak aku ada instagram, aku lupa yang aku ada blog, tiba tiba pada hari ini setelah dekat hampir dua bulan aku di rumah bercuti semester , aku dengan rajinnya mengupdate blog ne.

Sebenarnya aku ada terfikir bha pasal kehidupan aku, sebabnya , aku kan kadang kadang rasa macam stress bha hidup dekat universiti, kononnya dorang kata, hidup U ne paling stylo paling best paling havoc paling hebat ahhh apa apa ja la yang best tu semua dorang kata dekat U. Tapi aku tidak rasa benda macam tu pon. kenapa ah? pas tu ak throwback la konon kehidupan yang aku lalui dulu dulu.

Time aku sekolah rendah kan, aku selalu terfikir bha, kalau sekolah menengah  mesti rasa diri besar suda kan, tulisan akan jadi kecik dan cantik, buku pun tebal tebal dan kalau balik dari sekolah mesti pegang buku tebal tu di tangan, aku rasa macam hebat ja budak budak sekolah menengah tu, ini berdasarkan pemerhatian aku melihat kakak aku dan kakak kakak yang pernah aku nampak memakai skirt biru. bercerita pasal sekolah rendah ne kan sebenarnya lucu bha. dulu, sementara tunggu someone to fetch me up kan, sempat main getah dengan kawan kawan, padahal tem tu pakai baju kurung , bila tiba saat main getah, aku pun buka skirt semata mata untuk memudahkan main getah tu . haha. bukan aku jak, semua la begitu,

lagi satu, dulu tem sekolah rendah , tem tahun dua, aku masih lagi ingat, time tu Cikgu suruh aku kawal kelas, pas tu, aku cakap kat dorang, sapa yang mahu keluar tandas mesti cakap 'AMPUNKAN TUAN PUTERI, BOLEH KA SAYA PERGI KE TANDAS ?', jahat sangat kan.. tapi apa yang pasti, aku ada body-bodyguard, nama nama mereka ialah Azrizal@jijal, Afiq, and Arif, tapi kadang kadang Afiq tu derhaka dengan aku , hmm, tapi yang hubungan masih forever bloom ialah dengan jijal. hahaha. sampai sekrang kami rapat. dan tidak dilupakan arwah Hazmee , boleh dikatakan merangkap setiausaha aku dan Yunisah kawan baik aku time tahun 2. hebat kan aura aku ? kecik kecik da jadi gangster. haha tapi sekarang aku jadi budak ayu kah kah kah.

lepas tu, bila da masuk sekolah menengah, aku nda rasa benda yang aku fikir tem sekolah rendah dulu, berlaku. apa yang berlaku tu macam sebaliknya, aku nda suka la hidup sekolah menengah, macam best juga hidup sekolah rendah, tapi aku rasa happy jua la hidup kat sekolah menengah, sebabnya aku stay kat hostel, apa yang buat aku happy ialah KATIL BERSAIZ SINGLE BED , ntah la aku suka sangat dengan katil saiz macam tu time kecik, dulu dulu aku pernah request kat mama aku pasal tu, then, mom replied : RUMAH KITA NDA SESUAI ADA KATIL MACAM TU, oke fine. lepas tu, tiap kali aku p ruma kazen, terutamanya kazen aku kat sandakan, aku nampak katil macam tu, jelesnyaaa..aku mao sangat ada katil saiz macam tu, tapi, semenjak tu sampai la sekarang even kat U ne pun , aku dapat saiz single. hahaha.. impian yang aku kecapi sampai aku rasa muak, hahah.. baru aku bersyukur betapa bestnya katil King Size kat rumah. tapi hidup sekolah menengah best bha. tapi aku terfikir, kalau hidup U mesti lagi best, .

So, time tingkatan 5 aku baru tau sebelum masuk Universiti untuk ambil degree mesti dari asasi atau matri atau dip atau stpm (atau mana mana lah yang berkenaan ), pas tu aku masuk matrikkkk...

Bila masuk matrik pulak, dari hari pertama aku nda suka hidup kat sana, nda tau la kenapa, mungkin sebab cuaca panas dan tem orentasi balik balik kena suruh compressssssss dalam dewan.. haha. tapi yang paling best, Yunisah jadi classmate aku lagi dan Baliju (nanti aku cerita kisah aku dengan baliju atau nama sebenar Izuani), tem dekat matrik, aku balik balik rasa stress hmmmm... aku rasa mao keluar ja cepat cepat dari matrik tu, tapi macam best bha jua. tapi apa yang berlaku lepas aku keluar dari matrik, aku rindu pulak dengan suasana matrik, ada konsert setiap hari sabtu walaupun aku nda pernah hadiri, tapi aku dengar dorang menyanyi dari bilik aku . Tapi geng geng matrik aku memang best, baliju, kaka ain, kaka wos , balayas , menippo, hani santek dan banyak lagi ,( nama ne aku reka khas utk dorang, sampai sekarang, nama tu melekat, kesian dorang ).  dan di matrik ne aku start tidur lambat.. dan belajar tidur lambat.



Bila da masuk Universiti ne, aku rasa macam tak berapa suka dengan kehidupan aku, padahal kalau aku tengok semua gambar gambar aku , moments with frens macam best bha, even kawan aku cakap, dia jeles dengan kehidupan universiti aku, macam hebat dan best.. pas tu aku terfikir la, best ka? then i tried to recall all my studies moment, and yessss.. well said..

time sekolah rendah, aku rasa aku nda sabar masuk sekolah menengah..
bila da masuk sekolah menengah,  rasa macam nda suka ja, mula lah terasa macam best dekat sekolah rendah tu, tem tu trasa mao ulangi sekoalh rendah dalam masa yang sama, aku rasa macam nda saabar masuk U, sebab hebat..

da masuk matrik, rasa macam nda best, pas tu masuk universiti rasa macam nda best mao masuk matrik pulak.. hmmm,.. begitu la kan kehidupan ne, BERHARGA BILA SUDA TIADA. hahah

sekarang ne kan, cuti , tapi wassap aku nda pandai cuti sebabnya, tamendakks yang di wakili oleh mia, nana senpai, wani, zure , cinta sedang aktif, jadi aku kurang sunyi la jua. tq tamendakku, sayang kamu.

oke la sebenarnya aku da fed up da mao taip ne. ahhaa oke la bye. thank you ;