Hai semua, so kali ni, aku akan kongsi makanan-makanan yang kami dah makan kat sana dan beritahu serba sedikit mengenai makanan tersebut. Ini adalah kesinambungan dari post post aku yang berkaitan dengan Tokyo, okay. 



1) HARAJUKU CREPE

Okay, kalau korang ni jenis yang suka makan crepe, kat Harajuku banyak jual crepe, ada yang di jual di tepi-tepi street tu, dan ada jugak satu kedai yang jual Crepe ni sambil korang duduk-duduk untuk makan. Tempat tu di panggil JOL Harajuku. Macam tempat lepak-lepak budak-budak remaja kat sana lah. Crepe dia dalam range 400-900 yen.



Ni tempat dia. JOL Harajuku, banyak jenis crepe korang boleh try kat sini. 


Ini ialah Crepe yang aku dah makan. Share dengan adik aku, sebab makan sikit pon dah okay dah. Tapi kalau korang hantu crepe memang tak cukuplah kalau kongsi berdua kan. 


Waktu kami pergi niada idol group dari Osaka tengah buat show. Kau bayangkan kami the only group yang pakai tudung lepas tu terkinja-kinja melambai-lambai gitu. Konfem semua orang notice kan. haha.



2) DONER KEBAB

Okay, aku rasa kat mana-mana negara yang aku pergi, confirm akan ada jual kebab ni. Majority orang yang jual ni, dari Iran lah, dari negara-negara kat timur tengah tu, tapi dorang dah stay lama kat Jepun, so memang fasih jugaklah cakap Jepun. Kebab ni ada jual kat Ameyoko Food Street, ada dua gerai yang jual kebab ni, dua-dua milik orang yang sama. Range harga dia dalam 500yen-600yen. Aku tak berapa gemar sangatlah makan kebab, tapi boleh lah untuk lunch. Dia memang sangat mengenyangkan, dan rate of spiciness dia ada berbagai-bagai jenis, aku ambil super spicy memang lah tak mampu aku makan. Kau bayangkan, makan pedas dalam winter. Habis peluh jantan keluar. 

                   

Walaupon aku tidak berapa gemar dengan kebab, tapi aku makan dengan penuh selera gak lah. Hehe.



3) MAKANAN HALAL  KAT HANEDA AIRPORT (MRS ISTANBUL) 

Okay, kat Haneda Airport, ada jugak makanan halal di sediakan di sana, kat level 4 ada jual makanan halal dari Turki. Chef nya memang orang pure turki, kadang-kadang orang yang jaga kaunter tu, student Indonesia yang boleh speaking cakap jepun, sebab dorang buat part time kat sana. Nama kedai tu ialah Mrs. Istanbul.

Macam ni lah gerai dia. Siap ada ice cream turki lagi kat situ. Kat sini, dia jual nasi pon ada, jual kebab pon ada, semua halal don't worry. Dia ada pelbagai choices kat sini. 


Nah, aku sempat snap gambar ni khas untuk korang!. Lagi satu, korang boleh download application untuk tengok restoran-restoran halal kat Jepun okay. Jangan lupa ambil kad ni, kalau korang singgah beli makanan kat sini. 


Tu dia student yang buat part time kat situ. Untuk menu kat sini, korang boleh pilih set termasuk minuman sekali dan boleh jugak buat a la carte. Tapi set lebih memadai kot

  Semua harga makanan berat dia mula dengan 680 yen. Kebab tu sebenarnya, kita boleh request nak tukar roti tu pergi nasi ke atau tukar pergi wrap ke, semua tu terpulang ngan korang. Macam kami, pilih jenis nasi, aku hampir nak try burger punya style, tapi takpela, amik nasi je lah. 




Ni, kawan aku punya makanan, dia amik beef, korang boleh gak pilih, nak beef ke nak ayam ke. Semua tu boleh nego! Haha.





Yang ni pulak, ialah aku punya, aku request nak mackerel, instead of chicken dan beef, lepas tu sauce dia tu aku request nak garlic yogurt. Lepas tu, chef dia terkejut tengok aku. Dia kata, no.. no... we are muslim, you know we cannot mix fish with milk/ yogurt as Rasullulah said... Lepas tu, aku pon terus teringat benda tu, lepas tu, aku cakap, nevermind. Just give me the Chili Sauce, and please add a little bit of garlic yogurt sauce, because I want to try . Just a bit okay? Then, dia pon okay je, terus bagilah. Bagus jugaklah peniaga-peniaga macam ni. Sambil berniaga sambil mentarbiah! haha.




Ini ialah minuman yang satu set dengan makanan kami. Yang Japanese Tea tuaku punya dan c Yna. Orange tu c Lala punya, dan yang cola tu of course la c Adeng. Total untuk set punya makanan ialah 880 yen. 


