Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada adik-adik yang tengah nervous untuk pergi interview.

First of all, tahniah sebab berjaya dapat panggilan interview, eksaited tak? haha. Post ini dibuat sebab ada yang bertanya mengenai overview untuk program dietetik, nutrition, interview dan benda-benda yang related dengan ini. So, akak terang satu-satu okey, kalau masih ada persoalan, macam biasa, leave your comments below, I'll try my best to answer :).



 AKAK, SAYA DAPAT KEDUA-DUA INTERVIEW UNTUK KOS DIETETIK DAN SAINS PEMAKANAN.  APA BEZA BOTH OF THESE INTERVIEWS?

Untuk nak tahu apa beza dietetik dan sains pemakanan (nutrition), boleh refer post akak yang kat SINI. Buat pengetahuan semua, kos dietetik dan nutrition adalah salah satu antara kos yang terdapat dalam FAKULTI SAINS KESIHATAN ( Health Sciences Faculty). Oleh itu, sebelum ini, satu-satunya kos yang ada interview dalam fakulti sains kesihatan ialah kos Dietetik . Namun, start tahun ini, hampir majoriti daripada kos-kos yang terdapat dalam fakulti sains kesihatan menggunakan interview sebagai salah satu platform untuk pengambilan pelajar baru.

So, secara generalnya, interview ini bertujuan untuk 'berkenalan' secara face to face instead of hanya tengok keputusan peperiksaan. Dari sini la interviewers nak tengok potensi diri kita dan kesesuaian kos ini dengan kita. Selain itu, tujuan interview itu sendiri adalah untuk melihat tahap kematangan dan kebolehan kita untuk tackle sesuatu isu dan keadaan. Oleh itu, perbezaan setiap interview itu adalah bergantung kepada kos yang dipohon dan untuk melihat perbezaan itu kenalah 'dig in' segala yang berkaitan dengan kos, dan one more thing, kebiasaanya, orang yang dipanggil untuk interview ni adalah orang-orang yang the best, dan telah disenarai pendekkan, so tahniah tau. You should be proud of yourself!

Basically, akak rasa, untuk part interview takda beza sebab dietetik dan sains pemakanan adalah lebih kurang sama, cuma perbezaan nya adalah keputusan interview, sama ada kita diterima masuk dalam bidang dietetik atau sains pemakanan.

AKAK, SAYA DAPAT KOS NUTRITION, BOLEH TAK TUKAR NANTI NAK TUKAR COURSE KE PROGRAM DIETETIK/LAIN?

Kebiasaanya, untuk setiap kos kat mana mana universiti, pertukaran kos adalah berdasarkan kekosongan dan kebenaran ketua program dan dekan setiap fakulti. Berdasarkan pengalaman akak, ramai je junior y tukar kos dari nutrition kepada dietetik, dan dari program lain masuk nutrition, tapi semua tu berdasarkan kekosongan dalam setiap program. Macam batch akak, hanya ada 20 kekosongan ja, namun yang berjaya interview ialah 13 orang. kemudian ada permohonan dari students yang ambik law dan kos perhutanan masuk ke dalam program dietetik, selepas berjaya di interview, mereka pon accepted masuk ke dlm program dietetik, begitu juga dengan kos nutrition, ada yang memohon untuk masuk ke program nutrition, DAN ada juga yang tukar dari kos nutrition ke dental program.

So, pertukaran kos dari setiap program adalah bergantung kepada kekosongan dan persetujuan dari authorities yang terlibat. Persetujuan pula di buat adalah berdasarkan kelayakan dan keputusan peperiksaan juga, so, untuk pertukaran ni akan consider banyak benda. Tapi InsyaAllah, boleh dapat :).

AKAK, BOLEH TAK CERITA PASAL PENGALAMAN DI INTERVIEW (UNTUK KOS DIETETIK) ?



Akak pohon semua kos dietetics from universiti yang provide. So basically dalam borang UPU , ada 4 choices kan utk Research universities (RU),  First choice akak ialah UKM, followed by UPM, then third choice ialah chemistery from UM, and the last one is UPM kos dietetik again!. yes, akak pohon dietetik UPM twice.  Then, utk part yang ada 8 choices, akak amik majoriti ialah dietetics, from UNISZA pon ada jugak. Akak juga ada apply university APEX,USM, dalam bidang dietetik juga. Then, akak di panggil untuk interview dari semua kursus yang memerlukan interview dan akak berjaya di tawarkan interview dengan universiti ni.

Pengalaman 1

First Interview akak ialah dengan USM. Waktu ni akak rasa akak memang sangat noob gila!. Like seriously okey. Panel dari USM tanya soalan : Boleh tak terangkan pasal diri anda?

