Assalamualaikum


Hai kamu, selamat hari raya mahap jahir dan batin kay.

Untuk entry kali ini aku tiada letak  gambar pasal raya pertama and kedua, terus ke raya yang ketiga, sebabnya, raya pertama kami beraya kat Kunak dan buat kenduri untuk arwah atok di sana. Mestilah bersama saudara mara kan, jadi i takda masa amek gambar, sebab mesti control depan macik2 kay supaya dorang pikir aku ayuu.. heee.tiada.. tiadaa.main-main ja la.

Raya kedua dekat rumah dan i langsung xda masa berehat sebabnya lepas datang satu tetamu satu lagi satu lagi dan satu lagi , almaklum lah anak dara di rumah ne tinggal i dan adik i ja.. 

Raya ketigaaaa... oke, kami memang sudah rancang raya ketiga kami jalan-jalan, and tempat berkumpul macam biasalah rumah c Mia kononnya beliau ialah Datin Wannabe.


Beliau ada hati mahu jadi arnab yang ada  telinga dekat pipi. So macam mana? comel takkak Ton ? Comelkan?.Eya, ni juga bff aku dari kecil. bangga juga aku ada kawan comel dan cantik macam dia . memahami gitu lorh dan dia juga kalau ketawa terus aku connected ketawa, silalah paksa dia ketawa kalau kamu tengah stress.




Oke temen-temen,introducing to the you. From left (boy's side) are  Ahmad Mujahid, Mohd Hanes, Mohd Azrizal, Mohd Nasrun, Mohd Faiznurridhwan and Mohd Farhan. From left (girl), Cik Nur Amirah, Princess Masfara Wahidah, Cik Mira Natasya Cintafifee, and  Cik Farzanah. Yang lelaki semua available yang perempuan no comment.. Kalau berminat  dengan jejaka bajau di atas leave me some comments if none ,means no one interested in  knowing them, so deal? hahaha. bagaimana jahatkah aku sebagai kawan maklumlah sekarang aku balik-balik nyanyi lagu Stacy jahatnya kamu dalam tandas jadi aura jahat tu kadang kadang datang.


Ini adalah geng bas Sekolah untuk raya kali ini. Selalunya ramai ja taaaapi.di sebabkan ada yang tidak balik Sabah, maka,ini ja lah. Owh ya, tidak ketinggalan...jeng jeng jeng ialah.. ..



Senpai!,NANA SENPAI! atau, Nurul Farhana Jasim. Dia lambat ikut, dia ikut tem p rumah c Hanes and Ruma c Adang ja. Sebab dia bertunang, di ulangi , dia bertunang. *Abang dia bertunang tapi dia selalu buat wording gtue* Beliau seorang yang nekad dan lucu , kalau dalam kereta aku rela dengar dia bercerita dari dengar lagu tahu? haaaa.. hebat kan senpai?


Serius aku tidak sedar langsung pasal gambar ini. Kena candid berabis. Lupa siapa yang candid, mungkin Mia, sebab aku sudah suruh hantar semua gambar ma aku. Aku tidak tahu kenapa aku boleh begitu serius sedangkan c Cinta senyum ja? Apa yang aku tengok sebenarnya tu? apakah? apakaahh..tolonglah aku mahu ingat balik tapi lupa. aish.



Eh Masfara, bawak sini aku pandu kereta mu *padahal kereta bapa aku*  lantas aku berkata oke.. Mungkin dia malas duduk belakang atau dia mahu tunjuk skill  dengan kami bawak kereta laju-laju,. and yes my second thought was right! Dia sangat berbakat jadi ahli lumba kereta dan Oh no, beliau tersangat cool, tahukah kamu ini adalah pertama kali aku bercakap dengan dia lama-lama? dan ini adalah hari yang paling rapat kami sama-sama? ya, sepanjang aku kenal dia selama 7 tahun ini adalah hari yang terakrab sekali. Sepertinya aku eksaited duhai Mujahid wa Nurul Ain. Gaya dia juga menyebabkan c Mia , Cinta dan Nana terpikat kau sedar kah tu Mujahid, kau menjadi Boy of the day walaupun tahun lalu c Azrizal yang selalu menyandangnya? hahaha. dia juga seorng Musafir dari KK ke Semporna. ( There is a story behind the sentence, can't tell ya here)