4) MAKAN DEKAT DISNEYSEA

Okay, korang kena ingat, dekat Tokyo DisneySea, memang susah nak cari lambang halal. In fact, memang tiada pon, so, korang kenalah pandai-pandai kenal pasti, restoran mana yang nak makan. Dalam DisneySea punya map, dia akan bagi senarai makanan-makanan yang ada dekat sana, dan range price, dan apa jenis makanan yang dorang serve. Dia ada beritahu sedikit sebanyak pasal menu dia. So, nanti kalau korang makan kat sanakorang pilih lah menu vegetarian atau pon seafood okay. Kat DisneySea haritu, kami makan dekat Zambini Brothers Ristorante, aku pon tak pasti dia makanan dari negara mana, rasanya, dari Italy ke? haha, tapi makan kat sini sedap gak lah.



Nah, ini ialah entrance restoran ni, dia macam ala-ala 90-an sikit. Zaman-zaman cowboy punya restoran.



Sebab, kami dalam kawasan Venice Dan Italy something, so aku rasa sebab itulah, restoran dia ni jadi macam ni kan. Hahah. Maksud aku, di hias macam ini. 


Ni waktu nak order tunggu makanan, order, waktu kat hadapan tu. Dah siap bayar, proceed pergi tempat ambil makanan.



Beginilah keadaannya, tempat makan kami tu.




Ni makanan yang kami order. 3 orang order Seafood and Rice Casserole dan dia dia macam ala-ala baked rice tapi seafood. Aku order pizza. Pizza aku tu Tomato dan Cheese. Sedap sangat okay, harga pon dalam 670 yen sahaja.. yang Seafood ni dalam 820 yen.




Minuman ni, ambil dekat sana, free ja, tengok betapa kayanya Disney ni kan, cup minuman pon ada lambang dorang, untuk semua restoran okay. 



Lepas tu, Adeng beli yang chips tusebab dia lapar. Tapi dia tak habiskan pon. hhaha.



Sedap banget pizza tu, rasa nak makan lagi. 


Resit ponkami gambar jadikan kenangan.







Nah, selesai menghabiskan makanan. 


Perbincangan serius antara kakak-kakak mengenai destinasi yang ingin di tuju. *Kak Adeng, sedap banget ya chips nya?*

Selain itu, ada jugak jugak snek ala-ala churros yang korang boleh makan kat sana, beli kat gerai-gerai kat sana je, sebab waktu tu, confirm korang nak something yang sweet dan boleh di kunyah2 kan. So, aku beli Chocolate flavour dan Adeng beli Sweet Potato. Dua-dua tu aku suka makan. Haha. Harga 360 yen sahaja.




5) TAKOYAKI

Kalau datang ke Jepun, confirm lah korang memang nak cari all time favourite kat negara tu kan, salah satunya ialah Takoyaki. So, takoyaki ni sebenarnya bersepah di jual kat sana. Cuma kami tak berapa mencari. So, kami makan kat restoran Takoyaki kat Ameyoko Street Food. Takoyaki tu harga dia 550 yen, dan ada 8 biji dalam dia. Rasa dia memang sedap sangat-sangat I tell you ya.



Tetiba je aku rasa menyesal berkongsi Takoyaki dengan dorang, tapi waktu tu kami tengah kenyang, so nampak kedai Takoyaki terus makanlah.

6) DORAYAKI

Okay, macam yang aku cakap kat post ak before ni, kalau korang was-was dengan makanan tu, cuba tanya orang tu, pasal ingredient makanan yang korang makan tu, macam yang dorayaki ni, kami pon mempraktikkan bahasa Jepun yang baru beberapa hari kami belajar, dan berjaya hahaha. So, untuk dorayaki ni, kami tanya kat orang tu pasal ingredient semua. Alhamdulillah, boleh la kita makan.



Dorayaki ni, kami beli dekat Airport, kedai dessert rasanya, bersebelahan dengan restoran halal tu.kat level 4. Harga dia dalam 360 yen.


Untuk sesiapa yang tak tahu, saya sebenarnya penggemar beans, semua jenis beans ye, especially red beans. So, of course lah aku pilih red beans kan. Hehe.



Bukan ini sahaja, kalau korang pergi ke Asakusa, kat sana korang akan jumpa Asakusa Nakamise Shopping Street on the way nak masuk ke Sensoji Temple, kat situ korang boleh jumpa makanan-makanan yang sedap, dan majoriti daripada mereka tahu apa tu makanan halal. Waktu kat sini, aku dan Adeng beli Dorayaki jugak. Sedap yang teramat okay.



