Assalamualaikum.

Hai kamu semua.
Time hari Khamis, keputusan untuk universiti sudah keluaar, jadi seperti mereka yang obses dengan keputusan masing-masing begitu jua aku.*pahamkah ayat ini?*. Ayat aku sepertinya tidak tersusun dan memerlukan pembacaan yang berkali-kali, ini adalah disebabkan oleh pengangguran yang berbulan-bulan, maka segala ilmu pun kadang-kadang terlupa.

Maka, keputusannya, aku dapat masuk UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM). Semestinya,ayat  yang jadi kebanggaan diri sendiri dan keluarga perlulah di taip besar-besar sambil bold gitu supaya semangat sentiasa mekar,.WAaa. ayat gue..
Alhamdulillah, i got my first choice.

sekalung tahniah kuucapakan kepada tenaga pengajar yang telah mendidik diri ini dari kecil sehingga dewasa dan tahniah pada diriku sendiri serta keluarga.(klik untuk zoom)






Untuk yang kesekian kalinya, aku lihat. My First Choice. means i've passed my interview.Selepas ini, aku akan menjadi pelajar ijazah sarjanamuda Dietetik dengan kepujian.WahWah Wah.. betapa keinginan aku sangat tinggi terhadap kos ini,lihat ja lah,my major selection was Dietetik.
Tapi bila aku fikir-fikir, why UKM in the first place not UPM? sedangkan, aku pilih dua kali UPM? and why tiba2 Kimia tersangat opside abis diantara Dietetik? Ahhh. lupakan, apa yang pasti, i got u bebeh!.

Aku fikir aku akan berada dekat kampus induk, tapi rupanya dekat kampus Kuala Lumpur, jadi orang kehel lah aku pas ne?!.  apapun, hujan batu di negeri sendiri., itu yang pasti.:D


Akan ku teruskan perjuangan ku di sini!



Terima kasih daun keladi kepada kamu yang sentiasa menyapot aku dari ujung rambut sehingga ujung nyawa .

Kepada yang telah berjaya tahniah juga, kepada yang berjaya tapi mendapat tempat dan kos yang tidak d inginkan, tidak apa, mungkin ada janji Allah yang maha Hebat di sana, dan kepada yang tidak mendapat uiniversiti, jangan sedih-sedih kay, semua itu ada hikmah, mana tahu , kamu akan dapat yang lebih baik dari apa yang kamu inginkan. Semua yang berlaku itu bukanlah sia-sia, pasti ada sesuatu yang tersirat, aku sentiasa motivasikan diri aku dengan ini, apa yang aku dapat samada baik dan buruk bukan satu perkara yang sia-sia, semua yang berlaku dalam dunia ini, pasti ada sebab, even daun yang gugur tu pun boleh jadi baja tahu?

Smile bebeh!:D

Thanks for reading this.