Sunday, 7 August 2016

The Rahman #23 - Siapa yang paling kaya?

Suatu petang aku terdengar perbualan anak-anak saudara aku.

"Daddy si Kaer ni kan jutawan sudah, sebab banyak duitnya"

Aku ketawa lepas tu menyampuk,

" Siapa yang paling kaya, daddy si Kaer ka atau abah kau?"

"Mestilah abah saya, sebab duit abah saya banyak... kalah duit daddy c Kaer"

Kaer pon menyampuk..

"Eh tidak... daddy kami yang paling kaya, nanti kami beli kereta sport lagi"

"Kami pun ada jugak kereta baru.. nanti kami beli.. canggih.. sebab, kalau ada orang mao melintas, memang automatik berhenti kereta kami, canggih betul, kalah kereta kamu nanti. Tapi belum lagi kami beli, masih di kedai kereta kami ..lepas tu, abah kami banyak lagi duitnya dari daddy kamu"

"Berapa konon duit abah kamu?" Soal si Kaer

"Ada 6 ribu ribu ribu ribu ribu ribu juta juta juta juta juta dalam bank abah kami, tapi abah kami cakap, duit tu tidak boleh lagi keluar dari bank, sebab pintu bank kan kecik, jadi susah mao keluar dari pintu.. sebabnya, belum lagi disusun oleh pekerja bank duit abah kami. Nanti lepas disusun oleh pekerja bank, baru boleh keluar duit abah kami".

Okay. Make sense.

Buat pengetahuan kamu wahai anak buah ciknok, abah dan daddy kamu tu pon waktu ciknok kecil, suka bagi cerita 'fairy tale' dengan ciknok. Jadi tidak hairan lah. HAHA






No comments:

Post a Comment