Hai kepada semua adik-adik yang tengah pening untuk nak fikir sama ada kos Dietetik ini berbaloi atau tidak, dan pening nak jadikan benda ni sebagai pilihan pertama atau sebagaimya. Ada yang nervous nak pergi interview, ada yang risau kerja tak dapat, banyak sangat perkara yang bermain di minda adik-adik semua. Post ini ditujukan kepada adik-adik yang tengah pening kepala macam akak ni jugak. So, mari kita sama-sama baca apa yang akak tulis ni ye.

Pertama sekali, akak nak minta maaf dan berterima kasih kepada semua yang hantar email, DM kat Insta dan Facebook, serta komen kat blog ni, terima kasih kerana sudi singgah dekat blog akak. Dan berbanyak-banyak minta maaf kat adik-adik yang tak mendapat emel balasan atau reply dari Insta dan Facebook. Akak sedaya upaya nak balas semua mesej korang semua, ada yang terlambat reply dan ada terlepas pandang semua. Tapi majoriti akak balas kan :)

Dalam seminggu lagi, akak akan menamatkan pengajian dalam bidang Dietetik ni dan sekarang tengah dalam exam period. Alhamudlillah, akak lulus gak lah clinical exam kat wad dan clinic haritu, berkat doa mak ayah dan rezeki dari Allah dan korang-korang lah semua. Dan sekarang, akak dalam fasa nak mencari kerja. Hakikat zaman sekarang ni wahai adik-adik sekalian memang sukar diduga. Kalau dulu orang cakap, bidang kesihatan ni, lepas belajar konfem akan dapat kerja dan dah ada placement. Tapi zaman sekarang semua tu dah tak boleh pakai. Even budak medic sekalipon ada yang tak dapat placement untuk housemanship even lepas 2 tahun grad sebagai budak perubatan. So, apa lagi kita. Tapi akak memang percaya satu kelebihan dengan graduan Dietetics dan Nutritionist. Kita ni quite flexbile sebenarnya. Akak akan fokus kepada Dietitian part sahaja okay. Nutritionist Part tu akak tak sentuh sangat.

Bila kita menjadi seorang dietitian, fokus utama kita adalah hospital, klinik dan yang berkaitan dengan medical setting. Sebab tu goal utama graduan dietetik adalah untuk menjadi Clinical Dietitian!. Sebab kita extra dengan clinical skills dan knowledge. Sebab extra tu lah, yang jadi kita eager sangat nak jadi Clinical Dietitian. Waktu akak internship dulu, ramai je dietitian dan senior dietitian kat hospital yang cakap, bilangan dietitian sebenarnya tak cukup. Dorang pon tak mampu nak cover banyak patients kat hospital dalam satu hari. Sebab tu, ada yang tak sempat nak jumpa patient dah discharge pulak!, sebab takde masa untuk diri sendiri. Akak bercakap pasal benda ni, sebab akak intern kat hospital yang busy.

Waktu intern kat hospital ni lah, akak rasa jadi terlalu minat untuk jadi clinical dietitian. Padahal first time akak posting hari pertama masuk clinical day untuk the very very very first time nya, akak rasa nak quit dietetic ni!. Tak kisahlah, dah 4 tahun belajar ke, tapi akak dah tak nak sambung belajar Dietetics ni, sebab waktu tu first day dan first time tengok file dan tengok tulisan doctor yang memang nauzubillah azabnya, akak terasa betul-betul bodoh dalam hidup tau tak. Akak masuk klinikal tiba-tiba semua jadi zero. Akak rasa macam penat-penat belajar dietetics tak tahu dosa apa yang akak buat sampai jadi terlalu bodoh sangat nak baca tulisan doktor ni. Sampai akak pon terfikir, kenapalah aku nak sangat masuk benda ni, lepas tu siap doa supaya ada orang kaya yang pinang dan tak yah la keja dan sumpah tak nak terlibat dengan apa-apa benda yang melibatkan hospital ni!.

Masuk hari kedua dan the next following weeks sampai lah dah nak grad ni, akak memang bersungguh-sungguh jugaklah menjadi seorang clinical dietitian!. Korang tau tak apa perasaanya, bila  korang jumpa pesakit dan semua ahli keluarga pesakit yang terdiri dari barisan orang-orang kaya, berlagak dan humble dan berbudi bahasa tu, tunduk kat korang, panggil korang "Doctor", even though korang bukan lah doktor!, best tau tak feeling tu. HAHA, walaupon banyak stressful phase, tapi keinginan tu lah menjadikn semua benda ni sweet dan memorable sahaja.

Tapi kan.... macam mana pon best nya feeling tu, akak tetap rasa nak quit jadi dietetic ni bila musim clinical exam, tak kisah la dalam ward ke clinic ke, mesti akak rasa, Ya Allah kenapalah aku pilih kos ni??!, tapi lepas habis je clinical exam tu, sejurus keluar dari clinic atau ward tu, waktu tu lah akak akan cakap. YES, this is what I want!!! Memang nak sangat-sangat jadi clinical dietitian!.

