Credit: Google
Betul tu, apabila anda makan secara perlahan serta mengubah tabiat makan, anda akan berpotensi untuk mengurangkan berat badan! Contoh perubahan tabiat makan adalah seperti berikut:
1) Kurangkan/ berhenti mengambil makanan ringan selepas waktu makan malam.
2) Elakkan mengambil makan malam 2 jam sebelum tidur.
Perubahan tabiat makan ini akan membantu anda untuk mengurangkan potensi menjadi obesiti dan membantu anda untuk menjaga BMI badan. Secara tidak langsung, ia akan membantu untuk mengecilkan saiz pinggang anda!
Kajian yang membuktikan fakta ini:
✅ Di jalankan di Jepun, dengan jumlah penyertaan seramai 60, 000 peserta.
(peserta ini di pantau melalui temu janji dari tahun 2008- 2013)
✅ Mengambil kira faktor :
➪ BMI, Saiz lilitan pinggang, ujian biochemistry, air kencing, fungsi hati.
➪ Tabiat makan & tidur, pengambilan alkohol dan merokok.
➪ Tahap Kelajuan Makan : LAJU, NORMAL & PERLAHAN
➪ Kekerapan mengambil makan malam 2 jam sebelum tidur & dan mengambil makanan ringan selepas makan malam. (3 kali atau lebih dalam masa seminggu)
KESIMPULAN dari kajian ini mendapati bahawa :
📌 Orang yang makan secara perlahan lebih cenderung untuk menjadi sihat (dari segi berat badan yang normal, ukur lilit pinggang dan BMI) dan mempunyai gaya hidup yang lebih sihat berbanding mereka yang makan LAJU atau NORMAL.
📌 Mengambil makan malam 2 jam sebelum tidur dan mengambil makanan ringan selepas waktu dinner juga akan mempengaruhi perubahan BMI.
📌 Tiada perubahan BMI terhadap individu yang tidak mengambil sarapan. Oleh itu, sesiapa yang tidak mengambil sarapan semata-mata nak kurangkan berat badan, sila lah bangun dari mimpi yang indah ye wahai makcik makcik dan pak cik pak cik sekalian, kerana IA TIDAK MEMBANTU ANDA MENGURANGKAN BERAT BADAN DAN BMI okay - berdasarkan kajian ini.
Nasihat dari saya:
Marilah kita bersarapan seperti raja,
makan tengahari seperti orang kerja kerajaan dan
makan malam seperti pengemis.
Oleh itu, , perubahan tabiat makan boleh mempengaruhi kadar obesiti, BMI, dan ukur lilit pinggang. Sebagai langkah pencegahan, marilah kita bersama-sama, MAKAN SECARA PERLAHAN, kerana ianya adalah salah satu cara yang efektif nutuk mengurangkan risiko obesiti dan juga pelbagai penyakit yang lain. Jagalah kesihatan anda, kerana hanya anda yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan juga kesihatan anda !
#slimmingtips #tipsdiet #tipkurus #tipdiet #dietitiantalks
Disclaimer:
This is an observational study, so no firm conclusions can be drawn about cause and effect, added to which eating speed was based on subjective assessment, nor did the researchers assess energy intake or physical activity levels, both of which may have been influential.
Source: Online Journal - BMJ Open
0 Comments