Assalamualaikum semuaaaaaaaaa....

Lama bha suda aku mao update ne blog aku, tapi oleh keranaa aku sangat sibuk dengan assignments, lab reports, meeting tiap malam, proposal ,kelas yang sangat padat dari pagi sampai ptg kadang sampai malam memang menyebabkan aku tiada masa mao update blog, sekarang ne aku sibuk dengan kes Hanez Suraya lagi.. sebab tu la aku selalu ja buka beautifulnara tu..Era yang ajar aku jadi pembaca setia Beautifulnara tau. acerkayek Era!.

 tiba tiba hati panas membara pulak kan lepas becerita pasal hanez ne.. ah tak payah nak jadi busy body sangat la...  oke then, biar aku cerita pasal aku hiking.. ya hiking la sangat .. waktu aku taip ayat ne aku tak tengok keyboard tau wow pro nya aku .. menipu.. adaalah sikit2. 

Macam besalah modal aku untuk becerita ne semestinya gambar.. so, jom explore.



Oke, Mizah dan Adik sibuk mao ambil gambar.. waktu ne kami bekumpul dalam bilik Felo mahu bahagikan barang barang untuk kumpulan..


Semua macam zombie la kat sini, masalahnya aku malas mahu edit bha dan aku juga adalah insan yang sangat jakun kalau mengedit edit ne harap di ampunkan kesalahan beta ne. Tapi walaupun aku cakap semua macam zombie tapi beringat la sentiasa, orang orang yang berada dalam gambar inilah yang akan  menyerang anda semua melalui suntikan dan segala jenis peralatan perubatan. .Terharu rasanya bila fikir balik, yang salah satu thing in common yang kami ada ialah, kami pandai kira tekanan darah, ada ilmu anatomy ceh macam seja lah anatomy dapat excellent kan terharu sob sob sob. ;( . hehe..Salah satu perkara yang aku sangat eksaited ialah tengok life jacket ada tulisan UKM, aku pun nda pasti la kenapa, mungkin aku ada obsessive disorder kan.. tapi semua kat sini muka muka happy hihi.



Seperti dalam entry entry aku sebelum ni, muka muka yang ada dalam gambar ini ialah teman pengubat luka dan lara aku. kami ne hidup berjiran .. namun, sedihnya.. dalam gambar ni . semua dengan roommate masing masing.. roommmaateeeeeeee i dia sangat sibuk tu la nda dapat joinn. tiba tiba rindu dengan dia bha, dia baru ja balik rumah.  Baru perasan sesuatu dalam gambar ne, semua pakai selipar tandas tau. sebabnya , orang p hiking mana da pakai high heels , sneakers and segala yang berada dalam koleksi wanita kann.. yang ada hanyalah kasut getah RM8 beli kat Chow Kit beramai ramai dan juga flipper. oh lupa,, Era pakai selipar yang standard sikit..  bangga tau rasanya i pakai custom macam ne.hihi.. dengan beg hiking yang baru beli akibat kejakunan, floormate yang saja ja ingin di tayang dan juga life jacket UKM yang jadi kebanggaan ramai.. Bila parents i nampak ne, mesti dorang akan terkazut and says.. OMG!! IS THIS MY PRINCESS? hahaha. mengerti sungguuh.!



Gambar selfie ne di ambil tem kami baru ja sampai kat Masjid , waktu subuh subuh, namun aku lupa akan apakah nama tempat kami singgah ne, maklumlah otak i ne xboleh susah sikit bila ingat tempat atau pun kawasan , tapi rasanya namanya ja la yang aku lupa yang lain aku ingat, atau apakah ini Masjid Jerangkang? nasib baik Geografi waktu PMR dapat A, Alhamdulillah la.. Owh ya Miza takda kat sini, mungkin dia tengah tidur kat tempat lain sebab ngantuk sangat, tapi kan Mizah aku rasa tempat kau la paling selesa mau tido time dalam bas. Hai Mizah!