Lepas tu, macam biasa, akak pon cakap, nama, tarikh lahir dan semua jenis maklumat yang terdapat dalam biodata, lepas tu dia tanya apa hobi, akak cakap ja la, hobi ialah menyanyi dan membaca buku.  Kemudian, panel tu pon cakap macam ni, wah, boleh nyanyi kat makan malam program nt kat USM ni kan?. Waktu tu akak rasa, panel ni macam positif ja nak terima masuk USM. Lepas tu panel tanya pasal diri, macam mana pergi ke tempat interview ni dan macam-macam lagi. Basically dia just nak tanya pasal diri ja la.. (ataupon, mereka dah boring, saja ja nak bawak orang bercerita).

Tapi, sebenarnya, panel nak tengok karisma diri dan kebolehan nak jawab dan interact dengan others, tapi waktu ni akak memang had no idea and then u know la kan how does it feel being inexperienced doing interview in the 'formalest' way. Waktu ni, akak di interview using  BAHASA MELAYU dan ENGLISH. Ada dua orang panel, sorang interview english sorang using malay.

Kesimpulannya, waktu interview ni akak rasa macam hmmmm ja, so cerita ni jadi pengajaran ja la kan.

Pengalaman 2

Untuk interview yang kedua ni, akak dapat interview dari UM, untuk kos Chemistry. Apa yang akak suka interview dengan UM ni, ialah mereka sediakan satu slot untuk semua peserta yang datang untuk interview dan di ajar cara menjawab soalan interview sebelum sesi interview bermula. Sangat membantu!. UM ni memang the best universiti in Malaysia. So no wonder la kan, panelist pon sangat mencabar.

Sejujurnya, akak rasa, banyak-banyak interview yang akak da pernah pegi dari zaman sekolah rendah sampai la skrg, interview dari UM ialah yang paling mantap, mencabar, menakutkan, mengajar untuk menjadi seorang yang boleh bercakap dengan berani dan you say semua jenis dugaan dalam interview, I had it all during interview with UM. '

Untuk interview dengan UM, akak guna FULLY ENGLISH, dan ada 4 orang panel. Setiap panel ada role masing-masing nak interact dengan peserta.  Cabaran interview semakin susah tau tak!haha . Basically, macam ni la bentuk soalan :

PANEL 1 : Can you explain about yourself ?
PANEL 2: Tell us about your family, what did your parents do? (try to build a rapport and this panel made me comfortable)
PANEL 3: You are given a situation......
PANEL 4 : Panel yang paling mencabar.

So basically, panel 1 dan 2 tanya soalan yang sama, tapi hakikatnya tak serupa,' can you explain about yourself' means  dia tak minta pon suruh korang explain pasal DOB, pasal tempat lahir, pasal semua biodata tu, dia nak tahu, kenapa nak tahu apa kelebihan diri kita berbanding orang lain, untuk part macam ni kenala brag more about yourself. panel 2 tu dia nak tau pasal family, means nak tengok samaada kita ni okey tak kalau belajar jauh, ni akak rasa la, nak ke Semenanjung kena book flight tiket, so nak tengok, kita ni jenis yang macam mana. Mereka sebenarnya nak tengok kita ni memang sesuai ke dengan kos ni, tak menyusahkan diri kita ke atau susahkan ke, so macam yang akak cakap tadi , dalam interview dia consider banyak benda. Mereka tak nak kita susah sebenarnya. Lagi satu,panel 2 ni cakap kat akak macam ni, tujuan dorang nak buat interview ni sebab dorang nak bantu kita dengan lebih mudah lagi untuk masuk UM. Lebih kurang macam tu la.

Sepanjang interview ni, everything went well. Siap gelak sakan dan waktu ni korang rasa korang da fit dan accepted dalam perbualan ni, sehinggalah panel 4 masuk campur...

Akak masi ingat dia tanya macam samaada akak masi ingat lagi tak apa yang akak apply dalam  UPU dulu, akak pon cakap la yang akak ingat. Then, she asked me, what was my first choice and which university, so akak pon cakap la.

1) Dieteik - UKM
2) Dietetik - UPM
3) Chemistry - UM
4) Dietetik - UPM

Lepaas tu, yang untuk 8 choices tu, dia pon cakap la, mostly u chose dietetics. and she asked me

"May I know why do u choose Chemistry? You had so many dietetics in your choices? What are the similarities between Dietetics and Chemistry? Except they are only in science field? but then, Dietetics involving the patients, whilst Chemistry is in the lab? Why do you choose Chemistry? "

Waktu ni akak pon tergamam tak tau nak cakap apa! Tapi akak memang da agak da, akak ada kemungkinan untuk di tanya soalan ini. Lepas tu, akak pon berterus terang je la, akak cakap , waktu akak isi UPU ni, aka just nak dietetics je, no other choices, I chose Chemistry sebab akak minat kimia juga, so akak just letak macam tu, pas tu panel tu pon tanya, but why only 1 chemistry and the rest are dietetics!, akak pon speechless laa..