* * * * * *

So, berdasarkan senario yang akak cakap tu kan, menjadikan semua graduan dietetik (majoritilah) nak menjadi seorang clinical dietitian. Bila kerajaan umumkan, position untuk majoriti healthcare profesional dalam SPA di bekukan, semua pon jadi frust! Termasuklah akak. Tapi yang swasta masih ada!, cuma compete sedikitlah. Swasta punya stress sikit tak boleh rilek-rilek macam kerajaan kononnya. 

Tapi kan hakikatnya, Kita ni pemegang ijazah dietetik. Asasnya. Dietetik ni adalah berkaitan dengan makanan!. Semua bercakap pasal makanan okay. Kita cuma ada extra dekat klinikal dan kita masih ada banyak kelebihan. Banyak lagi kelebihan kita. Kerja dekat nutritional support company, jadi catering dietitian, jadi food service manager dan semuanya berkaitan dengan makanan

Tapi itulah..... semua nak jadi clinical dietitian , termasuklah akak, sampai lupa peluang kerja yang lain. Hakikatnya, menjadi seorang dietitian ni, kita boleh cantas kerja orang (sorrryyyyyy hehehehe), kita ada semua benda, dan ada kelebihan dalam clinical setting, siapa yang tak nak? Even Doctor pon tak master macam kita?

Apa je ijazah yang pandai clinical dalam masa yang sama tahu pasal ubatm tahu pasal penyakit, tahu pasal hospital, tahu pasal dapur, tahu pasal masak, tahu pasal bussiness, tahu pasal food service, tahu dalam supplement makanan tu ada apa kebaikan dan keburukan, dan tahu serba serbi!. 


Akak pon dalam state masih mencari kerja macam fresh graduate yang lain, ada member budak medic oversea, balik Malaysia masih duduk rumah dan akhirnya guna sosial media untuk promosi diri akhirnya jadi model. Dunia zaman sekarang kita tak leh memilih, tapi hakikatnya akak frust gak lah. Walaupon akak nasihat korang macma ni, tapi hakikatnya akak tetap nak jadi seorang clinician gak. Korang doalah ekonomi Malaysia ni makin okay dan mantap, maklumlah korang kan masih muda, dosa pon masih kurang, insyaAllah hati bersih, Allah perkenankan doa tu. So, marilah berdoa sama-sama untuk masa depan semua. Amin.

Tapi ada satu benda yang akak bangga menjadi seorang dietitian ni ialah:


Orang luar nampak benda ni, dorang akan cakap: 

"Ini Nasi Kerabu, sedaplah, harga mahal ke tak?"

Seorang dietitian nampak benda ni :

Okay, nasi guna colouringkalau terlalu overconsumption, maybe akan dapat side effect yang kita tak nak. Contohnya tumor.

Patient yang ada kanser atau immunocompromised, tak leh makan benda ni, sebab ada benda-benda raw. Sayur raw, cili tu pon raw gak

Kulit ayam tu nampak sedap je, tapi kalau asyik ambil je, memang akan tinggikan aras LDL dalam darah, lepas tu boleh lead dengan penyakit-penyakit heard disease dan stroke.

Dia guna telur masin lah, tapi kita prefer telur ayam biasa je bagi makan kat pesakit hypertension. Kalau tak control, boleh menyebabkan, rosak buah pinggang lah, stroke lah dan macam-macam related disease. 

Sambal tu pon sedap gak, walaupon sikit, tapi kalau terlalu oily, selain menaikkan aras LDL dalam darah iaitu kolesterol jahat, dia akan menyebabkan obesiti okay. Bila ada obesity, macam-macam lah penyakit datang. Sebut je semua jenis penyakit, semua tu akan menjadi risiko sebab obesity!. 

Ni baru dari kaca mata seorang dietitian, belum lagi nak keluarkan ilmu food services and management. 

* * * * * *

Adik-adik sekalian, walaupon terdapat akta yang protect certain career, sebab takut di ganggu oleh kita, tapi mereka tak boleh deny yang kita boleh menjadi mereka dan extra in clinical. Nak buat macma mana, dah dietetik ni meliputi banyak aspek. 

Hakikat utamanya, ramai je senior akak yang asalnya graduan dietetik kini menjadi seorang nutritionist. Maaf kawan-kawan nutritionist ye,, hahahaha. bukan niat nak tinggikan competitian, tapi tu lah, kita berkongsi ilmu yang sama :)

Terima kasih sudi baca. Akak buat post ni, sebab korang tengah pening pasal isu UPU kan, harap membantulah ye. Dan doakan lah akak dan kawan-kawan akak yang lain dipermudahkan jalan kejayaan. 

Amin dan bye bye!