Sebelum start, mari aku bagi kata-kata semangat dengan kamu semua:

Travel used to be one of the luxury things to do in life. So, people don't really look for it as it will involve such a great expenses. But, sad no more, everyone of us can afford going places, it just needs some experience or at least hardworking enough to read people's experience and to be insipred. Just a little skills needed to be able to save while traveling! I hope this post will inspire all of you to take a further step to change your life and.. start to experience one of the greatest things to do in life. Nah, hopefully this post will inspire you to experience the world!.
Honestly, It's an honour for mammiapappia to be read by you. 

* * * * * * * * * * * * * * *

Hai, kita berjumpa lagi di Part 2 untuk Tokyo Trip aku. haha. Terima kasih kerana stay tuned okay. Tanpa membuang masa, sila la baca informasi dan tips-tips yang aku rasa berkaitan!.


PAKAIAN

Berdasarkan pengalaman aku selama bercuti ke oversea waktu winter, baju banyak tu is rubbish ya. Dia hanya memenuhkan beg dan memberatkan sahaja. Walhal, aku tidak guna pon. Setiap kali aku pergi mana-mana, aku akan bawak 2 pasang baju utk sehari, means kalau 7 hari, maka akan ada 14 pasang baju lah. Tapi hakikatnya, aku hanya guna beberapa pasang sahaja. Kecuali you go waktu summer mungkin bole guna pakailah baju yang banyak-banyak tu.

So, untuk winter ni, apa yang penting ialah coat yang bersesuaian dengan korang lah. Kalau korang nak tangkap gambar dan post kat insta, patutnya bawak variasi coat yang banyak dan berbagai-bagai. Untuk aku, hari tu aku bawak 4 jenis coat. 3 pasang kasut dan 1 sandal. Kasut yang aku bawak pulak, satu boot, satu lagi sport shoes, sneakers dan sandal. Tapi sandal tu tak pakai pon kat sana. Just bawak untuk persediaan.

So, jom tengok gambar-gambar kat bawah ni.


Ini ialah disekitar housing area kami. Dekat Akabane. Sorry for that awkward pose.



Sepatutnya aku pakai kasut yang kalis air untuk salji ni, tapi nampaknya tiada masalah untuk pakai sport shoes pon. Ni waktu kat Fujiten Snow Resort.


Yang ini aku pakai sneakers waktu dekat DisneySea.



Leather jacket.


Ni waktu kat Meiji Shrine.


Perlu tak pakai baju thermal ataupon long john?? Sejujurnya, aku tak pakai pon, kecuali waktu pergi kat Fujiten Snow Resort, aku pakai tiga lapis, satu yang kain jersy tu, lepas tu, aku pakai long sleeve cotton knit turtleneck, lepas tu baru pakai winter coat. Aku rasa boleh tolerable saja dengan cuaca tu, cuma apa yang problem ialah bila windy. So, kalau windy, memang susah sikitlah. Memang sejuk terketar-ketar. Tapi in case kalau korang nak pakai long john, boleh je pakai, lagi bagus dan selesa. Selain itu, korang bolehbeli hot packs kat convenience stores dia. Tapi, aku tak beli pon. Tapi, pakai gloves dan stokin tu penting!. Serious!, dan untuk kali ni, aku telah membuat satu aksi berani mati sikit, sebab aku tengok banyak je orang pakai skirt pendek walaupon winter, dan maybe dorang ada hot packs, maka aku pon pakai je seluar legging yang nipis tu. Kesimpulannya, sama je, tak memberi effect pon, aku rasa kalau pakai nipis kat betis pon tak pe jugak. Masih boleh tahan kesejukan tu.


BERMALAM KAT AIRPORT??

Yes, selalunya kalau korang naik Air Asia kan, flight akan sampai lambat dan train waktu tu da hampir tamat waktu operasinya. So, takut korang akan rushing je lah. Dan tak sempat nak naik train. So, alternative lain ialah, korang stay je lah kat airport ataupon, kalau naik teksi ke tempat kediaman. 