Lokasi penggambaran paling banyak ialah di rumah Cg Masiniah, sangat sporting dan keibuan, sayang cikgu. Gambar ini cikgu yang tangkap, opps? kenapa kita berdua Mujahid?.Sepertinya kau telah menunjukkan muka Romeo, cisss..baru saja aku cakap kau cool. apa ne Mujahid?ahh.. Kemudian, Azrizal dan Nana, sangat serasi dan tersenyum manja dan melenggokkan kepala sama-sama, sama-sama bercermin mata dan bahagia bersama, maka aku nobatkan sebagai Couple Of The Picture. Nasrun dan Mia. ehhh..? ya.. Nasrun..Mia, Nasrun tu macam undur ke belakang lah Mia. kenapa tu ah?  nampaknya kau telah posing maut Mia tu lah dia jaga pandangan. Mia.. Mia.. hahah hahah.... pas tu, Cinta dan Faiz. Cinta telah melarikan diri dari c Faiz kemudian Faiz pun berkata dalam hati, eh kenapa dia ni, aku mahu bergambar pun dia lari.. Sebab tu la dia berdiri tegak tanda protes dengan c Cinta. Tolonglah pujuk ar, nanti kau tidak dapat makan masakan c Faiz lagi Cinta. Wah, aku memang sangat hebat sebab dengar lagu Stacy eh Masfara Wahidah kenapa bha kau berubah.. kenapa bha kau berubah.. ini lagu Stacy.




Oke, Syarikat yang mengusahakan ubat gigi seperti Darlie dan Colgate, sila lah ambil kami jadi model kamu. silalah..silalah..Gambar ini telah di ambil ketika c Mujahid menunaikan Zohor beliau di Masjid,menggunakan ipad Mujahid kay, Mesti dia terkejut tengok ne kan?



Ini adalah cara mereka posing.Sila contohi.. Tiga orang kambai, tiga orang berdiri tegak. Oke, ngam untuk Boria. OPPs, dulu Encik Farhan tu penyanyi boria dan nasyid tahu, hanes i xtahu, Nasrun Marhaban ehem,. Azrizal dan Faiz penyanyi nasyid dan Mujahid.. pentarannum kalau tidak silap. haaa..sesuai dan ada ciri-ciri jadi suami solehah.. if ya interested in knowing 'em, why dont ya try to connect 'em via me? haha. Jahatnya kamu..ooo.jahatnya kamu..



Ini adalah gambar ketika kami berada di rumah Nana Senpai sambil beraya sambil mengambil dia,  Sila perhatikan Mujahid yang berlagak raja di rumah orang dan Faiz yang merenung tukang gambar, dan Nasrun yang menjaga pandangan dari melihat aku dan Nana.




Sepertinya Cinta sedang berzikir. Alhamdulillah, daripada bercerita kosong apa kata tambah pahala dengan berzikir? Nasrun tetap menjaga pandangan, Farhan pula tidak kelihatan dan tidak diketahui apa yang dalam fikiran beliau, WHATS ON YOUR MIND FARHAN? DO YOU know THAT  I'M MARK ZUCKERBERG'S WIFE TO-BE, Men-men ja la.Azrizal ( Jijal) pula sepertinya ingin mewrestling si Farhan, eya!!! Baru faham, C Jijal cari pasal dengan c Farhan sebab berebut kerusi tempat duduk tue, kemudian c Farhan, dengan berlagak tenang, merenung c Jijal. THE END.




oke, Nana Senpai , Adang dan Mia. yang tengah ialah tuan Rumah, ini ialah rumah yang pertama Nana Senpai lawati,sebab dia bertunang. Selain wanita umno, c Nana Senpai ialah wanita pertama yang aku noticed memakai tudung merah. aku masih ingat, tudung solat dia dulu tem di hostel ialah warna Merah, disebabkan tudung tue la aku mengenali c Nana Senpai. C Adang pula seorang yang ayu , full name dia Jahidda Nur Mawaddah, scandal c Mujahid dulu. heeee.Eh, malas lah mahu cerita sal c Mia, kali ni, dia peace satu tangan ja.


Eya, ini ialah lokasi yang sama dengan pemggambaran di atas. Nana Senpai duduk dengan ayu , ehem ehem, kemudian Mia, telah terserap aura aku supaya tidak menunjukkan peace dia dan kami telah di pengaruhi dengan keayuan c Nana Senpai.

Kami mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri mahap jahir dan batin.

Thanks for reading.!
Goodnight,
Love,
Masfara Wahidah.


*Sila lah klik iklan-iklan kay. haha. Sedekah itu baik tahu, kamu click iklan, and i can earn the money. haha.Click it bebeh!