Assalamualaikum hai hai hai,,

Aneyosayo!! ( salah ejaan harap di maapkan). Tahukah kamu bahawa sekarang adalah jam 1.02 pagi waktu korea. Boleh katakan ini adalah live update. Manakala kat Malaysia adalah jam 12 tgh malam?.yaa..awal sejam..dan adakah kamu tahu apakah maksud kepenatan yang tidak terhingga..? thats what i felt. :( .tapi penat yang berharga dan berkeringat itulah yang membawa seribu satu makna. takda keringat pon sebab sekrang korea sejuk, baju pon boleh pakai berkali kali. haha.

Benda pertama yang paling penting bila sampai kat mana-mana negara pon, sila la tengok perbezaan waktu. kalau kat telefon seperti iPhone, dia akan automatically update the time. Perbezaan waktu kat Korea dan Malaysia adalah 1 jam sahaja. Korea sejam awal berbanding Malaysia.


Trip ke Korea ni, aku panggil sebagai sudden vacation. Sebabnya aku langsung nda merancang yang aku akan p Korea, aku rancang, aku akan p Kota Kinabalu jumpa Mizah sebab dia becuti kat sana,tapi tu la bha kan,Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. Rancangan g Korea ni,tiba tiba jak . lepas ja mama aku balik dari Taiwan dan bercerita sakan, tiba tiba abang aku mengatakan bahawa sekrang adalah musim sejuk di Korea, dan aku pon memang nak la pegi tempat-tempat sejuk ni.



Aku p Korea ne bermula 12 Februari sampai la 16 Februari, menaiki Malaysia Airlines. Mula- mula aku pikir aku akan naik korean Air, sebab mao g korea la konon, tapi MAS jugak menyediakan penerbangan ke Korea. oh ya, oleh kerana aku beli tiket last last minit, maka harga tiket ialah RM 12K (round trip) untuk 3 orang, . ( Tiket ini sebenarnya, dari TWU-KLIA-INCHEON , sebab tu jadi macam tu, lagi satu, sebab kami beli last minute)  abang memang da beli tiket awal awal jadi aku tak tau berapa harga tiket dia. Lambat sikit sebab, passport aku da expired bulan lepas, jadi aku terpaksa renew. Kami mendarat di Incheon International Airport.


HOTEL

Kami telah menginap di Grand Ambassador Hotel selama 4 hari 3 malam.Hotel ini terletak di tengah tengah Seoul yang mana dekat dengan segala jenis tempat. Hotel ne telah di booking melalui booking.com .(Apps kat dalam iPhone). So, lepas review and timbang tara, kami pon stay kat sini,





Ini ialah application yang bantu kami cari hotel dan booking hotel. Booking kat sini, nanti bayar time mao check in. Keselamatan dan keselesaan adalah penting untuk pelancong jadi penginapan pon mesti lah selesa kan.. KAmi ambil dua bilik kat sini, satu bilik untuk abg aku dan juga dadi, satu lagi untuk aku and adik. 

Kebanyakkan yang stay sini macam yang bussineman sebab tadi pagi aku nampak ramai wartawan masuk dalam hotel ni, pas tu drang buat PC kat lobby hotel. Walaupun harga yang dia tunjukkan kat sini ialah RM750.65 semalam, tapi kita seharusnya membayar menggunakan won. bukannya ringgit Malaysia. So, untuk semalam dia ialah 240,982.90 won semalam. Tapi hotel ne sangat selesa dan best segala galanya canggih, sampai tandas pon semua machine yang buat, . sungguh canggih, memang tandas dia canggih. macam jakun sangat aku pakai. lagi satu, dia sangat bersih , dia yang flushkan dia yang cebokkan dia la yang  buatkan segala galanya .memang canggih.