Ini namanya Era, sila la baca entry i yang sebelum ini kalau mahu bekenalan dengan dia kay,.. time dalam bus aku duduk sama sama ngan dia,. amboi memang manja sungguh kami berdua, sepanjang malam tu , kami menyanyi ja dalam bus. Teringat first time kenal ERa, time tu kami orientasi, kami duduk berdua dalam bus going back to KTSN from DECTAR, and yes, she sat next to me.. besalah bus kalau malam kan, sudah semestinya akan pasang lagu, jadi kebetulan aku menyanyi nyanyi dan akhirnya aku pon dan Era terus berduet.. baru ja kenal kami boleh terus menyanyi bersama sama until we reached KTSN, then the song stopped. Sama la dengan apa yang terjadi dalam bus tem malam g hiking ne, aku dan ERa nyanyi ja, kesian Lutfi dan Wani yang tidur kat sebelah kami,. mesti beliau berdua sik selesa kan dan terseksa.. hahahaha. time tu dalam pikiran aku, dorang nda kenal aku jua kan, jadi i tak kesa,, selfish sungguh diri ini kan ?.  tapi apa yang aku nampak Lutfi dan Wani tidur lena ja pon.. aku bukanlah stalk dorang tapi kalau suda namanya tidur sebelah kami, suda semestinya penglihatan binocular i ne applied kan.. hehe., :P Salah satu cara buat aku diam dalam bus ,ialah hand me an earphone atau pon headphone. hihi, nescaya aku akan berhenti menyanyi.. lagu dan princess berpisah tiada.


Obsessive disorder yang tiada penghujung nya.


Selepas ja kami berehat rehat dekat Masjid, kami pon menaiki Lori untuk masa ke dalam hutan tu, ini ialah pengalam pertama princess berada dalam keadaan begini, jadi oleh kerana kejakunan yang teramat sangat hingga ke akar umbi, maka princess pon bergambar atas lori ne.. best la naik lori ne sbabnya aku rasa macam main Temple Run pulak.. waa.. betapa lasaknya aku.. berbunga bunga hati princess tau bila ingat semua perkara yang berlaku ni, tapi kan, time kami kena bagi briefing, the briefer said,Kita akan memasuki hutan dengan menaiki 4wheel.. jadi aku pon imagine 4wheel yang macam cerita aksi tu..namun rupanya 4wheel yang d maksudkan ialah lori.. jakun sungguh aku ne..




Ini apa yang aku fikirkan. namun.akhirnya. aku. naik. lori. :D sungguh tinggi imaginasi aku.



Begini lah keadaaan kami dalam lori tu, yang baju hijau ne nama dia Rahimi. Dia ne matang sikit  oke,budak Uniten. kerja dia ialah mengayun diri sendiri atas tali warna hijau kepunyaan Kimi, . Jadi oleh kerana keadaan kami sangat sempitt., maka di mana ka princess duduk?


nampak tak kelasakan di situ.. Semua berusaha bersungguh sungguh untuk naik ke atas, aku sangat eksaited bha tengok benda ne segala soil soil dan paling penting aku sangat eksaited tengok kuali kat belakang dorang ne semua.. waa.. aku sangat eksaited bha macam nda sabar mao sampai ke destinasi, namun apa yang penting, jalan kejayaan tu bukannya mudah. mari bercerita lagi. oke fine. dari zaman dulu lagi apa yang aku perhati,aku memang dekat belakang bha kalau bejalan, terus tringat tem aku matrik, kami kena paksa ikut, program 10 000 langkah, aku and kawan aku adalah orang pertama memulakan langkah , tapiiiiiiiiii........ in the end aku jugak lah orang yang terakhir sampai, terus aku teringat cerita kura kura dan arnab.. well. i got this trait from mommy oke.