Dalam dia ialah Red Beans dan Sweet Potato. Cuma syaratnya kalau korang beli makanan kat sini, korang kena makan depan kedai tu sendiri. Sebab shopping street nidia on the way masuk ke Temple. So untuk respect temple tu, korang kena makan makanan tu sampai habis kat gerai yang korang beli tu. 


Waktu ni, c Ina dan c Lala tertinggal kat belakang. Sebab dorang tengah makan ice cream matcha dan  oreo, aku pon lupa apa ice cream dorang makan, tapi yang pasti, dorang kena habiskan benda tu, before masuk dalam temple. 

7) HALAL RAMEN (NARITAYA HALAL RAMEN)

Okay, kalau korang pergi ke Asakusa jugak kan, korang akan jumpa Naritaya Halal Ramen ni. Restoran ni, pemilik dia ialah orang jepun jugak, tapi tinggal kat Johor Bahru. Tapi waktu kami makan kat situ, pemilik dia ada datang. Maybe balik bercuti kot. Haha. Personally, aku tak berapa gemar ramen ni, untuk mencuba boleh sahaja, tapi untuk makan untuk kali kedua, rasanya tidak lah. Sebenarnya, banyak jugaklah restoran halal dekat kawasasan Asakusa ni, tapi ada yang bukak lambat. So, kami tak dapat pergilah



Ni kedai dia. Awal Ashaari dan Scha pon pernah makan kat kedai ni, waktu program Lara oh Lara tu.



8) ONIGIRI

Siapa yang tak kenal Onigiri ni lepas balik dari Jepun memang aku tidak tahulah mahu cakap macam mana. Onigiri niboleh beli kat convenience store. Contohnya, dekat Lawson, Family Mart, 7 Eleven, dan macam-macam lagi convenience store yang ada dekat Jepun tusemua ada jual. Cuma, aku rasa, aku lebih familiar lagi dengan Lawson berbanding kedai-kedai convenience yang lain. Dan aku rasa, kenapa aku lebih prefer beli dekat Lawson sebab dia ada tulisan bahasa english. So, senang sikit untuk aku faham. Untuk Onigiri nibeli lah yang seafood punya. Jangan pulak korang memandai-mandai ambil ayam lah, daging lah.. dan benda-benda yang tidak sepatutnya ya. Kalau korang dah memang rindukan Onigiri boleh lah beli kat Aeon, ataupon beli dekat Family Mart dekat KLIA2. 



Nah, ni contoh Onigiro. Tapi kami tak makan yang ni. Ni gambar ihsan dari Google saja


9) SNACKS








Ini ialah contoh-contoh gula-gula yang aku suka makan kat sana. Tapi ak tak snap gambar pulak, tetapi, aku ternampak dekat Family Mart di KLIA2, aku masuk... dan ternampak ini...... mahalnya kat sini.... bila aku kira semula, harganya ialah 130 yen dan 198 yen setiap satu. Hmm. Lebih kurang jugak lah. Tapi ada mahal sedikit lah kat Malaysia. Kalau rindu kat sweet kat Jepun, boleh jugak ah pergi ke Family Mart. Aku suka gak lah makan benda ni, sebab dia kenyal-kenyal sikit. Serius, kalau aku tahu, baik aku borong je kat sana. Takpela, kalau ada rezeki, next time boleh pergi sana jugak.



Potato chips!


Okay, ni dorang yang beli. Sedap jugak!.


10) ICE-CREAM





Ice cream pon korang boleh makan okay. Yang ni si Lala punya, tapi di campur Dorayaki. 
Ada juga ice cream yang Lala dan si Ina makan. Tapi aku tak dapat trace kat mana


11) MOCHI

Dari lubuk hatiku yang dalam, aku rasa, Mochi adalah makanan favourite aku di Jepun. Seriously. Sampai sekarang aku terngiang2 untuk makan benda ni. Menyesal aku tidak borong last time. Kalau borong pon, confirmlah aku jadi papa kedana kan ahhaha. 





Ni Original Mochi yang si Ina beli dan disaluti kacang





My All time favorite punya mochi!. Green tea dan red beans. Rasa dia memang sedap banget!


Yang ni Chocolate Mochi. Sedap jugak, tapi ak prefer yang fillings dia red beans. Waktu ni aku beli kat Mt.Fuji. 





Sebenarnya aku teringin sangat makan buah. Nah, aku pon sempat jugak beli Pisang ni kat Lawson. 


Okay, sejujurnya, dalam trip ini, aku rasa, adalah satu kerugian buat kami untuk tak pernah try rasa Shushi dan makanan-makanan kat Tsukiji Food Market. Insya Allah, kalau ada rezeki untuk pergi ke sana, tempat pertama yang aku jejak ialah makan dekat Tsukiji tu!. Sekian, terima kasih. 


Sila baca kat sini untuk post-post sebelum ini: