Walau macam mana pon ignorant nya seorang gadis itu, pasti akan terbersit satu perasaan ingin menjadi cantik atau pergi ke tempat yang cantik yang penuh make up make up semua.

Semenjak dewasa ini, dah almost 3 tahun aku berulang-alik pergi ke Sephora, sebab utamanya adalah kerana masuk nak try tester dan pakai la semua barang-barang free dari segenap sudut, kemudian aku pon pulang lah ke tempat asal. 

Alkisahnya, pada hari ini, setelah aku membeli barang-barang keperluan dari Bath and Body works dan juga pergi beli casing macbook, aku pon masuk la ke dalam sephora. Macam biasa aku try tester dan semuanya yang free, hampir berjam-jam aku di sana, kemudian, dengan jayanya, aku berjaya membeli Sephora Eye mask. Namun sekeping saja lah, dengan harga RM8. Lantas aku pon pergi la ke kaunter. 

Berikut adalah perbualan kami :


Cashier : One item only miss? (dengan muka terkejut)
Aku : Yes. 
Cashier : Its RM8. Do you want paper bag?
Aku: Its okay, no. (padahal aku nak jugak la berpaper bag kan sephora for the first time purchase barang kat sana, tapi hmm )


Dalam masa yang sama, cashier sebelah sebut harga : Its RM780 miss. 


Maka RM780 VS RM8. 


Tapi berbaloilah, sebab aku dapat Sephora White. Before this, aku fikir sephora ni khas untuk mekap-mekap sahaja, aku bukan la pemakai make up yang tegar, namun selayaknya digelar sebagai pemakai tester sephora yang tegar. 

Bila aku ternampak ada section skincare dan semuanya, aku pon tersuka lah dengan Sephora. Selama ni aku pergi Sephora nampak make -up sahaja. 



Sekian.