Sebenarnya la kan, aku ni orang yang lebih prefer buat individual work berbanding group work. Jadi, bila aku dapat praktikal di sini sorang-sorang dan dapat assignment pulak, aku rasa aku working with my own pace. So I control everything about myself and my time. Dietitian suruh buat kajian pasal food wastage di hospital likas ini. So pada minggu kedua, semua proposal telah lengkap dan setelah mendapat keputusan kajian, maka aku pon terbingung gak la cemana nak buat perbincangan terhadap analisis kajian.
Atas dasar itu, aku telah menyuruh Aily menghantar tesis dia, sebagai garis panduan kepada aku cemana nak buat. Bagi aku, sebengong-bengong manusia, tetap ada pandainya. Tesis Aily ialah pasal Zink Nanorod dan kajian aku pulak adalah berkaitan dengan food wastage pesakit kat hospital. Walaupun seperti tiada kaitan, namun jangan main-main okey, kerana hanya jauhari yang mengenal manikam. Oleh itu, aku telah berjaya menyiapkan kajian aku.
Terima kasih kepada Aily yang sangat di sayangi dan semoga rajin berbakti kepada aku. :P
0 Comments