Minggu lepas, all of us went to the islands located in Semporna named, Pulau Bohey Dulang dan Pulau Sibuan. Basically, trip kami ini telah dirancang seminggu sebelum tarikh kejadian. So, waktu tu, masing-masing tengah fikir ayat nak minta permission from parents.

Untuk trip kali ini, sewa bot dari Pekan Semporna ke pulau-pulau yang kita nak, ialah RM500 dan maksimum muatan sebanyak 12 orang. Bermula dari 8 pagi sampai 4 petang. Buat pengetahuan semua, ini adalah day-trip. Sepatutnya, kami boleh pergi ke 3 jenis pulau. Tapi, disebabkan masa amatlah mencemburui kami dan kami sangat mesmerise melihat keindahan pulau-pulau yang telah dilawati, menyebabkan banyak masa yang telah dihabiskan. Means, we dragged everything because of this awesome sceneris. Hence, we only managed to go to 2 islands instead of 3.   At first, we planned to go to Bohey Dulang, Sibuan and Mataking Island, but, we were so excited and forgot to allocate time for each of the islands. To maximise our enjoyment level, we sticked to Bohey Dulang and Sibuan Only.

Trust me, as a first timer, you would die of these islands's prettiness. Because, it was my first time been there at Bohey Dulang and second time on Sibuan. Tapi still, I was like oh, can I just stay here??! . I promised you it will be a great experience for you.  Okey, as mentioned earlier, total untuk pergi ke pulau sahaja ialah RM500 dan I recommend this person for you.  Sewa untuk snorkeling ialah RM10 dan makanan tidak disediakan. Sebabnya, kami dah bahagi tugas untuk bawak makanan dan each of us has our own tasks.

Untuk trip kali ini, kami dapat melawat ke perkampungan orang Bajau Laut yang memang hidup dan matinya atas laut. Mungkin termasuk dalam pakej jugak la. Kami pergi ke Bod Gaya Island.





Untuk masuk ke pulau, kita kena ada permit dan permit masuk ini akan diuruskan oleh orang yang menguruskan bot kita tu. Contohnya, kalau kita sewa dari A, A akan uruskan semua yang berkaitan dengan bot dan permit masuk untuk ke pulau. Permit masuk tidak termasuk dalam RM500 tu, tapi murah ja pon, harga is stated dalam kad kat atas tu. RM2.12. Waktu nak buat permit ni, kita kena bagi full name dan juga number kad pengenalan atau pon number passport. 

Pulau yang pertama kami pergi ialah, Bohey Dulang dan yang kedua ialah Pulau Sibuan. Logiknya, kami pergi Bohey dulang, adalah disebabkan aktiviti kat Bohey dulang adalah mendaki dan ke Pulau Sibuan ialah berenang dan bermandi-manda. 


Bod Gaya


Jangan pandang sebelah mata ya, they can speak English and Chinese even fluent from you. Maybe sebab dorang dah biasa denga tourist. Kat sini dorang macam nak buat pertunjukan sebab banyak sampan-sampan dan anak-anak bajau laut yang tengah bermain-main di atas laut. Tapi I only managed untuk snap gambar ini.




Another visitors yang visit Pulau ni. Sexy Lady gitu. 



Oh Hi? Peace!


Bohey Dulang






Jaket keselamatan juga disediakan dan diwajibkan untuk each of the passenger untuk pakai, kalau tidak, nanti kena saman oleh Maritim pulak.





Akhirnya, kami tiba kat Bohey Dulang.





Pemandangan dari bahagian kanan.
No words can describe this. Selalunya, orang mendaki nampak hutan dan pokok-pokok kan, tapi kali ini kita akan nampak lautan yang berbeza-beza warna dan pemandangan. Ya Allah, sangat menarik okey.


 

Pemandangan dari bahagian kiri. 


Nah, ini bila kita dah zoom da apa yang terdapat kat bahagian kiri tu. 


Pemandangan kat bahagian tengah. 

Kat sini lah best nak posing!. 



Group Photo jap. Inilah wajah-wajah member daytrip aku seramai 12 orang!. 



Pendakian untuk melihat beautiful scenery of Bohey Dulang adalah setinggi dan sejauh 600 m. Aku rasa, untuk naik ke sini okey ja, sebab akan ada tangga disediakan untuk tempat-tempat yang curam, dan those yang stamina tak fit memanglah tercungap-tercungap. Waktu ni, masa yang kami ambil untuk naik ke atas ialah 30 minit, menurut kata kawan aku lah. Tapi aku rasa, macam lebih dari 30 minit ja. haha. Maklumlah, saya ni tak fit seperti anda-anda semua. Oh, by the way, gambar ini sewaktu nak turun dari atas. Sejujurnya, kalau mendaki, saya adalah masalah untuk turun berbanding naik. Sebabnya, saya amatlah takut akan kecuraman bukit-bukit dan lutut saya amatlah menggeletar disebabkan ketakutan itu. Nasiblah, ada seseorang yang baik hati membantu.


PULAU SIBUAN



See, how crystal is the water? 



Of course lah kan, ni pemandangan tempat-tempat bot berlabuh untuk seketika. 


Okay. Hi. Peace. 






Serius, memang cantik, sebab kita boleh nampak connection antara pasir, dan warna-warna air laut tu. 



Okey, yang ni was not our boat. Boat kami was parked kat bahagian bot-bot berlabuh tu. Berlabuh? is it a right word?



Nah, can you see that? 


Just a confuse mermaid. LOL.







Basically, ada banyak lagi gambar-gambar yang menarik untuk describe how beautiful and eye-cathcing this island is. Tapi, I just dont upload it here, because am gonna give u the link to the video on my youtube channel. 


TIPS

1) Oleh kerana, sewa bot adalah RM500 dan can fit for 12 people, just bahagi 12 untuk menjimatkan bajet. 

2) Bawak lah makanan masing-masing sekiranya dalam pakej tu, takda sediakan makanan, terutamanya bawak makanan yang berat sikit, sebab konfem akan lapar. 

3) Kalau nak photoshoot, pastikan bawak pakaian yang cantik, sebab kat Sibuan Island memang banyak tempat untuk photoshoot kalau nak tengok scene pulau. 

4) Dekat Sibuan Island, ada tempat untuk solat disediakan. Waktu lapor diri kat pengawal kat sana, just bagitahu nak pergi ke tempat solat atau tempat salin pakaian, semua ada kat sana. 

5) Kalau nak mendaki ke Bohey Dulang, pastikan memakai kasut, sebab akan ada person in charge kat sana yang jaga pelawat dan dia akan make sure, semua orang pakai kasut untuk mendaki kat atas, kalau ada masalah kesihatan, tell them, sebab dorang akan take care of you dan menurut mereka, mereka hanya mengambil masa 10-20 minit untuk naik ke atas tu. 

6) Cari lah bot sewa yang murah dan berbaloi sedikit. Kalau nak sewa bot yang kami guna haritu, u can always leave your comment below, nanti I'll drop you his number. 

7) Overall, pergi lah enjoy- seenjoy enjoynya!


Link on youtube of this compilation for this trip :

https://www.youtube.com/watch?v=iNDhyAT84U0

Thanks for reading!.