Lepas semuanya settle, aku pun di letakkan dalam group 2. ini ialah member group aku tau, semuanya sporting, yang pakai tudung hitam tu nama dia Aniq, yang tudung merah nama dia Yana, pas tu, yang lelaki ne nama dia ialah Syakir.  Best sangat dengan dorang ne. Yana ne bilik dia sebaris seja dengan aku, kami kongsi bathroom bha, nda sangka kami akan tidur dalam khemah sama sama. Aniq pon, sangat baikkkkkk...dorang sangaat best dan sporting, lagi satu dorang jugak pandai masak tau.. tidak dilupakan, syakir pon pandai masak. lepas tu dia juga sangat rajin, ada ciri ciri lelaki idaman.


ini ialah group member aku tau, aku kan dalam group 2, meh la i perkenalkan kay. yang baju hitam yang tengah action macam duyung tu nama dia Safwan, dia best bha , sangat sporting dan suka menyanyi.. salh satu yang aku takkan pernah lupa pasal dia ne ialah..tem mandi kat air terjun kan, dia pakai dive suit bha, pas tu pakai goggle lagi.. memang macam pro sangat sangat, oleh kerana aku tidak pandai berenang, maka time dalam air terjun tu aku minta kat Safwan life jacket, tapi dia namau bagi sebab dia kata dia juak nda pandai berenang, tem tu aku sangat rasa dia lucu bha, and i like him sebab dia sangat sportng dan lucu . hihihi. sebelah yana tu, nama dia yana jugak, jadi untuk differentiate between two yanas, so, i called her as Yana spek mata. haha. Oh yeah, sila lihat Era, dia goreng ayam tau, nama ayam dia ialah AYAM TERJATUH DARI KUALI KE LANTAI. sangat komersial nama masakan yang era masak ne kan..  haha, Era sangat eksaited tau memasak hehe. Aku pun ada juak masak, hehe, aku hairan sangat kenapa Safwan cakap masakan aku sedap. hehe. aku pon rasa masakan aku sangat sedap. hihi.. , walhal aku ne bukan lah cbshfguevbwihgwbvuw. hahahah. sila fahami sendiri. Oh, sila tengok Syakir, dia memang rajin tau, tiap kali masak ,mesti  dia ada .  tapi apa pun aku rindu denga khemah aku.



Oke, yang ne ialah group member aku. yang botak tu nama dia ialah Amirul Zack, dia ialah pengarah untuk jerangkang ne, dia pon best jugakkk.. sangat best dan sporting. pas tu Bad pulak group lain, dia datang p group kami sebabnya mungkin group kami sangat menarik dan sangat mendapat perhatian. huhayyyy.well, apa boleh buat, member member kami adalah sangat sporting dan open minded. Rindu bha.



Ini ialah makanan kami, time ne Era tengah masak  Mee hoon Goreng,jadi harapan aku untuk mee hoon tu adalah sangat tinggi, sebab aku tak makan ayam and tak makan telur. boleh ka aku di sifatkan sebagai vegetarian? haha. tapi aku sekrang suda boleh makan ayam suda bha, tapi ayam yang tertentu seja la,, bergantug pada jenis masakan. Ayam yang aku makan setakat ini ialah, ayam KFC, ayam Pizza. tu seja lah.  tapi telur dan daging sampai sekarang aku tak makan. entah lah, aku geli bhaaaaa... tiba tiba terngat partner aku,nama dia ialah Ben, time hari tu makmal pemakanan, aku dapat chicken preparation, tapi aku buli si Ben potong ayam dan aku suda cakap denga dia, kalau kami dapat task pasal telur dan daging, dia mesti buat tu semua, aku yang masak. ah. sudalah.

Aniq yang sangat comel dan manja sebab dia baring kat lengan aku time dalam lori,manakala, Era pulak tengah memasak mee hoon. hehehe. aku masak tem first2 dan tem malam je, pas tu tukar shift.


Wah sunguh gigih era memasak. mesti bangga mama dia tengok ne hahahaa... kesian gloves c Safwan, terpaksa jadi gloves untuk memasak hahaha.


Sweetkan kami..?? waaa... aku rindu la sama kamu.. aku mao p hiking lagii. tapi aku namau naik bukit atau turun bukit. aku mao dalam khemah seja, mandi air terjun sambil melompat dengan penuh gayat dan pakai life jacket waaaaa... rindu nya main masak masak. Semua member ada kat sini, kecualii si Kimi.. mana beliau?



Introducing to you, Kimi yang pandai masak nasi . sebab dia yang masak nasi untuk kami semua.. waa.. kimi ne bukan sahaja pandai masak nasi, tapi pandai menari atas tali yang warna hijau tu, aku pon lupa apa nama dia tue.. elephant something la.. hahaha. Kimi pandai menari atas tali tu, manakala Rahimi dan Bad pulak hanya tahu mengayun diri sendiri atas tali tu. haha.


Our Mr.President  yang sangat aktif dalam sukan. semua hidup dia pasal sukan menurut apa yang dia cerita time malam kami dalam khemah .Walaupun muka dia nampak tidak feminim, namun dalam hati dia ada taman tau.



Selain pandai menari atas tali hijau, kimi jugak boleh menjadi Victoria next top model tau. ahaha.beliau sangat pemalas untuk makan, rasa bersalah jugak paksa dia makan bha sambil terbarng baring, Kimi mahapkan beta. janji lepas ne princess tidak paksa kau makan sudah.


Hari terakhir kami bersama sama waaaaa.. rindubha sama kamu. hahaha. aku xda point suda mau cakap apa. hahaha.


Oke, ini semua ialah geng geng yang p jerangkang. dorang semua sangat sangat sangat sporting, but here i want to introduce you readers to my very sporting buddies from Uniten. oke , yang hujung sekali, dari kanan, yang berdiri sebelah aku tu, nama dia ialah Ikhwan, panggil Wani seja la. Kesian Wani sebab dari awal awal aku suda buli dia dan merampas life jacket dia time dalam air terjun tu. sungguh kejam diri ini. selain itu, Wani juga tahan sejuk sebab time dalam bus, melalui anak mata aku, aku dapat perhati yang dia tido rilek sejja. hahaha.. walaupun aku tahu dia sedang menggigil kesejukan, tapi sebagai kawan biar aku puji sikit. owh ya .dia cool.. pas tu, Kimi, yang baju kuning yang tengah duduk tue, aku malas suda cerita pasal dia, sila baca balik statement  yang aku tulis kat atas tu. Lepas tu. Rahimi . dia duduk sebelah kimi, aku nda tau la pasal dia sangat yang aku tau, dia degil sebab aku suruh dia pindah dari tali hijau kepunyaan kimi sebab aku mao try jugakak, namun tidak berjaya. tapi dia kental jiwa la sebab dia duduk dalam lori dengan muka cool. Azim pulak yang baju kuning 4 dari kiri bahagian belakang. dia suka senyum bha. hahahahahaa. lagi satu dia peminat setia Rossa. hahaha.. lucu bha, first time jumpa lelaki macam begini. hahah. Azim sorry tau pasal insiden dalam bus. hahaha aku saaja bha tu . hihi. azim pon sporting jugak.. and the last one is Lutfi. Lutfi terhmpit oleh si syakir bha. dia duduk belakang sekali.. sila cari muka beliau ne.Lutfi ne awal awal lagi aku main main dengan dia. sebab tem dalam bus jugak, dia tanya aku kalau aku dari indonesia. hahaha. tapi aku mengiakan ja la. akhirnya bocor rahsia. lutfi pun sporting jugak dan suka senyum macam Azim. so people, sori kio pasal yang nama aku tu, saja ja mao kasi kena kamu. hahaha.



Mom Dad, if you read this, i bet you would not believe that i jump from that high. hahaha.


Kak Yong,Era,Mizah and Adik. i love you. thanks for all the experiences that we shared together and also thanks for all those memories. love you abadan abdaa..


Sebenarnya saya adalah kelab kebudayaan dan juga koir, saya tidak pernah terfikir untuk join kelab ini, persoalannya, adakah saya telah menjadi ahli Aquilla walaupun saya belum mendaftar? Mohon Pencerahan. Sila abaikan benda yang tergantung.


I love you guys, thanks semua.!