Dengan tiba-tiba, panel ke 2 yang kita anggap malaikat dalam bilik tu pon buka mulut and he said "

"Can you repeat again the rank of the universities that you have chose", akak pon sebut lagi sekali, lepas tu dia kata, WE THOUGHT THAT YOU REALLY WANT UM THAT MUCH? BUT, WHY UM IS IN YOUR THIRD CHOICE? NOT YOUR FIRST CHOICE? AND YOU ARE applying for dietetics in UKM, trust me, with this kind of pointer, you will definitely accepted doing dietetics in UKM"

Pas tu akak pon jawab la soalan dia tu,, then dia pon reply, " my biggest concern was, why UM is your third choice not your first choice? So, akak pon speechless dan akak cakap je la, akak isi according to the selections.  Memang speechless habis, sebab a moment ago, kami siap verita-cerita and then I got mental tortured by them!. So witty to remember :) And what he said was true, I am accepted to be in a part of UKM.


Pengalaman 3


Yang ni, akak di interview oleh UKM thru skype kat hotel, so ada sorang lecturer yang datang untuk pantau dan panel-panel ada 2 orang on skype. Dorang buat thru skype untuk Sabah Sarawak je (waktu batch akak). Untuk interview ni akak guna FULLY ENGLISH, tapi bagi kawan-kawan akak yang memang asal Semenanjung, mereka interview dwibahasa, ENGLISH DAN MALAY.

So, panel tanya soalan macam ni :

Explain about yourself. dari soalan , 'explain about myself' , akan membentuk soalan-soalan yang lain. waktu tu mereka ada tanya, apa beza dietitian dan nutritionist, apa beza makanan kat sabah dan semenanjung, apa beza pemakanan kat bandar dan luar bandar? suka makan buah dan sayur tak? kat rumah masak tak ? Macam ni la lebih kurang soalan dia, akak just nak cakap yang soalan adalah based dari jawapan kita yang explain pasal ourselves.

Jangan risau, semua lecturer yang akan interview adik-adik adalah sangat baik dan sporting. Jangan risau dan stress-stress tau.!

TIPS INTERVIEW

1) Andaikata, panel suruh perkenalkan diri dan explain pasal diri kita, akak syorkan korang jawab berdasarkan kos korang, macam akak dulu, mereka suruh exlain about myself, akak jawab macam ni.

" Assalamualaikum and very good morning. As you all know, my name is Masfara Wahidah Abdul Rahman, can call me Fara, I am 19 years old, and original from Sabah. Although people think I am Malay, but according to ethnicity I am Bajau which is one of the ethnic here in Sabah. My dad is a business man while my mom is a housewife, I have 8 siblings and I am 7th. The reason why I choose this course is because I want to study about foods, how does food influences someone's life, and my dad also suffering from a hypertension, and  I am the one who always tell him of eating this and avoid that, then , my dad told me, I supposed to be a food consultant, because he told me that I am fit to be lawyer or a consultant because I like to talk,.That is what I am in the eye of my dad. As I look through the UPU form , I saw one of the unfamiliar word in my life which is Dietetics, as usual, I googled it up and found what does it means, coincidently, it was about foods, and I applied that. That was the reason why in my UPU form, I filled majority of it with the dietetics course".


Lepas tu, panel tu pon beralih soalan, panel tanya macam ni, just now, u are mentioning about consultation, have you ever heard of the word nutritionist and do you what are the differences? Pastu akak pon jawab la semua perbezaan dia. so basically, soalan yang seterusnya adalah based on jawapan kit a untuk soalan sebelum ini. Cuma, akak nak pesan , kalau dia tanya, explain atau tell us about yourself atau introduce yourself, kalau boleh tak yah la nak cerita psal tarikh lahir semua, sebab benda-benda tu da stated dalam borang yang mereka ada, so, nak tnjuk how smart and good we are, be different in answering every of the questions.!

Good luck!

Those who are called to attend the interview in UKM, Congratulations!, I will be your final year senior the moment you are accepted to be a part of the family of Dietetics. But , we will seldomly meet because usually final year students will be doing their practical in HUKM or PPUM. But, if anyone of you (who managed to enter UKM) need any help you can always ask us about anything. So, lastly, I wish you good luck and dont forget to show your maturity in answering the iv's questions. Because, the lecturers once told us, they want to do the interview because, they need to see how matured they are in handling a situation or anything related to it.  Can't wait to see you juniors :).

I can always be contacted thru email, fb and instagram.

Email        : wahidahmasfara@gmail.com
FB             : Masfara Wahidah AR
Instagram  : @akwahidah


Thank you :)