So, kalau korang bermalam kat airport kan, tempat mana-mana pon okay ja, tapi biasanya tempat ramai orang berkumpul tu selalunya kat level 4 dan level 5. Korang pilih la tempat selesa nak tidur. Kalau korang naik kat tingkat 5, banyak benda cantik-cantik kat sana. Observation deck pon kat situ gak. Kalau waktu winter, ada gak hotzone kat situ.


ADA WIFI DAN TEMPAT CHARGE TAK KAT HANEDA AIRPORT DAN TEMPAT-TEMPAT SEKITAR TOKYO?

Yes. kat sana ada tempat charge devices, dan ada jugak wifi. Kat sana, nanti korang boleh sign up guna email dan setiap free wifi ada time limit. Contohnya, kat Haneda Airport, ada free wifi yang limit penggunaannya hanya 360 minit sahaja. Lepas dari 360 minit tukamu kena sign up semula. Sign up tu pulak, macam biasalah, guna ja emel yang macam mula-mula tu. Banyak jugak tempat-tempat kat Tokyo yang provide free wifi, kat JR station pon ada jugak. Jangan risau, jepun negara yang maju, so, banyak gak tempat-tempat yang ada free wifi. Tapi, kalau korang nak sewa pocket wifi pon, rasanya takda masalah pon. Dan, kalau nak jimat, pastikan, tempat penginapan tu memang sedia wifi yang laju ya. 

Untuk tempat charge, semua boleh guna dekat airport tu. Cuma bezanya, kita terpaksa guna international adapter. Contoh international adapter yang boleh guna untuk Jepun ialah macam ni



Boleh beli universal adapter. So, senang, boleh guna pakai untuk semua negara kat dunia ni.



APA BEZA NARITA AIRPORT DENGAN HANEDA AIRPORT? NAK LANDING KAT AIRPORT MANA SATU?

Okay, Narita dan Haneda ialah 2 airport yang ada kat Tokyo okay, so, kebiasaanya, Narita Aiport ialah untuk most of the international flight dan Haneda Airport selalunya untuk domestic dan ada jugak international. Kalau korang naik Malaysia Airlines Berhad (MAB) korang akan landing kat Narita Airport. Kalau korang naik Air Asia, korang akan landing kat Haneda. Dulu, ada option untuk landing kat Narita Airport. Tapi, sekarang dah takde dah. So, semua Air Asia akan landing kat Haneda Airport. 

Narita Airport ni jauh gak lah dari Tokyo, lebih kurang 60 km. Kalau Haneda Airport dekat sahaja, lebih kurang dalam 15-20 km untuk ke tengah bandar. Cuma bezanya, kalau Narita banyak sikit choices untuk public transport. You named it. Semua ada. Kalau Haneda, tak sebanyak Narita. So, aku rasa better jugak la landing kat Haneda Airport, sebab jimat sikit. 


MASA

Beza waktu kat Jepun dengan Malaysia adalah sejam. Jepun adalah awal sejam berbanding kat Malaysia. Dan, untuk waktu winter ni, waktu siang adalah pendek berbanding waktu malam. Kul 6 pagi, matahari masih lagi samar-samar nak keluar. Tapi bila malam, kul 5 tu, macam dah kul 10 malam!. TakdelahHehe. Kul 5 tu dah gelap dah. So, kalau nak keluar waktu winter, kena rancang lah itinerary dan percutian bagus-bagus supaya banyak dapat cover tempat!

APA YANG MAHAL SANGAT KAT TOKYO NI?

