Ada satu hari tu, mak ayah aku tetiba ja ada emergency kat luar, waktu tu pukul 1 pagi. Lepas tu, tinggal la aku dengan nenek dan atok aku kat rumah. Waktu tu aku kat ruang tamu atas tengok TV sementara nak tunggu mak ayah aku balik. Lepas tu, aku pon tengok TV la. Aku asyik-asyik tukar channel and end up keluar channel cerita hantu-hantu semua . Memanglah, aku da la penakut tinggal rumah seorang kat rumah, pas tu semua iklan hantu-hantu yang keluar. Aku pon macam biasalah, berlari turun laju ke bawah dan ketuk bilik nenek dan atok aku.
Sesampainya aku kat bilik granny aku, aku pon berkata dengan expression penuh ketakutan dan nak nangis.
"Ombok , atawan aku .... ( nek , aku takut )"
"Ai katawannu arung ? ai konon" (apa yang kau takut sayang? cuba cakap ..)
Dengan tidak semenanya, atok aku keluar dari bilik dan ambil parang.
"Ambal, hal katawan ku pangguak.. hal aku du mariatak angandak TV, tui kamemon iklanna paluas pangguak-pangguak"
(tidak, aku takut hantu saja, aku ja seorang di atas dan tengok TV, lepas tu yang keluar iklan-iklan hantu ja)
Lepas tu, atok aku pon ketawa, sebab dia fikir yang aku ternampak pencuri ke apa ke kat atas sebab tu dengan beraninya atok aku hampir pergi "berperang".
Kemudian, mak ayah aku pon sampai rumah, dan aku cerita pengalaman aku tinggal kat rumah. Apalagi mereka pon ketawa.
Al-fatihah untuk arwah ombok aku.
Nota kaki :
Ombok adalah bahasa Bajau yang membawa maksud nenek/atok. Kalau nak address atok, kita panggil, Ombok Lalla dan kalau nak address nenek,kita panggil Ombok Randa.
Lalla : lelaki ; Randa : Perempuan.
Dalam komuniti bajau, panggilan nenek dan atok tu sebenarnya tidak wujud.Mereka just buat direct translation antara ombok dan translated kepada nenek . Hence, mostly, kalau anda dengar orang Bajau panggil nenek tu, dia refer either kepada atok atau nenek.
Sesampainya aku kat bilik granny aku, aku pon berkata dengan expression penuh ketakutan dan nak nangis.
"
"
Dengan tidak semenanya, atok aku keluar dari bilik dan ambil parang.
"Ambal, hal katawan ku pangguak.. hal aku du mariatak angandak TV, tui kamemon iklanna paluas pangguak-pangguak"
(tidak, aku takut hantu saja, aku ja seorang di atas dan tengok TV, lepas tu yang keluar iklan-iklan hantu ja)
Lepas tu, atok aku pon ketawa, sebab dia fikir yang aku ternampak pencuri ke apa ke kat atas sebab tu dengan beraninya atok aku hampir pergi "berperang".
Kemudian, mak ayah aku pon sampai rumah, dan aku cerita pengalaman aku tinggal kat rumah. Apalagi mereka pon ketawa.
Al-fatihah untuk arwah ombok aku.
Ombok adalah bahasa Bajau yang membawa maksud nenek/atok. Kalau nak address atok, kita panggil, Ombok Lalla dan kalau nak address nenek,kita panggil Ombok Randa.
Lalla : lelaki ; Randa : Perempuan.
Dalam komuniti bajau, panggilan nenek dan atok tu sebenarnya tidak wujud.
0 Comments