Friday, 8 January 2016

Rahman's - Pasu Bunga dan Febreze.

Dulu, mak aku selalu buat spot check bilik terkemas , bilik paling wangi , bilik sapa katil tegang, almari sapa paling kemas. Lepas tu, siap ada competition antara aku dengan adik aku. Competition 'bilik sapa paling harum' , 'bilik sapa paling kemas' , 'bilik sapa katil paling tegang' , 'bilik sapa paaaaling bersih' .

So disebabkan ke-obsessan kami semua, aku pon  sembur dan tuangkan febreeze kat seluruh bilik, lepas tu siap tuang kat dalam pasu bunga. Memang harum. satu hari mak aku tegur, kalau sembur febreeze jangan sembur macam Ridsect, sembur kat Langsir. Aku tak faham kenapa kena sembur kat langsir, tak harum lah. Tapi, aku sembur jugak la. Sampai sekarang, mak aku tak pernah tahu, aku selalu tuang air febreeze tu dalam pasu bunga bilik aku. Harum okey. Tapi sekarang aku dah tak tuang macam tu. Maklumlah kemerosotan ekonomi negara. 

#prayforMalaysia.

No comments:

Post a Comment