Again, sorry for the long hiatus. Guess, what I am up to. I am going to do a blogpost about my Tokyo Trip. I will update this on bahasa Melayu. Banyak benda aku nak muntahkan kat sini mengenai tokyo, berjuta-juta gambar yang kami ambil, lepas tu mestilah aku rasa macam over sangat nak update bejuta gambar tu kat instagram dan facebook. Kalau dulu, budak baru nak up sikit, so tak kisahlah update gambar bejuta sekalipon dalam satu masa. So, apa gunanya ada blog kan. Untuk post ini aku akan bahagikan kepada beberapa part, nanti korang klik je la link kat bawah ni okay, tapi ada certain yang aku tak update lagi, so link tu takde fungsi lagi. Nanti aku akan buat dia berfungsi bila da ada post mengenai itu.

Tips dan Bajet ke Tokyo, Jepun waktu winter
Percutian ke Tokyo selama 10 hari 9 malam
Tips dan Cara-cara ke Disneysea, Tokyo.
Bagaimana hendak ke Mt Fuji dan bermain salji? 


Hahaha. Tajuk punya bimbo habis. Okay, waktu aku tengah menaip benda ni, aku tengah di ambang untuk check out dari tempat tinggal kami untuk pergi ke Haneda Airport. Well, Aku memang nak manfaatkan semuanya kemudahan dengan internet sepantas buroq ini. Seriously, aku memang tak nak balik weh, sebab you know lah kan, masuk sem baru ni, confirm la aku start semula dengan klinikal yang mana memang tersangatlah menyeksakan. OMAIGOD. Lagi-lagi pula kali ini, kami bukan sahaja rotate ward, tapi da rotate hospital sekali. Please lah.

So,marilah anda- anda semua membaca kisah percutian saya ke Tokyo yang selama 10 hari ni.Waktu ni, aku rasa, ini ialah antara  tiket aku yang paling awal aku beli, biasanya aku akan beli tiket untuk bercuti sebulan awal sebab takut clash dengan mana-mana hal universiti. Maklumlah, jadual universiti aku tersangatlah tak best, kekadang ada terganggu jugak lah waktu cuti. So, memang berani mati lah aku ni sebenarnya. Wakltu aku beli tiket ni, aku tak tau lagi jadual klinikal macam mana, yang aku tau UKM start cuti 16 january sampai 13 February. Memang betul-betul waktu befday aku weh. So, betapa sukanya aku dengan fakta tu. Lepas tu, fikir punya fikir, aku pon beli lah tiket pada 18 January sampailah 26 January. Nasib lah aku ada kawan yang sanggup mengiyakan percutian ini. Kami pon rancanglah macam-macam dari utara ke selatan Jepun tu, last-last end up kat Tokyo sahaja.



Ini lah kawan aku, nama dia Nurakmalina Julaihee. Nama glamour, seketul adeng, last jumpa waktu orientasi kat matrik, 4 tahun lepas. See, how Facebook connects people? 


Lepas tu, bila da book accomodation, flight tickets semua, hotel kat KL, bayar tour guide dan semua lah benda yang mengeluarkan duit. Tiba-tiba pulak ada satu benda yang tersangatlah azabnya berlaku dalam hidup aku. 

"To those who failed in Clinical Exam, Will require to extend their attachments and will need to resit for an exam"

OMAIGOD. Betapa pell-mell nya aku dengan kenyataan tu, habislah terganggu semua aktiviti aku, lepas tu aku berada dalam mode yang tersangatlah stress dan depression sangat-sangat sebab ak takut aku akan fail dan ganggu semua planning aku. Sampailah satu saat tu, aku rasa, aku tetap nak pergi gak, kalau resit pon, aku tetap nak pergi jugak. Tak kisahlah aku nak pergi jugak. Last-last waktu exam tu, aku dah pasrah dah. Tak pergi pon xpela, yang penting aku berjaya grad on time. So, aku pasrah sebab aku suda berusaha sehabis mngkin. Kalau tak pass, nasib dah la. Lepas tu, aku pon siap gitau dalam group aku yang mungkin ak tak jadi pegi Tokyo sebab bla bla bla. hancur pulak hati den teringat betapa merananya den waktu itu. Lepas tu, aku blame diri sendiri, asal aku beli tiket awal sangat. Semua tiket yang aku beli awal, konfem akan burn. Lepas tu, aku salahkan plak kos aku, asal tak gitau awal-awal pasal benda ni. Lepas tu, sekali lagi aku pasrah. Berkat doa mak ayah aku dan ahli keluarga serta rakan-rakan yang lain, maka aku pon berjaya lulus dalam dua-dua klinikal exam tu. Sampai melompat-lompat aku weh, baca email banyak kali yang aku sudah lulus dengan benda ni. Maka, bermulah la aku buat intensive planning pasal tokyo ni. Tapi sejujurnya, dalam lubuk hati aku yang dalam, aku memang yakin aku pass exam ni, sebab aku percaya: 

"Manjadda Wajadda, whoever strives shall succeed" 

Peribahasa arab yang aku ingat sampai sekarang, bukan apa, sebab aku ada problem obses dengan diri sendiri, even nama aku pon, aku angkat setinggi langit. Sorry okay. Contohnya, Masfara Wahidah  initial letter ialah MW, lepas tu, Manjadda Wajadda, sama gak MW, Majalah Wanita, MW, Menteri Wanita, MW. Korang nampak tak betapa aku suka relate benda-benda hebat dengan nama aku. Sampai satu saat suatu ketika dahulu, aku memang nak jadi menteri wanita, kalahkan Shaffiee Apdal tu. Haha. Sorrylah terbongkar pulak rahsia diri sendiri. 

Lepas tu, adik aku pon join sekali, kawan dia pon join sekali. So, kami pon jadi berempat dalam trip iniNanti, post lepas ni baru aku update semuanya okay. Tapi aku memang nak cakap, ini ialah trip aku yang pertama sekali in a group dengan kawan-kawan. Awesome dia lain macam. Dan ini ialah trip pertama aku untuk tahun ini. Ada 3 trip lagi sebenarnya. Itu, nantilah aku cerita kalau aku ingat okay. 

Nanti aku update yang lain okay. Soalnya, guwe itu pengen rilek2 sekejap.
 Bye semua. Stay tune. 

Thanks for reading ❤️