Nasib baik kat bilik ada tulisan ada English, sebabnya tem kat l toilet dalam lobby  dia semua tulisan korea, and aku sangat buta huruf dan akhirnya aku tekan semua jenis button kat sana, dari light flush sampailah ke heavy flush. . dari light wash sampai la ke heavy wash. sedih sungguh ah kehidupan aku macam tu..keluar ja aku dari tandas tue, ahjumma atau pon noona tengok aku dari atas ke bawah, mungkin dia terkejut mendengar heavy flush. apa la yang dia fikir pasal aku kan..? kini aku faham apa dia perasaan orang yang buta huruf.sedih ah.


oh ya, tandas ne juga membantu mengeringkan sebab dia ada button dry. haha. lagi satu, tandas ne suam2 je. hahah. dia punya temperature warm. jadi memang selesa. Ah, suda la. femes pulak tandas ne kan.

Jadi, marilah kita proceed to the next part,

Sampai ja kat airport tu,i rasa kenyang tersangat sangat sebabnya dalam kapal terbang asyik makan ja.. daa la nasi lemak dia pedas sangat , memang banyak makan lah hahaha.




Oke, ne kami beratur untuk minta cop imigresen korea, walaupun muka dalam keadaan penat, tapi semangat untuk bergambar tu tatap ada.




Okey, sebelum nak masuk mana mana negara, kita kena isi form ini dulu. Ini di panggil sebagai Declaration Form. Kena declare tempat tinggal kat mana, apa tujuan dan semua yang berkaitan dan kena hand kepada pihak imigresen kat Airport nanti.


Oke, ni pacik taxi, aku baru teringat pasal ahjussi arabuhci semua tu, jadi aku pon panggil dia arahbucci terus dia ketawa, dia namau mengaku tua, haha. ahjussi would be okay dia kata, kami berkomunikasi guna handset tau , dia bagitau harga taxi menggunakan calculator dalam hp dia, harga taxi dari airport ke hotel kami dalam anggaran RM 400 gitu.




Kemudian, adik aku ne mengada ngada . penat aku ambil gambar dia, last last tu aku malas mao layan then dia paksa dadi untuk mengambil gambar, tapi aku rasa macam comel ja gambar ne, tu la bha aku upload dekat sini.





10 000 won = Rm 30. how it feels to hold 10000000000 won in your hands? haha


Kami sampai dekat hotel dalam jam 9 pagi, tapi waktu check in kami ialah jam 11, so, kami pon minum kat cafe hotel and yes, c Yna dengan muka penatnya online berterus terusan menggunakan wifi free hotel.





Comel sangat ne kek, tapi aku risau mao makan,.. risau mao makan.. tapi aku mao makan mao makan mao makan mao makan...  cake ni di buat hotel baker professional korea menurut cerita waitress dia la, aku tak pasti la kalau dia tipu aku atau tidak, tapi rasanya betul la kan buat apa dia mao tipu pelancong yang baik hati macam aku ne? dia tipu pon langsung tidak bagi kesan yang ada cumalah perasaan mao makannnnnn...




Macaron ini ialah berjenama Ambassador, maksud dia, tak available kat other places except for this hotel.





Sila tengok Sign board dan perhatikan. Sila ingat ingat apa jenis drama yang sangat memikat hati semua gadis .. tentunya F4. Boys Over Flowers.. Dongguk Univrsity kalau tak silap ialah Shin Hwa high school time dalam certa tu.. aku pun tidak percaya yang aku akan pergi ke sign board ne, sambil tunggu check in hotel, kami pon berjalan ja la sekitar hotel ne. dan nampak pula sign board ne...sila abaikan muka c Yna.


My lovely family. 






Dad, i do find a prince one day, but YOU WILL ALWAYS BE MY KING. Endless love till Jannah. Love you so much. Thank for giving me the chances and of course the opportunities to paint my life.You are the wings that I need whenever i fall down and thank for brings all the joys to my happiness..

Another entry will be posted here. to be frank, this entry is only for 6 hours story in Korea. so, another stories will be posted soon. XOXO

Thanks for reading!