Hai!. Seperti yang korang tahu, Universal Studio bukan sahaja ada kat Japan, namun kat Singapore pon ada. Alhamdulillah, walaupun saya bukanlah person yang into it sangat, namun first time pergi kat USS, memang jakun jugak lah. Hari ini saya akan terangkan serba sedikit perjalanan dan cara-cara nak pergi ke USS.



Ini waktu first time pegi USS




Yang ni second time nak masuk USS. Budak perempuan tu adalah adik saya. Nama dia Masrinah. Panggil Yna (read: Ina).


BAJET

Bayaran untuk masuk ke USS untuk one-day pass ialah S$74 sahaja bersamaan dengan RM224, untuk kanak-kanak pula adalah bersamaan dengan S$56 iaitu RM169. Cara nak beli tiket ke USS, boleh pergi ke website INI . Kalau tak sempat nak beli kat sini, boleh beli kat hotel tempat yang korang menginap, selalunya ada je hotel-hotel yang sediakan tiket ke attraction places macam ni. Selain itu, cara yang murah nak dapat tiket untuk ke USS ni, melalui agen, biasanya mereka akan bagi harga yang murah berbanding dari websitenya. Tapi yang itu saya tak pasti sangat macam mana nak contact mereka. Boleh cek kat blog-blog lain, sebab saya tahu info ni pon dari blog-blog yang lain.

Bajet untuk makanan dan souveniers tu boleh kot fikir sendiri dan bajet untuk diri sendiri.

MAKANAN

Bila korang da masuk kat USS, pastikan korang bawak botol yang boleh refill, sebab kat USS tu ada je tempat nak refill air, free je so tak perlu bayar. Untuk makanan pula, kalau korang punya tiket waktu tu ada kupon free atau pon promotion yang di beri oleh USS, untunglah, bole jimat S$20 (RM 60++) untuk makan. Waktu first time saya g sana, dapat tiket promotion plus kupon untuk makan bernilai S$10, tapi waktu tu pergi berdua so, akan dapat S$20 kupon untuk makan, dan free kupon untuk parking bernilai S$15. Pergi berdua so dapat S$30. Tapi kupon free parking tu tak guna pon, sebab tak guna kereta pergi USS. Selain itu, dapat gak lah kupon free untuk beli souveniers, tapi tak beli pon, so membazir je lah.

So, andaikata korang dapat kupon makan, korang boleh je redeem kat mana-mana restaurant yang terdapat dalam USS tu. Serius, memang best je sebab banyak restoran yang korang boleh pergi. TAPI, ada yang halal dan ada yang haram. Nanti korang akan dapat map, setiap restoran tu dia akan bagitau kedudukan setiap restoran dan lambang halal sekali. So, untuk muslim, korang pegi halal tau. hehe. Kami makan kat Mel's Drive In. Sejujurnya, saya suka gak lah makan kat sini, sebab tu even dah dua kali pergi USS, dua kali gak lah melantak kat sini. So American!. Untuk makan, saya suggest korang makan dekat-dekat waktu lunch, boleh jimat duit sedikit.


Mel's Drive-In.


TEMPAT SOLAT/ SURAU

Walaupon, USS ini sangat melekakan, namun jangan risau dekat USS, ada tempat solat, tapi surau tu kecik je la, kenalah sabar sedikit untuk tunggu turn nak masuk, accomodate dalam 6-8 orang je. Kedudukan surau ini adalah in between dengan Sci-Fi City dan Ancient Egypt. Jangan risau, korang takkan sesat punya, selain info yang korang dapat dari blog saya, map yang korang amik waktu nak masuk ke USS pon sangatlah membantu!. Salah satu cara lagi, kalau korang tak nak bersesak-sesak nak masuk dalam surau, korang boleh je Jama' ta'khir kat dalam bilik hotel. ( Kalau korang masi dalam keadaan bermusafir lah). 

MASA

Korang kalau nak maximise masa sehabisnya, datanglah pagi-pagi ke sini okey, dan balik lewat petang. USS akan ditutup pada pukul 6 petang. So, waktu kami pergi ke sini dlu, dalam kul 9 - 10 pagi dah terpacak kat entrance dah. Gunakanlah masa korang sebaiknya, ada orang cakap, kalau nak g USS, sehari tak sempat pon nak habiskan semuanya. Tapi aku rasa sehari tu dah cukup dah okey. Cuma yang buat lama tu, bila panjang barisan dan korang nak masuk dan sanggup tunggu sampai 120 minit untuk setiap mainan tu. Bagi saya lah kan, kalau dah nampak waiting time tu dah 120 minit, baik korang blah je dari situ. Cari mainan atau tempat yang pendek waiting time dan explore tempat tu. Tapi, kalau waiting time tu just 30 minit, rasanya better korang tunggu jugaklah, sebab consider okey kot waiting time macam tu. Dalam map tu, dia akan beri direction dari satu area ke satu area, tapi rasanya korang boleh je skip nak tengok tempat in sequence tu, boleh je kalau korang jalan-jalan je dan nak berpatah balik ke tempat tu, rasanya, cara yang ini berbaloi gak lah, sebab maximise the time dan dapat rasa semua tempat. Kadang-kdang kalau korang dah habiskan masa kat Hollywood tanpa pergi ke Far Far away ke atau mana-mana je, korang akan banyak kehabisan peluang. Serius. Saya suggest korang just tangkap gambar je kat Hollywood nanti boleh datang semula kat situ, sebab setiap time akan ada pertunjukan di sesuatu tempat tu. Rugilah, kalau datang sekali je kat Hollywood dan tangkap gambar je. So, better round banyak kali semua tempat-tempat kat sana. Okey, jomlah tengok gambar-gambar waktu kat USS dulu. Gambar ni, ialah waktu kali kedua aku pergi ke sana. 






      On the way nak masuk Madagascar! Tu lah map yang korang perlu amik untuk panduan before nak masuk USS.


 Nasib baik waktu ni takde sangat orang, so boleh la enjoy nak masuk attraction dia, tanpa menunggu dengan lebih lama.





On the way menikmati pemandangan dalam Madagascar. 


Okey, ini waktu dalam kawasan Hollywood. Second round waktu ni, rupa-rupanya ada pertunjukkan dari ladies ni, memang hebat suara mereka!.



Waktu ni ada pertunjukan dan persembahan dari stuntmen dan stuntwoman. Dah dua kali tengok, dua kali gak masih terpaku ngan mereka ni. 

 
Cuba perhati actors tu


Setiap warna bench tu, ada maksud tersendiri. Sapa yang nak basah, boleh duduk kat kerusi warna biru. Hijau ada sedikit water splashing, yang atas sekali tak kena apa2. 



Yang ini adalah kat kawasan Ancient Egypt. 


Suka sangat dengan design ni

Main roller coster dia ni, sangat best. Mind blowing okey!. 


Ini dekat bahagian Sci-Fi City. Roller Coaster tu terbahagi kepada dua, satu khas untuk human, satu lagi untuk mutant. Ada berani? 

Jom masuk dekat Far Far Away!.

Cantik kan!

 Such an awesome performance!


Jalan punya jalan, akhirnya da sampai ke New York jugak!



Tu je la kot nak kongsi gambar, dah penat nak upload. Akhir kata dari saya, terima kasih sudi baca!.