Okay, meh la terus terang aku cakap. Sebagai insan yang sederhana, aku rasa, semua gak mahal kat Tokyo hahahahaha. Cuma yang aku rasa memberi kesan yang signifikan ialah, public transport macam train, bus dan taxi!. Bayangkan, dalam sehari kau boleh habis 1260-2000 yen untuk train sahaja!, iaitu bersamaan RM49-Rm69 (approximately, based on RM39 = 1000 yen). So, pengajarannya, kalau hotel atau tempat penginapan korang tu berada dalam kawasan bandar, walaupon mahal, amik ja la (lepas buat timbang tara dan kira bajet antara penginapan dan transport. Kalau lebih kurang sama, rasanya tiada masalah pon. Amik yang dekat dengan bandar dan tengok betapa lively nya keadaan Tokyo pada waktu malam tu.

Untuk kaki shopping, tempat-tempat macam Harajuku tu sesuai la untuk wanita, dan Ameyoko Street market tu sesuai sangat untuk lelaki. Tapi, aku rasa harga lebih kurang dan ada mahal sedikit, sebab duit kita dah jatuh kan!.

Lepas tu, kalau dulu, bila orang cakap shopping kat Uniqlo Japan adalah murah berbanding Malaysia. I said Nay untuk waktu sekarang. Kalau dulu, rate duit masih okay, so fakta tu boleh ambil kira lah. Tapi, bila rate duit dah semakin jatuh, aku rasa benda tu sama sahaja!. Cuma yang bezanya, kalau beli kat Japan, pembelian melebihi 5000yen akan dapat tax free dengan syarat bawak passport dan korang akan dapat satu resit dan dia akan tampal kat passport tu. Aku rasa faktor-faktor macma tu ja yang buat sesuatu barang tu leboh murah beli kat negara asal tu sendiri berbanding beli kat negara kita. Tapi, dengan rate duit yang semakin jatuh, aku rasa semua tu sama sahaja. Tiada beza pon.

Selain itu, sebab Tokyo ialah bandar dan sebuah negara yang maju, taraf hidup pon maju jugak lah. Tapi jepun pon banyak hutang jugaklah, bukan disebabkan perdana menterinya, tapi disebabkan bencana alam lah. Walaupon macam tu, benda yang paling murah kat sana ialah Onigirinya! Hahaha. Tanyalah sesiapa yang pernah pergi ke Japan, of course semua akan dapat merasa Onigiri ni.

MAKANAN

Kalau soal makanan, imigresen Jepun rasanya tak se-strict imigresen Australia, sebab kami bawak satu beg besar makanan masuk ke negara Japan. Dalam beg tu, ada 10 packs Mee Goreng Sedap, ada ikan goreng, ada ikan tin, ada sotong tin, ada Maggi Hot Cup, ada biscuits, dan ada Bajau Foods dan bermacam-macam jenis makanan lagi yang kami bawak. Jangan risau, makanan tak basi untuk yang cooked foods, sebab kami panaskan semula dan cuaca adalah sejuk. So dari makanan nisemuanya jimat. Cuma ada beberapa part yang kami makan kat luar, sebab nak rasa makanan kat Jepun jugaklah. So tips untuk tanya makanan tu ialah macam ni, try lah sikit kecek Jepang sikit.

"Buta Haiteru? Sake Haiteru?" 
Dalam ni ada babi tak? ada arak tak?


Lepas tu, dorang akan terangkanlah ingredient dalam makanan tu. Memang tersangat baguslah mereka ni. Ada satu masa tu kan, waktu si Yna nak beli roti, dia tanyalah benda tu, lepas tu, orang kedai tu, terus tanya straight away kepada pembuat roti tu. Lepas tu, dia terangkan lah apa dalam dia tu. Memang sangat best lah!. Lepas tu, jangan terlepas pandang dengan makanan yang guna lard ye kawan-kawan. Tanya jugak, ada guna lard ke tak? Macam tu lah. Klik SINI untuk tahu makanan apa ja yang kami dah makan kat sana.

                                                           Thank you for reading!

Sila klik sini ya untuk baca post-post seterusnya